Korang jangan haraplah gaji minimum ni akan dilaksanakan..tengoklah apa yang terjadi dengan penetapan gaji pengawal keselamatan dulu tu..tipu kan?? pas tu cakap pulak hanya berkuatkuasa selepas 6 bulan akta itu diwartakan..nampak sangat menipu dan tak ikhlas..dah berpuluh tahun pekerja-pekerja berjuang untuk mendapatkan penetapan gaji minimum ini tetapi kerajaan umno/APCO ni sentiasa berdolak-dalik dengan seribu alasan...kerajaan umno/APCO hanya ingin memontelkan perut majikan-majikan di Malaysia dari membantu perut pekerja-pekerja yang kelaparan..
KUALA LUMPUR 1 Mei: Pengumuman gaji minimum oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya bersifat sandiwara bagai memancing undi menjelang pilihan raya, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Choo Chon Kai.
“Selain paras gaji minimum yang diumumkan jauh kurang daripada apa yang dituntut oleh gerakan masyarakat, pelaksanaan tersebut hanya akan berlaku selepas enam bulan dan kemunginan besar akan ditunda lagi seperti yang berlaku kepada pegawal keselamatan.
“Kalau kerajaan Umno BN benar-benar ingin melaksanakan gaji minimum, sepatutnya ia dilakukan sekarang. Apabila hak pekerja dituntut, maka taktik melambatkan menjadi lumrah pemerintah,” katanya pada kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan tindakan terbaru Najib itu yang bakal senasib dengan pengumumannya sebelum ini berhubung gaji minimum untuk pegawal keselamatan.
Malah katanya, kerajaan BN sebelum ini tidak berniat untuk melindungi hak pekerja bahkan sanggup menggadaikannya demi menjaga keuntungan kroni dan pemodal besar.
“Tuntutan pekerja di Malaysia yang perlu ditunaikan segera demi menjamin kesejahteraan hidup adalah gaji minimum RM1,500, jaminan kerja, kawalan harga barang, kebebasan menubuhkan Kesatuan Sekerja, bebas daripada beban cukai GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan), perumahan selesa dan penghentian penswastaan perkhidmatan asas.
“Semua tuntutan tersebut tidak mungkin jadi realiti dengan kerajaan Umno BN sekarang yang hanya tahu merompak rakyat biasa untuk kapitalis,” kata Chon Kai.
Malam tadi, Najib mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan bagi sektor swasta sebanyak RM900 sebulan atau RM4.33 sejam untuk Semenanjung manakala Sabah, Sarawak dan Labuan pula RM800 atau RM3.85 sejam.
Perdana Menteri berkata, gaji minimum itu akan meliputi semua pekerja termasuk pekerja asing dalam semua sektor ekonomi, kecuali perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun.
Oleh: Norutul Ilham
Gaji Minimum RM900 Hanya Sandiwara Najib Menjelang Pilihan Raya
Posted by Unknown on 3:44 PM in Najib Penipu Rakyat | Comments : 1
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Sepatutnya gaji di sabah & serawak lebih tinggi daripada di semenanjung sebab harga barangan disana pun lebih mahal berbanding harga di semenanjung. Rasional & indikator apa yang digunapakai kerajaan dalam menetapkan gaji minimum ni?
ReplyDelete