“Isu Anwar adalah sebahagian yang menampakkan kepincangan sistem kehakiman negara, tetapi lebih daripada itu ianya adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap kezaliman Umno BN yang mencampur adukkan sistem pengasingan kuasa iaitu Eksekutif, Perundangan, Legislatif dan Kehakiman,”-Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

03 January 2012

Idealisme Dan Suara Mahasiswa Tidak Perlu Disekat




Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah di atas keberanian mahasiswa menyatakan kebenaran dengan mengadakan himpunan aman bagi membantah Akta Universiti Kolej Unirversiti (AUKU) sehingga menyebabkan 2 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) cedera.

DPPM menganggap perkembangan ini yang bermula dengan insiden menurunkan bendera oleh seorang mahasiswa, Adam Adli Abdul Halim sehingga ke tragedi di UPSI malam tahun baru 2012 menunjukkan proses kematangan dan kedewasaan mahasiswa.

Mahasiswa kini sudah mampu memposisikan diri mereka sebagai golongan yang bersuara mewakili segmen masyarakat yang inginkan keadilan, dan kebebasan. Mahasiswa telah keluar dari kepompong ketakutan yang selama ini membelenggu mereka sehingga berani bersuara mendesak agar AUKU dimansuhkan segera.

Gerakan mahasiswa seharusnya mampu mencorakkan masyarakat menjadi golongan yang peka, sensitif, dan responsif terhadap persekitaran mereka. Masyarakat akan cepat sedar terhadap kebobrokan yang berlaku melalui sesuatu isu dan rakyat tidak lagi boleh diperbodohkan oleh pemerintah.

Idealisme dan suara mahasiswa tidak perlu disekat seperti dahulu. Sudah berpuluh tahun mahasiswa dihalang dari berfikir secara matang ke atas sesuatu isu yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu dipandu supaya haluan mereka mengikut lunas kemanusiaan dan menurut syariat Islam serta norma budaya masyarakat di negara ini. Mereka wajar didorang agar bertindak positif demi memastikan negara berada pada landasannya yang sebenar.

DPPM mengingatkan kerajaan bahawa tindakan zalim dan keras ke atas mahasiswa tidak sesekali mematikan api perjuangan mereka, malah akan memarakkan lagi arus perjuangan ini.

Tragedi pembantaian mahasiswa di depan UPSI tempohari tidak menggentarkan mereka, sebaliknya mereka bingkas untuk mengadakan banyak lagi siri himpunan aman membantah AUKU.

Justeru, semakin kuat mahasiswa ditekan, semakin ramai akan bangkit dan semakin ramai ikon perjuangan mereka mampu dilahirkan.

Muhammad Safwan Anang dan Adam Adli kini telah menjadi sebutan rakyat dan menjadi idola mahasiswa bagi memperjuangkan keadilan. Mereka adalah ikon rakyat yang cintakan keadilan, kemakmuran, kesejahteraan, ketelusan dan kebebasan.

Oleh: Riduan Mohd Nor
(Penulis Merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS)

0 comments:

Post a Comment

Sila Tinggalkan Komen Bernas Anda!!
SETIAP KOMEN ANDA ADALAH TANGGUNGJAWAB ANDA SENDIRI,SEMUA KOMEN AKAN DISIARKAN TANPA SEBARANG TAPISAN DAN SUNTINGAN..HARAP MAKLUM!!

Related Posts with Thumbnails

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Lady Gaga, Salman Khan