BREAKING NEWS

Geli Mat!! Ketua Wanita Umno Cawangan Lorong Haji Taib 'KLIMAKS' Lagi



Nampaknya betina lorong haji taib nih lebih cekap dari SPRM dan polis..semakin dekat PRU semakin semakin membusuk mulut dia ni. Tapi Allah akan menutup mulutnya nanti kerana tak habis habis buat fitnah kpd keluarganya sendiri...geli mat!! bila betina nih asyik nak 'klimaks' aje..betina sasau ni dah melampau-lampau...betina ini semakin gila kerana mengejar duit haram menjelang PRU...inilah salah seorang ahli kumpulan pelacur politik haram jadah umno/apco yg sanggup buat apa saja demi imbuhan duit haram umno/apco..korang tak payah nak tipu rakyatlah..kami tahu siapa kamu sebenarnya wahai ummi hafida 'lorong haji taib',zamil 'broker katak',zul kulim 'lari tak cukup tanah',ibrahim 'katak puru' dn ramai lg spesis yg sama seperti kamu semua..semoga Allah akan bayar 'cash' dgn perbuatan kamu semua nih..

Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali mendakwa telah menyerahkan "bukti baru" berhubung dakwaan mengenai "pemilikan 20 akaun" didakwa milik abangnya Azmin dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam laporan edisi hujung minggu Utusan Malaysia hari ini, Ummi mendakwa bukti tersebut diserahkan kepada pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu pertemuan Rabu lalu.

Ummi berkata, beliau menyerahkan dokumen tersebut susulan dakwaan bahawa beliau menyimpan bukti tersebut, seperti dilaporkan.

"Ekoran laporan akhbar tersebut, saya difahamkan pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengarahkan pegawainya untuk menemui saya pada hari itu juga.

"Pegawai yang saya temui itu memaklumkan SPRM akan membuka semula siasatan berhubung pemilikan akaun Anwar dan abang kandung saya sendiri iaitu Azmin, berdasarkan bukti baru itu," katanya seperti dipetik.

Selain itu, Mingguan Malaysia melalui rencana bertajuk "Mencari relevan isu RM3 bilion" hari ini turut membangkitkan semula akuan bersumpah oleh bekas penolong gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid berhubung dakwaan mengenai 20 akaun tersebut.

"Dalam akuan berkanun yang diikrarkan di hadapan pesuruhjaya sumpah di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 1999 itu, Abdul Murad menyatakan kaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.

"Isu saham ini biarpun sudah lebih 13 tahunh berlalu sangat mustahak untuk dibangkitkan semula kerana shingga kini tiada jawapan kukuh diberikan mengenai status kesnya.

"Baik dari segi siasatan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu atau jawapan daripada Anwar sendiri, tidak ada sesuatu yang meyakinkan yang membolehkan rakyat membuat kesimpulan ia adalah dakwaan tidak berasas atau sengaja direka-reka," rencana itu dipetik.

Dakwaan berkenaan didapati "tidak berasas" apabila dibawa ke mahkamah pada 11 November 2011.

Bekas pengarah siasatan BPR Abdul Razak Idrus menyatakan perkara itu ketika memberi keterangan dalam perbicaraan pada November 2011 dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya pada masa itu, Datuk Abdullah Ahmad.

Abdul Razak dalam perbicaraan tersebut berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah Abdul Murad.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.


"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya seperti dilaporkan.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.-mkini

1 comment :

  1. kenapa la nak buat fitnah sesama ahli keluarga? Kenapa kita plak sanggup nak jadi barua orang lain untuk menjatuhkan ahli keluarga sendiri? Kan berdosa besar tu, tak takut ker balasan tuhan..? Insaflah sebelum terlambat.Allahhualam Bisawab....

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails