BREAKING NEWS

6 Taktik Terbaru SPR Untuk Menipu Pemerhati Pilihan Raya



SPR Cuba Menipu Pemerhati Pilihan Raya Dengan 6 Sekatan Baru yg jelas berniat utk menipu dn menghapuskan bukti penipuan semasa kiraan undi..SPR betul2 bekerja keras mencari idea baru utk terus menipu semasa pilihan raya..rakyat sekarang bukannya bodoh mcm rakyat di zaman 50an dn 60an dulu..setakat mana korang boleh tipu rakyat?? cara penipuan korang semuanya dpt dihidu oleh rakyat..taktik lapuk penipuan oleh umno/apco cawangan spr ini akhirnya akan terbongkar dn memakan diri mereka sendiri...
Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH menyifatkan pelantikan lima NGO sebagai pemerhati dalam pilihan raya ke-13 sebagai tindakan berpura-pura oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Satu kenyataan oleh BERSIH hari ini menyebut demikian dengan membangkitkan kriteria pemilihan dan sekatan yang dikenakan ke atas NGO terbabit.

"BERSIH menuntut supaya pemerhatian pilihan raya dibuat sebagai hak mengikut undang-undang supaya semua pihak yang berkepentingan boleh memohon untuk mendapatkan tauliah berdasarkan kriteria objektif.

"Pemerhati pilihan raya harus mendapat kebebasan yang luas untuk menjalankan tugas mereka," kenyataan tersebut dipetik.

Malah, badan pemerhati pilihan raya Malaysian Election Observers' Network (MEO-Net) yang mendedahkan tindakan membeli undi ketika pilihan raya Sarawak juga dikecualikan daripada senarai pemerhati SPR, menurut BERSIH.

Selain, itu, gabungan NGO itu turut mempertikaikan sekatan yang dikenakan SPR ke atas pemerhati yang disenaraikannya, termasuk:

1) Sekatan daripada memerhati proses mengira undi.

2) Sekatan daripada merakam foto kejadian penipuan, tanpa kebenaran     pegawai berkenaan.

3) Sekatan daripada bercakap dengan ejen parti dan kakitangan pusat     mengundi.

4) Sekatan daripada bercakap kepada media.

5) Pemerhati perlu berada di pusat mengundi sama sepanjang hari     pengundian.

6) Sekatan daripada mengeluarkan maklumat kepada pihak ketiga     sebelum melaporkan kepada SPR.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails