BREAKING NEWS

Samseng-Samseng Upahan Umno Yang Semakin 'BEBAL'



Di sebalik taktik liar kerajaan Umno/BN untuk menakut-nakutkan pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menembusi kubu kuat mereka, Ketua Pembangkang Datuk Anwar Ibrahim berkata beliau langsung tidak gentar dengan kejadian di Sembrong, Johor pada Ahad lalu.

NONEMenceritakan pengalaman di mana keretanya diserang kepada kira-kira 1,000 hadirin dalam satu lagi ceramah di Gombak Setia malam semalam, ketua umum PKR itu berkata kerajaan, khususnya Umno tidak lagi boleh memperbodohkan rakyat.

Menurut Anwar, beliau tiba di Sembrong kira-kira jam 11:30 malam dari Endau.

"Apabila saya berada di Semborong, kereta saya diserang dan ditendang, cermin hadapan dipecahkan oleh sekumpulan anak-anak muda.

"Terdapat polis di kawasan sekitar tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengawal keadaan. Malah semasa saya menyampaikan ucapan, mereka membaling mercun," katanya.

Anak-anak muda ini, dakwa Anwar, telah dibayar oleh Umno untuk menimbulkan kekacauan dan masalah.

NONE"Mereka dibayar RM20 untuk menimbulkan kekacauan... inilah mentaliti belia kita yang telah rosakkan di tangan Umno.

"Jika masih ada sisa-sisa Umno di dalam diri kamu, buangkannya, sila berhenti, kerana ini memalukan bagi diri kita.

Anwar yang suatu ketika dahulu adalah juga timbalan presiden Umno berkata rakyat tidak harus diperbodohkan atau diperdayakan oleh parti itu. Sambil memetik senikata lagu Umno, beliau kemudian mendendangkan lagu itu: " Lambang kita yang gagah” sambil disambut gelak ketawa hadirin.

Dalam nada lebih serius, Umno, kata Anwar, boleh mengupah samseng untuk mengganggu majlis Pakatan ataupun membidas dan memburuk-burukkan beliau dalam media, tetapi katanya, beliau tetap tidak gentar dan tdak akan bertolak ansur.

Pada kejadian malam Ahad itu, selain kereta Anwar dipecahkan, kira-kira 50 hingga 80 anak muda yang bermotosikal menggangu ceramah Pakatan di Sembrong dengan membuat bising serta merempit di kawasan sekitar.

NONEKejadian itu hanya salah satu daripada siri gangguan dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Isnin lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap,  Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.
Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.
Malah, Anwar terpaksa menaiki motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya (gambar di bawah).
Pada ceramahnya, malam semalam, Anwar juga mengambil kesempatan bagi menjelaskan dakwaan kerajaan bahawa beliau menyokong negara Israel dan tidak membantu perjuangan rakyat Palestin.

Beliau mengulangi kepada hadirin  bahawa kenyataannya dipetik di luar konteks.

anwar ibrahim on motorbike in pekanJelasnya, beliau memang menyebut bahawa beliau menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, tetapi pendirian tersebut tertakluk kepada syarat bahawa Israel mesti menghormati aspirasi rakyat Palestin.

"Saya secara konsisten mempertahankan isu Palestin tetapi Umno mengatakan saya sokong Israel dan mengutuk saya, jika ini adalah benar, maka mari kita berdebat," katanya.
Oleh: Nigel Aw

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein restu kereta Anwar diserang di Sembrong?


PETALING, 20 Feb: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor semalam jelas menggambarkan Umno berada dalam keadaan terdesak.

Malah, katanya kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR sebelum ini yang meletakkan Johor sebagai negeri tumpuan PKR dan juga Pakatan Rakyat membuatkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja.

"Johor merupakan negeri ketiga keganasan yang dilakukan oleh Umno selepas Selangor dan Melaka.

"Malah insiden semalam yang mana pada satu program jelajah PKR, terdapat sekumpulan ahli Umno telah memulakan provokasi serta melakukan keganasan malah terdapat kecederaan dan kerosakan kepada kereta yang dinaiki oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelasnya.

Beliau berkata, tindakan samseng itu seolah-oleh mendapat restu oleh pihak keselamatan apabila hanya memerhati tanpa sebarang halangan mahupun tangkapan.


"Malah mercun yang dibaling itu melalui atas kepala polis tapi tiada tangkapan dibuat, saya tidak pasti adakah kerana ia berada di kawasan Parlimen Sembrong, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein?

"Persoalan ini perlu dijawab oleh menteri tersebut dan juga pihak polis yang bertugas, tapi melihat kepada kejadian tersebut seolah-olah ia direstui," ujarnya.

Ahli Parlimen Machang itu juga turut mempersoalkan adakah kerajaan boleh memberi jaminan keselamatan kepada pemimpin PKR mahupun Pakatan Rakyat dalam siri jelajah mereka bahawa tidak akan berlaku lagi keganasan seperti itu.

"Kita mahukan Hishammuddin serta Menteri Besar Johor tampil beri penjelasan berhubung insiden semalam. Penduduk yang hadir pada ceramah tersebut dan mereka mengenali siapa yang terlibat dalam provokasi tersebut," katanya.

Saifuddin menegaskan tindakan sedemikian tidak menghalang PKR mahupun PR hadir bertemu rakyat dalam usaha menjelaskan setiap penyelewengan yang dilakukan oleh Umno serta memberitahu janji PR apabila memenangi pilihanraya nanti.

Sebelum itu, keganasan yang dilakukan pada program ceramah yang diadakah di Pejabat Keadilan Sembrong itu menyebabkan kereta yang dinaiki Anwar kemek dan cermin pecah.


Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang pada jam 3 pagi.

Ceramah yang turut dihadiri beberapa pemimpin tempatan PKR itu telah mendapat kebenaran polis.
Oleh: Muhammad Faizal

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails