BREAKING NEWS

Anjing-Anjing Suruhan Haji Najib 'MENGAMUK' Depan UPSI

Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

TANJUNG MALIM- Demonstrasi sekumpulan mahasiswa menuntut pembebasan Adam Adli Abdul Halim, yang dikaitkan dengan isu menurunkan 'bendera' Datuk Seri Najib Tun Razak bulan lalu dan kebebasan akademik di pintu masuk utama Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pagi tadi bertukar  menjadi peristiwa berdarah.

Polis bersama pasukan FRU menahan ketua demostrasi sehingga timbul kekecohan dengan adengan tolak-menolak, termasuk kecederaan serius terhadap Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik (Bebas), Safwan Anang.

Safwan terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River.

Kumpulan itu mengadakan perhimpunan di ibu negara pertengahan bulan lalu bagi menyerahkan memorandum kepada Suhakam dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Adam dilaporkan menurunkan banting berupa bendera itu selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula di pekarangan Menara Dato' Onn yang menempatkan ibu pejabat Umno.

Pelajar Upsi itu berhadapan dengan tekanan agar meminta maaf dan siasatan pihak berkuasa.

Difahamkan kumpulan itu cuba membawa Safwan untuk mendapatkan rawatan di klinik berdekatan dengan didakwa memecahkan pintu pusat perubatan 20 jam itu.

Namun ketiadaan doktor memaksa mereka membawanya ke Klinik Kesihatan Tanjung Malim sebelum membawanya ke Hospital Slim River.
Lebih 100 pelajar yang menyertai demonstrasi ditahan dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Difahamkan, antara 55 ditahan termasuk 30 wanita telah dibebaskan.

Antara yang ditahan ialah Adam, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional Mohd Syahid Mohd Zaini, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia Ahmad Shukri Razab.

Kekecohan tercetus kira-kira pukul 2.25 pagi tadi apabila amaran polis untuk bersurai tidak diendahkan.

Penunjuk perasaan yang cedera dipercayai akibat ditumbuk dan ditendang. Keadaan kembali tenang sekitar 5 pagi tadi.

Usaha mendapatkan pengesahan Pemangku Ketua Polis Daerah Tanjung Malim Supt Md Tahir Kasim belum berhasil.

Dalam pada itu, Jingga 13 mengecam dan menyifatkannya sebagai tindakan keras polis terhadap mahasiswa.

Tenyata gerombolan Haji Najib amat terdesak untuk mempertahankan 'Dinasti Rasuah' dulu,kini dan selamanya milik mereka itu.Rata-rata rakyat Malaysia telah menyedari amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi makanan harian bagi semua pemimpin-pemimpin yang berada dalam parti Umno.

Video Detik Cemas Perhimpunan Mahasiswa 1 Januari 2012 Di UPSI






Muhammad Safwan Anang, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dilaporkan berada di wad di Hospital Slim River ekoran tidak sedarkan diri. Safwan dipercayai patah beberapa batang gigi dan patah tulang ketika insiden berkenaan.


                                 Adam Adli ditangkap dan ditahan di lokap IPD Tanjung Malim.

Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) memandang serius tindakan Federal Reserve Unit (FRU) dalam menangani isu yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada awal pagi tadi.PMUKM dalam satu kenyataan pagi ini menyelar sekeras-kerasnya tindakan FRU membelasah mahasiswa dalam menyuraikan perhimpunan di UPSI. Pengerusi Bebas, Safwan Anang dilaporkan kritikal dan beberapa mahasiswa lain yang turut tercedera dengan tindakan zalim pihak polis.
“Ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar kerana secara terang-terangan bertentangan dengan roh Perlembagaan Persekutuan yang sememangnya memberi hak kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat,” tambahnya lagi.
Sekalipun himpunan itu dilihat sebagai satu perkara yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam, pihak polis tidak sewajarnya menggunakan kekerasan dalam menangani himpunan itu kerana mereka hanya berdepan dengan mahasiswa dan bukannya penjenayah bersenjata.
Tambahnya, tindakan yang diambil pada waktu kejadian seolah-oleh menggambarkan pihak polis terlalu terdesak seolah-olah tiada jalan lain dalam menangani himpunan tersebut.
Ini sama sekali tidak sesuai dilakukan dalam negara yang mengamalkan demokrasi.
Menurut PMUKM lagi, sikap double standard polis juga terlihat apabila sebelah pihak yang menyokong kerajaan membuat demostrasi di Putrajaya pada 21 Disember baru-baru ini tidak pula dikenakan apa-apa tindakan, sebaliknya kekerasaan diperlakukan kepada mahasiswa yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
“Seharusnya pihak polis menjadi badan yang bertanggungjawab dalam memastikan keharmonian, keadilan, dan kesaksamaan semua pihak khususnya rakyat jelata dan bukannya bertindak di luar peri kemanusiaan,” ujar kenyataan.
Oleh itu, PMUKM mendesak supaya Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar supaya bertanggungjawab atas tindakan kejam pihak polis terhadap mahasiswa yang berhimpun di UPSI pada awal tahun baru 2012.
  
Ketua koordinator Jingga 13 Fariz Musa berkata, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya brutaliti dan  tindakan kejam, tidak berperikemanusiaan oleh pasukan FRU yang menangkap, membelasah dan mencederakan kumpulan aktivis dan mahasiswa di Upsi malam tadi.

"Tindakan biadap di luar kewarasan manusia ini langsung tidak dapat diterima oleh mana-mana manusia yang berakal dan ia jelas sekali melampaui batas.
"Pihak Polis yang sepatutnya menjadi tempat mahasiswa kerdil bergantung harap, meminta pertolongan dan perlindungan tergamak menjadi alat penguasa bertindak zalim," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kata beliau, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan  Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar wajib bertangungjawab atas insiden ini.

"Jingga 13 juga mendesak agar kesemua 17 aktivis dan mahasiswa termasuk Setiausaha Jingga 13 Saifuddin Shafi Muhammad yang ditahan dibebaskan dengan segera tanpa syarat manakala mereka yang cedera wajib diberikan pampasan yang selayaknya," katanya lagi.




Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan dalam reaksi segeranya yang disiarkan di Facebook membantah dan mengutuk keras kejadian yang berlaku itu.

Beliau memberikan masa lima jam atau sehinggah 12 tengah hari ini untuk polis membebaskan kesemua 17 mahasiswa yang ditahan itu.

“Jika tidak satu perhimpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau juga mendesak pihak polis bertanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa-mahasiswa berkenaan terutama Safwan Anang.

1 comment :

  1. PADAN MUKA...Kalau dudok dirumah ka, hostel ka..baca buku pon bagus, ibadat..

    Dudok time tu masa jin bertendang dan syaithan berkeliaran ada ke Allah swt dan Nabi saw suruh..!

    Ayat mana dalam Keroan ? atau ada Hadis Sahih ke ?

    Bangang punya OTAK . Hoi..IBLIS ada di Belakang HANGPA la ! Tak chaya buat sembahyang Istikharah. Tau ka apa sembahyang Istikharah tu ?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails