BREAKING NEWS

Lambakan Kad Pengenalan Palsu Dalam Daftar Pemilih SPR Memberi Ancaman Kepada Negara



KUALA LUMPUR: Pemuda Pas akan mendedahkan 10 kad pengenalan palsu setiap hari bermula hari ini, Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.

Menurut Suhaizan, usaha ini bertujuan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kewujudan kad pengenalan palsu dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang disifatkan memberi ancaman kepada negara.

“Pemuda Pas mahu pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi pilihan raya dengan menggunakan kad pengenalan palsu didakwa di mahkamah dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, asas-asas yang membuktikan kad pengenalan palsu tersebut termasuk kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar dalam akhbar The Star pada 24 Julai lalu yang menyatakan terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih sah SPR.

Semalam, Suhaizan membuat sidang media mendedahkan hampir 10,000 pemegang kad pengenalan palsu dikeluarkan dari daftar pemilih SPR.

Nama-nama tersebut memiliki nombor kad pengenalan bertindih yang hanya dibezakan oleh beberapa digit dan pernah diwartakan oleh SPR sebagai pengundi.

“Selepas Pemuda PAS membuat pendedahan, SPR telah mengeluarkan daripada daftar pemilih sah atas alasan tiada rekod dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) yang dihubungkan melalui  sistem ALIS(Agency Link-Up System),’ katanya.

Atas asas itu, kata Suhaizan, pihaknya berkeyakinan penuh bahawa kad pengenalan yang terbabit 90 peratus adalah palsu.

“Kewujudan kad pengenalan palsu adalah merupakan pengkhianatan kepada negara.  Keselamatan negara akan terjejas jika pihak yang bertanggungjawab terhadap manipulasi ini tidak dikenakan tindakan.

“Rakyat negara ini wajib mendesak pihak kerajaan bertindak segera mengatasi masalah yang berlaku,” tambah beliau.

Suhaizan mendedahkan 10 pemegang kad pengenalan palsu itu seperti berikut:
10 kad pengenalan palsu adalah seperti berikut :

1.  Nama: JUMAAYAH  BINTI  ALUS
Nombor KP        : 511122-10-5834
Alamat                 : Tiada
Dun                       : Sungai Burong
Parlimen             : Tanjong Karang

2.  Nama: SAINAM BINTI TUKISAN
Nombor KP        : 500307-10-5474
Alamat                 : Jalan Anggerik
Dun                       : Sungai Panjang
Parlimen             : Sungai Besar

3.Nama : KATIMAH BINTI KADNI
Nombor KP        : 500808-01-5290
Alamat                 : Tiada
Dun                       : Sri Medan
Parlimen             : Parit Sulong

4.  Nama : BANYAH BINTI SATEMAN
Nombor KP        : 481020-01-5614
Alamat                 :  Tiada
Dun                       :  Sedili
Parlimen             :  Kota Tinggi

5.  Nama : JABIDAH BINTI YUSUP
Nombor KP        : 470926-08-5666
Alamat                 : Manong
Dun                       : Manong
Parlimen             : Kuala Kangsar

6. Nama : KARSINAH BINTI PAIMAN
Nombor KP        : 420514-01-5164
Alamat                 : Tiada
Dun                       : Pulai Sebatang
Parlimen             : Pontian

7.  Nama : PONIYAM BINTI SAILAN
Nombor KP        : 450930-10-5078
Alamat                 : Tiada
Dun                       : Tanjong Sepat
Parlimen             : Sepang

8.Nama : SALEH BIN TUPAI
Nombor KP        : 650715-12-5013
Alamat                 : Tiada
Dun                       : Tanjong  Batu
Parlimen             : Kalabakan

9.  Nama : TOMINI  BINTI SARMAN
Nombor KP        : 470109-01-5692
Alamat                 : Tiada
Dun                       : Sedeli
Parlimen             : Kota Tinggi

10.   Nama  : AZINAH BT MOHD FAZIN
Nombor KP        : 800820-02-5150
Alamat                 : KM12 Jalan Tokai
Dun                       : Tokai
Parlimen             : Pendang

SUMBER

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails