Panas!! Komplot Jahat SPR Dan Umno Memindahkan 16,000 Pengundi di Melaka
Posted by Unknown on 8:38 PM in Penipu Rakyat Spr Umno/APCO Video | Comments : 0
MELAKA - Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, lebih 16,000 pengundi luar dipindahkan ke beberapa kawasan parlimen di negeri itu.
Ia ekoran pendedahan rakaman video anak seorang ADUN Umno cuba mempengaruhi mahasiswa supaya menukar alamat untuk mengundi di Melaka pada pilihan raya umum akan datang.
Komplot jahat dan terancang yang dijalankan Umno itu turut melibatkan kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ia dijalankan sebelum Mac lalu di empat universiti awam dan swasta di Melaka.
“Data 16,000 pengundi yang ditukar alamat disahkan sendiri oleh SPR dalam pertemuan baru-baru ini.
“Saya sendiri bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat di Parlimen Bukit Katil akan membawa video ini segera ke SPR, SPRM dan polis untuk tindakan susulan.
“Kita juga mendesak pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menyelesaikan masalah ini dengan segera sebelum Parlimen dibubarkan,” tegasnya.
Shamsul berkata, komplot jahat itu dilakukan kerana Umno-BN dilihat sukar untuk mempertahankan kawasan parlimen di Melaka, selain dua dari empat kerusi DUN dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU lalu.
“Tidak hairan apabila Umno Melaka memperalat mahasiswa untuk menukar alamat bagi mengundi mereka pada PRU kali ini kerana Umno sendiri tidak yakin untuk menang,” katanya lagi.
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment