BREAKING NEWS

Agen Umno/APCO Telah Menapis Kandungan Berita Oleh Al Jazeera Dan BBC


Kita diperintah oleh kerajaan apa ni?? berita-berita dan fakta-fakta yang benar depa tapis dan sembunyikan..tapi kalau berita berunsur fitnah seks ciptaan umno/APCO depa taruk kat muka depan akhbar dan masuk berita utama dalam tv depa..memang gila la regim umno/APCO ni..


Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis. Astro juga telah menapis kandungan berita oleh rangkaian berita antarabangsa BBC mengenai berita sebenar tentang Perhimpunan Aman BERSIH 3.0.


Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.



"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan pelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.

Sarawak Report dalam laporannya menyatakan bahawa sebahagian daripada laporan BBC tersebut, sepanjang hingga 30 saat, dipotong apabila disiarkan di Astro.

Bahagian yang dipotong itu antara lainnya menunjukkan seorang anggota polis menaiki motosikal yang kelihatan melepaskan tembakan ke atas peserta perhimpunan, laporan itu dipetik.

Turut dikeluarkan daripada siaran itu ialah wawancara dengan peserta perhimpunan yang menjelaskan sebab mereka menyertai BERSIH 3.0, menurut laporan itu lagi.

Laporan itu juga menyebut, BBC mengeluarkan satu kenyataan selepas diberitahu mengenai perkara itu oleh laman berkenaan.

Kenyataan tersebut menjelaskan bahawa "siasatan segera" dijalankan ke atas perkara itu untuk mengenalpasti fakta dalam kes berkenaan.

Video di bawah menunjukkan perbezaan laporan BBC yang asal dan yang disiarkan dengan suntingan oleh saluran Astro Malaysia.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails