BREAKING NEWS

Pengerusi Eksekutif NFC Didakwa Di Mahkamah Kerana Pecah Amanah


KUALA LUMPUR: Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini.

Suami kepada menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil itu telah memohon untuk dibicarakan bagi empat pertuduhan yang dikenakan ke atas dirinya.

Dua daripada pertuduhan itu adalah pecah amanah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan manakala dua lagi adalah mengikut Seksyen 132 Akta Syarikat.



Suasana di luar mahkamah menjadi tegang sedikit sebaik sahaja pertuduhan kes itu selesai apabila Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail menengking para wartawan dan jurugambar yang merakamkan gambar beliau."Mengapa ambil gambar?! Belum didapati bersalah lagi!" tengking beliau kepada sekumpulan jurugambar di luar pintu bilik mahkamah.
 
Dua pertuduhan pertama itu adalah atas kesalahan menggunakan RM9,758,140 dana National Feedlot Corporation (NFC) untuk membeli dua unit kondominium di kompleks One Menerung, di Bangsar, pada 2 dan 4 Disember, 2009.

Kesalahan berikutnya pula membabitkan pemindahan RM40 juta dana NFC kepadaNational Meat ands Livestock Corporation, dari 5 Mei hingga Nov 16, 2009.

Dalam kedua-dua kes, Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif NFC didakwa menggunakan dana tanpa kelulusan mesyuarat agung tahunan NFC.Ini menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 132 Akta Syarikat 1965.



Gambar Datuk Seri Shahrizat Jalil semasa tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini.


Isteri beliau, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno hadir berbaju kurung dan bertudung serba putih untuk mengikuti proses pendakwaan di dalam mahkamah dan bagi memberikan sokongan.


Bulan lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, pihaknya akan mengesyorkan kepada Peguam Negara agar mendakwa pengarah-pengarah NFCorp atas tuduhan pecah amanah.

Selain Mohamad Salleh, tiga orang anak mereka juga merupakan lembaga pengarah dalam syarikat berkenaan.

Ikat jamin ditetapkan pada RM500,000 bagi kedua-dua kes. Anak pasangan itu Wan Shahinur Izmir membayar wang ikat jamin.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 13 April ini.

Shahrizat semalam mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkuat kuasa 8 April apabila tamat penggal lantikan sebagai Ahli Dewan Negara (Senator).Namun, beliau akan mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno.


Skandal projek NFC terdedah susulan Laporan Ketua Audit Negara 2010 Oktober lalu. Ekoran pendedahan itu, Pakatan Rakyat (PR) mendedahkan siri soal salah urus dan penyelewengan dalam penggunaan dana yang disalurkan untuk projek lembu daging.

Projek itu telah disalurkan pinjaman mudah RM250 juta.NFC  ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan yang bertujuan meningkatkan pengeluaran daging tempatan serta mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails