BREAKING NEWS

Haji Najib 'KELENTONG' Tak Habis-Habis!!


KUALA LUMPUR, 28 Feb-Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan kemenangan dua per tiga daripada kerusi Parlimen untuk meningkatkan keupayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana cadangan sedemikian tidak seharusnya dibandingkan dengan Pakatan Rakyat (PR), kata pemimpinnya.
Kepimpinan pembangkang berkata kepada The Malaysian Insider bahawa setiap langkah yang diambil bagi mempertingkatkan kadar efisiensi dan akauntabiliti badan pencegahan rasuah berkenaan amat dialu-alukan, dan bersedia untuk berdevat berkenaan perkara itu ketika sidang Dewan Rakyat akan datang di Parlimen.

Lim Chee Wee
Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menambah, tiada sebab mengapa ahli parlimen tidak akan mengundi terhadap pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan yang amat dialu-alukan itu sekiranya dilaksanakan demi kepentingan rakyat.
Mereka semua memberikan maklum balas terhadap kenyataan Datuk Seri Najib Razak, semalam yang berjanji akan memberikan kebebasan kepada SPRM untuk melantik dan memecat keanggotaan pegawai mereka sekiranya BN menguasai dua per tiga majoriti kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Liew Chin Tong
Setiausaha Antarabangsa DAP,  Liew Chin Tong menyelar kenyataan perdana menteri itu dan berkata perlu ada perbincangan teliti dengan pembangkang berhubung perkara itu.
“Ini adalah kerja sia-sia, secara prinsipnya kami bersetuju untuk memperkukuhkan SPRM, demi kebaikan orang ramai. Tapi tidak timbul persoalan berkenaan keperluan majoriti dua per tiga dewan.
“Prinsipnya kami bersetuju, dan berasakan adanya keperluan meletakkan SPRM di bawah bidang kuasa Parlimen, dan bukannya di bawah seliaan Pejabat Perdana Mendteri,” katanya kepada  The Malaysian Insider .
Ahli Parlimen Bukit Bendera itu berkata dalam setiap undang-undang demokrasi matang, perbincangan yang teliti setiap pihak perlu diambil kira.
Menurut beliau, Najib memandai-mandai merasakan pemimpin Pakatan Rakyat tidak akan bersetuju dengan cadangan panel penasihat.
“Pembangkang sangat gembira untuk bekerjasama,” tambahnya.

Dr Mujahid
Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan, pindaan terdahulu terhadap fungsi dan “mengukuhkan” SPRM, dan masalah sebenarnya adalah memastikan badan anti rasuah ini bebas daripada “campurtangan politik”.
“Tidak perlu dua pertiga. Isunya bukan sebab kekuatan, tapi lebih kepada autonomi SPRM untuk menjalankan tugas,” katanya kepada  The Malaysian Insider .
“Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melaksanakan perubahan terhadap SPRM, berdasarkan cadangan kepada panel penasihat,” tambah pemimpin PAS ini.

Nurul Izzah
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata kepada  The Malaysian Insider , kenyataan Najib itu seolah-olah menunjukkan SPRM tidak mempunyai keupayaan untuk mengawal rasuah di negara ini.
“Orang ramai patut menolak pemimpin sedemikian. Sejarah membuktikan apabila mereka menang dengan majoriti yang besar, mereka tidak akan teragak-agak untuk menyalahgunakan kuasa,” katanya.
Lim menegaskan kedua-dua BN dan PR menunjukkan “kematangan” dengan dwi-partisan Jawatakuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) dalam pembaharuan pilihan raya.
“Oleh itu tiada sebab kenapa perkara ini tidak boleh disamakan dengan keperluan dan kelebihan pindaan Perlembagaan,” katanya kepada  The Malaysian Insider .
Peguam itu bagaimanapun mempersoalkan Najib yang menyebut berkenaan Ketua SPRM setaraf dengan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara, dan menyatakan masing-masinh mempunyai had berbeza dalam penafsiran mereka.
“Persoalan yang timbul daripada kenyataan perdana menteri adalah kesamaan taraf Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Peguam Negara dan Ketua Audit Negara.
“Bekas itu mempunyai budi bicara tak terkekang, menjadikan beliau berkemungkinan lelaki paling berkuasa du Malaysia. Seperti diterangkan dalam Akta Audit 1957,” jelas presiden Majlis Peguam.
Oleh Shazwan Mustafa Kamal dan Mohd Farhan Darwis

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails