BREAKING NEWS

Sah!! Umno/Apco Tawar RM2 Juta Beli MP Pakatan Rakyat






KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.

Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen.

Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita).

Berikut merupakan kandungan dialog dalam video tersebut:

Wakil Pakatan: 2 juta tak berapa cukuplah!

Ejen BN: 4 batang kayu sahaja…

Wakil Pakatan: Very straight forward…Itu hari saya cerita ada cukup ikhlas ke tak…Saya sudah tanya.

Ejen BN: Ok…Doesn’t matter. Kita tolak...business… kita punya maximum is like that.

Zamil: Kita dapat siling saja. Cuma itu Pak Zaharin…Macam hari itu Datuk ‘habaq’ kata…

Ejen BN: Jangan minta macam tulah…Minta something, minta cash minta something… I open. You have 10 milions. You have 10 millions… You want to take out 2 millions…banyak ohh..Ini orang yang kita letak… Aku dah tengok dah.. Boss ada orang…

Wakil Pakatan: Tapi sekarang saya ada 2 juta juga.

Ejen BN: I know, I know…Myself also involved…Kita understand, kita understand…Chinese juga ada orang macam…

Zamil: Ada macam Pak kata-kata…Cakap dapat lebih dari 2 tu…

Wakil Pakatan: Sedikit adalah!

Ejen BN: Mula-mula dia dah bagi…lepas tu dia increase…Tapi dalam Barisan Nasional dah ada dah (jawatan dan projek)… Ini price mana standardised…projek bergantung pada proposal…

Zamil: Directlah!


Villa mewah Zamil Ibrahim

Zamil Ibrahim dari Penjual Burger menjadi 'Jutawan Segera'

Menurut Khalid, rakaman yang didedahkan hari ini (gambar bawah) adalah sebahagian daripada rakaman sepanjang 3 jam.

Menurutnya perbincangan itu dirakam dua tahun lepas selepas beberapa ahli parlimen dari PKR melompat termasuk Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim dan juga Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.

"Video ini membuktikan bahawa pembelian ahli parlimen Pakatan Rakyat memang dijalankan oleh agen-agen yang bertindak bagi pihak Umno.

"Sebelum ini kita tidak ada bukti, tapi sekarang kita ada bukti dan kita mintak orang yang dinamakan (Zamil) memberi respons," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga turut mempersoal kemewahan yang diperolehi Zamil sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Zamil katanya kini tinggal di banglo mewah di Kelab Cinta Sayang di Sungai Petani dan memiliki beberapa kereta mewah.

Sedangkan kata Saifuddin, beliau hanya mengenali Zamil dengan latar belakang seorang penjual burger, dan isterinya hanya penjual alat kosmetik tradisional.


"Dengan latar belakang itu, tidak diketahui dia ada perniagaan yang dapat laba tinggi," katanya.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails