BREAKING NEWS

Bila Pulak Pengerusi Felda Nak Bercuti Panjang??



KUALA LUMPUR, 10 Dis – Felda yang menjadi perhatian sejak beberapa bulan lalu disebabkan isu kepimpinan dan penyenaraian, dijangka berhadapan dengan kontroversi baru ekoran arahan agar Pengarah Besarnya Datuk Dzulkifli Abd Wahab bercuti selama lapan bulan.
Dzulkifli menerima surat berkenaan keputusan itu petang semalam.
The Malaysian Insider difahamkan arahan itu dikeluarkan di sebalik dakwaan bahawa Dzulkifli, yang dilantik ke jawatan itu dua tahun lalu, tidak sehaluan dengan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad dalam banyak perkara kontroversi, yang mendapat protes peneroka.
Antara perkara itu termasuklah proses penyenaraian Felda Global Ventures yang akan dilaksanakan tahun depan, isu perjanjian pajakan tanah dan kepimpinan Isa sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF) sendiri.
Beberapa sumber rapat dengan Felda mengesahkan perkara tersebut sambil mendakwa ia memang mengejutkan banyak pihak.
Kata mereka, perkembangan itu akan merumitkan lagi dilema yang menyelubungi para peneroka.
“Saya dimaklumkan malam tadi bahawa Datuk Dzulkifli telah diarah bercuti selama lapan bulan, Datuk Dzulkifli terima surat petang semalam,” kata sumber itu.
“Saya juga ada bercakap dengan Datuk Dzulkifli, saya pun dapat maklumat yang sama,” kata satu lagi sumber yang percaya ia satu langkah awal mahu menyingkirkan beliau dari Felda selain menyisihkan peranannya dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah milik Felda Plantations dipajakkan. Proses itu juga akan melibatkan peranan KPF.
Bagaimanapun Dzulkifli yang dihubungi pagi ini enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Tiada komen,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Beliau memberi jawapan yang sama apabila ditanya mengenai tindakan susulannya ekoran perkembangan tersebut.
“Saya tidak mahu komen,” katanya lagi.
Dzulkifli yang telah 30 tahun berkhidmat di Felda sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah Besar (Perusahaan Perladangan dan Pembangunan Kebun) agensi pusat itu.
Sumber juga memberitahu, Isa yang mengetuai Felda sejak awal tahun ini telah meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar campur tangan dalam ‘kontroversi’ semasa agensi berkenaan dan permintaan itu telah diluluskan.
“Maklumat yang saya terima menunjukkan surat mengenai arahan bercuti dikeluarkan menerusi setiausaha sulit kanan perdana menteri, sebab Felda terletak di bawah penyeliaan Jabatan Perdana Menteri,” kata sumber itu dan menambah bahawa surat arahan itu walaupun dikeluarkan semalam tetapi bertarikh 21 November lalu.
“Bermakna tarikh kuat kuasa surat telah dipercepatkan, proses penyenaraian akan dijalankan semasa beliau bercuti” katanya lagi.
Proses penyenaraian di Bursa Saham dijadual akan dilaksanakan pertengahan tahun depan.
Isu terbaru ini muncul kira-kira dua minggu selepas Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Shamsuddin Othman meminta Isa memohon maaf atas alasan telah menghina beliau pada satu majlis terbuka.
Isa menegaskan beliau tidak akan meminta maaf.
Shamsudin, 59, yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perunding Peneroka Wilayah Johor Bahru, merupakan satu-satunya wakil peneroka yang berada dalam Ahli Lembaga Pengarah Felda.
Konfrontasi antara peneroka dengan Pengerusi Felda bermula apabila Isa didakwa dilantik secara ‘kontroversi’ menjadi pengerusi KPF dengan mengetepikan Zulkifli dan perkembangan itu menyebabkan kepimpinan Felda terpecah dua kepada dua kelompok.
Sebelum ini, Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) melancarkan kempen mendakwa Isa sebenarnya tidak layak menjadi ahli KPF dan keahliannya dalam koperasi adalah bertentangan dengan undang-undang disebabkan jawatan beliau sebagai pengerusi koperasi hanya bertaraf kontrak.
Undang-Undang Kecil KPF mensyaratkan bahawa mereka yang layak menjadi ahli KPF ialah peneroka Felda, isteri dan anak-anak dan juga kakitangan Felda yang berstatus tetap.
Anak telah membawa kes berkenaan ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Oleh G Manimaran



Haji Najib Melantik Perasuah Tegar Menjadi Pengerusi Felda

Pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru membuktikan
‘komitmen’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam memerangi rasuah selama ini hanya sekadar sandiwara semata-mata,  kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
Menurut Fuziah, keputusan pelantikan itu membuktikan dengan jelas pendakwaan beberapa personaliti penting sebelum ini sekadar usaha membina imej Umno-BN menjelang pilihan raya umum  akan datang.
“Pelantikan Isa adalah petunjuk jelas BN tidak serius memerangi rasuah dan hanya bersandiwara semata-mata. Bagaimana mungkin Isa Samad, yang integritinya diragui dan digantung enam tahun bermula 2005 dari keahlian Umno disebabkan amalan politik wang, dilantik sebagai Pengerusi Felda dan diharap membela nasib peneroka?” soal Fuziah.
Fuziah merujuk tindakan kerajaan yang baru-baru ini mendakwa Mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo atas tuduhan rasuah berhubung pemilikan tanah dan rumahnya yang dianggar berharga RM24 juta.
Ia termasuk kenyataan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan terhadap bekas Pengerusi Syarikat Penerbangan Malaysia, Datuk Tajuddin Ramli di atas kerugian RM8 bilion syarikat tersebut.
Menurut Fuziah, Najib yang sebelum ini menggariskan beberapa perkara dalam sasaran pentadbirannya menjelang 2012, antaranya usaha untuk memerangi rasuah, adalah merupakan retorik semata-mata.
Tambah beliau, pelantikan Isa sebagai Pengerusi Felda juga merupakan bukti Umno ketandusan pemimpin berkualiti untuk diketengahkan dan akhirnya terpaksa memilih mereka yang mempunyai imej buruk dan terpalit dengan amalan rasuah atau dikenali sebagai ‘politik wang’ dalam Umno.
“Melantik Isa Samad sebagai Pengerusi Felda adalah bukti Umno terdesak, seolah-olah tiada lagi pemimpin Umno yang layak menerajui institusi tersebut, ” kata Fuziah.
Semalam, Tan Sri Isa diumumkan mengambil tempat Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor sebagai pengerusi Felda, bermula 1 Januari 2011.
Pelantikan Isa mengetuai Felda mengundang banyak kontroversi kerana beliau sebelum ini digantung keahliannya dalam Umno kerana politik wang. Isa digantung keahlian Umno selama enam tahun bermula tahun 2005 setelah  didapati membeli undi pada pemilihan Umno tahun 2004.

Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) Nasional yang merangkumi enam bidang keberhasilan Utama (NKRA) termasuk usaha memerangi rasuah, selain menggubal Akta Pendedah Salahlaku bagi menggalakkan pemberi  maklumat tampil mendedahkan jenayah rasuah dan salah laku lain.
SUMBER

Bodoh Punya 'MAMAK UMNO' Makan Tahi Sendiri

     Acara unik memakan tahi sendiri oleh mamak-mamak pencacai UMNO.


Tak pernah penulis jumpa manusia paling bodoh kat Malaysia ni selain dari Mamak kat bawah ni. Dulu dia buat hal bagi seluar dalam. Sekarang cari publisiti lagi dengan menghamtar replika kek tahi manusia. Langsung tak ada maruah dia ni. Nampak sangat kebodohannya. Korang nampak tak akhlak puak-puak UMNO ni? Dah 50 tahun Pakatan Rakyat jadi pembangkang di Malaysia, tak pernah sekali pun buat hal macam ni. Tapi UMNO baru 3 tahun jadi pembangkang di Penang dah tunjuk sikap biadap dan celaka. Macam ni ke korang nak pilih pemimpin nak jaga rakyat? hahaha....

Tindakan UMNO P Pinang menghadiah kan 'tahi' adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Jika juak2 UMNO ini berasa tidak puas hati tentang pemerintahan DAP P Pinang, ada banyak lagi perkara lain yang boleh di lakukan.

Sepatutnya juak2 UMNO ini berkerja keras memajukan dan mengukuh kan perjuangan UMNO di P Pinang - bukan nya bermain dengan 'tahi'. Perbuatan ini sangat memalukan UMNO. Bayangkan pula bagaimana perasaan pekerja2 melayu/islam yang terpaksa menyambut hadiah 'tahi' itu.

Manusia jijik sahaja yang berfikiran jijik dan membuat kerja2 jijik. Dari kaca mata kaum bukan melayu/islam perbuatan ini sangat jijik - jijik kepada yang melakukan nya. Dengan secara langsung image UMNO jadi jijik. Harapan UMNO untuk menawan kembali P Pinang tinggal angan2 kosong sahaja.

Tok sangat sayang UMNO - jangan kotorkan UMNO dengan perbuatan yang nampak kotor ini. Sebab setitik nila rosak susu sebelanga.
SUMBER
Biasanya budak belum mumayiz atau orang tua nyanyuk yang suka main dengan taik ni. Dari segi paras rupa dengan kedut dan janggut putih memang sah orang-orang tua nyanyuk ni dari kumpulan United Malays No Otak.

Tambah melengkapkan sifat nyanyuk mereka, tidak cukup dengan mengusung taik ke sana ke mari, akhirnya taik-taik yang mereka bawa terpaksa dimakan sendiri kerana tiada pihak yang mahu menerimanya.

Lihat video bukti di bawah bagaimana mereka memotong dan memakan taik-taik yang mereka bawa uwek! Tak cukup dengan itu, mereka ajak pula orang ramai makan taik bersama-sama mereka! Hancus!

  SUMBER



Ummi Hafilda Wajib Bertaubat!!



KUALA LUMPUR - Adik kepada Timbalan Presiden PKR, Ummi Hafilda Ali tidak menolak kemungkinan untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya dicalonkan.

Bagaimanapun menurutnya, keputusan sama ada bertanding sebagai calon terletak kepada pucuk kepimpinan negara untuk putuskannya.
“Kalau pucuk kepimpinan merasakan saya layak, layaklah. Kalau pucuk kepimpinan kata saya tak layak pun tidak mengapa.

“Bagi saya, apa yang lebih penting ialah untuk membantu kerajaan mendedahkan pekung pembangkang dan siapakah mereka ini. Saya akan terus menjelajah ke seluruh negara untuk berceramah bagi tujuan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Bernama Radio24, semalam.

Dalam pada itu, Ummi menegaskan, usaha untuk membongkar hipokrasi pembangkang akan diteruskan selagi pimpinan utama dalam pakatan itu tidak sedar akan kesalahan mereka.

Usaha tersebut, ujarnya, hanya akan dihentikan selepas mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

PENGAKUAN BAPA UMMI HAFILDA

UMMI HAFILDA ialah anak bongsu dari enam beradik, tiga laki-laki tiga perempuan. Lahir pada bulan Jun 1967 di Kampung Klang Gate.

Bersekolah lulus tingkatan lima pelajaran agama lebih dari mencukupi umur enam tahun sudah membaca Koran dengan baik dan sudah tahu bersembahyang. Boleh menulis dan membawa jawi dan dapat melancar pelajaran agama Fekah dan Hadith

Berhenti sekolah dia bekerja di dua buah bank sebagai kerani dan pegawai bank dalam masa empat tahun. Dia meletakkan jawatan itu dan menubuhkan sharikat sendiri. Hasil yang diperolehi dari pinjaman bank yang banyak dia telah menjelajah ke London, Australia, Tokyo dan …(tidak terang). Lain-lain tempat. Sebenarnya business belum diuruskan dengan baik. Dengan sikapnya yang angkuh, riak takbur dan memiliki kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, Jeep, Isuzu, Van biasa, BMW. Tiga empat kereta dalam satu-satu masa.

Sepanjang masa dalam riwayat hidupnya belum pernah ada ada risik dari mana-mana pihak yang bersetuju meminang hingga sekarang masih seorang andartu.

Bila umurnya meningkat lebih 20 tahun tingkah lakunya yang aggeresive begitu menjadi-jadi. Melawan, tidak pedulikan dengan nasihat, riak, takbur, pembohong, penipu.

25.8.98 kali terakhir dia keluar dari rumah ini. Kelang Gate Setapak KL.

1.9.98 jam 5.20 petang saya memangil kakaknya yang sulong dan memberi nasihat kepadanya bahawa dari tarikh tersebut saya lucutkan warisan zuriat Umi Hafilda dengan tidak mengaku anak dunia dan akhirat dan berwasiat dengan pesanan jangan lagi dia balik kerumah ini.

30.9.98 dia selitkan tiga surat layang dipintu gate besar dengan nama samaran jiran yang bersimpati.

6.10.98 dia suruh kakaknya mengemas semua kain bajunya yang berada dalam tiga bilik di rumah ini.

Kedatangan kakaknya dia menunggu bila saya tidak ada dirumah kerana berjumaat.

Hasil komplot Megat Junid sampai ketangan Khalis Jafri untuk dijadikan buku 50 Dalil sebelum sampai ke PM. Kerja-kerja fitnah ini dibiayai oleh Daim dan Tengku Adnan, Ziela isteri Megat Junit menjadi orang perantaraan.

Dalam hidupnya semasa dewasa ini hutang keliling pinggang. Pernah beberapa kali orang yang memberi hutang datang menyerang di rumah ini. Surat-surat bank dari seluruh KL menuntut hutang datang sepangjang masa pernah saya di tipu dengan lenyapnya kereta mercedes yang berharga $90,000 kerana melangsaikan hutang banknya.

Kekasarannya pernah beberapa kali ibunya mengeluarkan airmata. Dia sanggup menuding jari telunjuk kemuka ibunya dan disuruh 'shut up' Jaga sikit mulut. Semenjak tahun 1988 sudah tiga empat kali lari dari rumah berbulan-bulan lamanya keluar dari rumah.

Sifat fitnah menjadi-jadi walau pun dinasihati tetapi tidak diindahkan

Saya telah berkahwin dengan ibunya 42 tahun tetapi pada 20.2.1998 dalam masa beberapa minit sahaja tak tahulah apa yang difitnahkan kepada ibunya hingga membuat orang itu menyerang saya dengan keadaan luar biasa sehingga terpaksa saya melafazkan talak kepadanya. Kami bercerai sepuluh hari sebelum rujuk kembali.

Hasil kemuncak fitnahnya adalah dengan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Jawatan TPM dan dilucutkan keahlian UMNO yang menggemparkan dunia seluruhnya hingga kehari ini. Dialah bertanggungjawab penulis surat kepada PM pada 8.8.1997 memfitnah Anwar berzina dengan kakak iparnya hingga mendapat anak bernama Hafifah dan memfitnah abangnya mehmed Azmin setiausaha Anwar oang yang paling kaya dengan hasil rasuah serta perpakat dengan Azizan Abu Bakar memfitnah Anwar berhomosex dengan Azizan.

Surat-surat tersebut dengan 9.10.98 suruh abangnya Azwan buat laporan polis di Melawati dan menuduh dua abangnya Azman dan Azmin memecah masuk biliknya dan mengambil surat-surat penting dari bilik tersebut serta mendakwa abangnya Azman hendak membakar pakaiannya dan mendakwa Azmin hendak membunuhnya.

Dua orang pegawai polis Inspektor Ramlee dan DSP Ishak datang menyiasat kes tersebut serta seorang Juru gambar.

Catatan Haji Ali bin Omar -  18.10.98
Komen FB Pilihan Mb Online

Bardsha Roddin
awak tu yg patut bertaubat, cermin diri dulu layak kah aku jadi pemimpin, pemimpin ke neraka boleh la.
Mohd Nashul Mohd Nasir
setiap pekejaan yang hendak dlakukan hendaklah dimulakan dengan niat yang baik serta ikhlas, berpolitik untuk negara adalah untuk membangunkan negara dari semua aspek, kalau hanya untuk mendedahkan pekong seseorang fikir fikrkan lah. semua pekerjaan yang kita laksanakan akan dinilai oleh Allah. MATI ITU BENAR , ALAM QUBUR ADALAH BENAR, HARI AKHIRAT ITU BENAR, SYURGA DAN NERAKA JUGA BENAR

Penyangak-Penyangak Umno Yang Tidak Pernah Mahu Berubah




Assalamualaikum... Rentetan peristiwa muktakhir ini menunjukkan kepada satu arah,ia itu perubahan kepimpinan negara yang didahagakan sekian lama oleh sebahagian rakyat tetapi cuba dinafikan oleh sebahagian yang lain.

Tanda semakin jelas bahawa yang dahagakan perubahan semakin bertambah tetapi yang masih cuba mempertahankan kepimpinan negara yang semakin mengecil dan terdesak nampaknya tetap enggan berubah atau menerima hakikat kemungkinan perubahan yang bakal berlaku.

Ditinjau komponen golongan yang enggan berubah ini, amat memeranjatkan kerana majoriti dari mereka terdiri dari keturanan MELAYU yang beragama Islam(seperti tertera di My kad).Meneliti lebih jauh, kewujudan golongan melayu yang enggan berubah ini berpunca dari pendudukan British yang telah lama mengasuh keturunan melayu menjadi TALI BARUT sehingga tradisi dan budayanya terlalu sukar dibuang.Berikut beberapa katogeri melayu yang enggan berubah :

Pencacai tinggalan cybertrooper.
Pembaca berita dan DJ di TV dan Radio
Wartawan akhbar perdana melayu dan pemiliknya
Sebahagian Kontraktor yang cari makan dengan Kerajaan
Pekerja agensi kerajaan dan GLC
Penerima bantuan seperti Wang ehsan dan Dana Khas
Sebahagian Guru
Pekerja dan Pengajar BTN serta Khidmat Negara
Pemikir kerajaan
Runner para menteri dan pak Turut mereka
JKKK


kesemua katogeri melayu di atas umumnya mengamalkan budaya tali barut di mana kerja kerja yang hanya mereka tahu lakukan ialah memberi kuasa kepada "tuan" atau master mereka seperti mana tali barut asal British melakukan kerja dulu.Mereka umumnya akan melakukan apa saja tanpa mengira ianya benar atau salah, menindas orang lain atau tidak,mengambil hak orang lain atau tidak, beretika atau tidak, asal saja kerjanya memberi kelebihan kepada tuannya dianggap berbaloi.Kita boleh melihat bagaimana pencacai pencacai melakukan kerja mereka di internet ini dan kita boleh melihat bagaimana tali barut di kaca TV serta di dada akhbar bertindak.

Begitu juga tipikal kepada kerja kerja membodek kontraktor yang menjadi tali barut pihak parti yang memerintah serta tindakan rakus JKKK menjaga undi pemerintah.Guru guru yang terbabit serta pengajar BTN serta Kihdmat Negara pula gigih mempengaruhi anak anak sekolah/pegawai kerajaan agar menjaga kepentingan ketuanan melayu dari kaum lain dan dari golongan yang memperjuangkan Islam(TGHA pernah dianggap pengganas setaraf komunis oleh BTN).

Pemikir pemikir kerajaan seperti Zainal Kling, Mahani Zainal Abidin licik memperkenalkan idea yang menjaga kepentingan kerajaan hatta sanggup melakukan pembohongan yang nyata bilamana mengatakan negara tidak pernah dijajah.Sementara katogeri yang lain tidak kurang juga sumbangan mereka kepada survival kerajaan dan tidak kurang juga menyebabkan produktiviti negara menurun.

Mereka diseru supaya berubah tetapi seruan ini dipandang sepi sekalipun tanda tanda sedikit demi sedikit menunjukkan pengakhiran budaya tali barut ini.Memang semakin jelas sebahagian MELAYU masih enggan berubah sebaliknya masih leka dengan habuan dan janji janji tuan mereka.

SUMBER

Tony Fernandes Putar Belit MAHB Selepas Berjaya Putar Alam MAS



KUALA LUMPUR, 6 Dis — Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mendedahkan kandungan surat-menyurat bagi membuktikan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia pernah meminta agar diadakan sistem pengendalian bagasi (BHS) automatik sepenuhnya, yang dipercayai membawa kepada kelewatan pembinaan terminal KLIA2.

Kenyataan dikeluarkan MAHB malam tadi menyebut sebanyak 47 mesyuarat telah diadakan dengan AirAsia sejak April 2010 sehingga kini bagi membincang dan menyelesaikan kesemua permintaan AirAsia berhubung terminal tambahan itu yang khusus diadakan berhampiran KLIA demi perkhidmatan tambang murah.

“Minit mesyuarat yang dipersetujui sepenuhnya akan memberi gambaran mengenai perbincangan terperinci antara Malaysia Airport dan AirAsia berkenaan pembangunan KLIA2,” kata MAHB.

Bagi menjawab dakwaan AirAsia, MAHB menyertakan dua surat kedua-dua pihak terbabit - satu daripada Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes bertarikh 16 Jun 2011 dan satu lagi surat daripada Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid pada 10 Oktober lalu.

Petang semalam, AirAsia menafikan pihaknya meminta MAHB menyediakan terminal KLIA2 lebih besar, yang kini kosnya dilaporkan mencecah RM3.6 hingga RM3.9 bilion - meningkat sekali ganda berbanding anggaran asal.

Dalam respons menjawab kenyataan MAHB dikeluarkan minggu lalu, AirAsia menegaskan, pihaknya telah lama memberi amaran kepada MAHB bahawa kos pembinaan terminal KLIA2 boleh meningkat kepada RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion satu hari nanti.

“Menerusi surat bertarikh 30 November 2009, AirAsia secara spesifik telah menyebut dan memberi MAHB amaran bahawa lokasi semasa di KLIA Barat tidak sesuai untuk pembinaan dan kawasan itu sudah pasti lebih mahal berbanding bajet RM2 bilion yang telah dirancang.

“AirAsia juga telah membuat anggaran bagi MAHB bahawa kos pembinaan akan meningkat kepada RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion. Kesemua ini sudah dibangkitkan dalam surat bertarikh 30 November 2009,” kata AirAsia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Syarikat itu dijadual mengadakan sidang media khas hari ini.

Selasa lalu, Bashir berkata terminal penerbangan tambang rendah yang baru KLIA2, dengan kemudahan kelas dunia untuk mengendalikan 45 juta penumpang setiap tahun, dijangka menelan kos antara RM3.6 bilion hingga RM3.9 bilion dan akan memulakan operasi pada April 2013.

Bashir juga berkata jambatan udara akan dipasang untuk kegunaan semua penumpang termasuk mereka yang kurang upaya, wanita mengandung dan kanak-kanak.

“Kami berharap syarikat penerbangan yang beroperasi di KLIA2 akan menyokong keputusan kami dengan menggunakan jambatan udara memandangkan berdasarkan kos kiraan hanyalah 25 sen setiap penumpang dan orang awam telah menunjukkan kesanggupan untuk membayar bagi penggunaan jambatan udara,” kata beliau.

Bashir berkata kerja-kerja ke atas KLIA2 itu, meliputi kawasan seluas 257,000 meter persegi, yang bermula Oktober 2009, kini telah pun siap 42 peratus dan akan mempunyai 68 balai berlepas. Ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung penumpang kos penerbangan tambang rendah seperti yang dikehendaki oleh standard industri.

Beliau juga berkata landasan ketiga yang baru dengan kelebaran empat kilometer kini sedang dibina untuk KLIA2, yang akan mampu menerima pesawat A380, pesawat penumpang terbesar dunia.

KLIA2 hanyalah 1.5 kilometer dari bangunan terminal utama KLIA, dan jejambat/laluan atas yang baharu sedang dibina bagi menghubungkan jalan utama dari KLIA ke KLIA2, yang bermakna KLIA2 adalah lebih dekat berbanding LCCT.

Selain itu, AirAsia menjelaskan, siasatan pihaknya sendiri menunjukkan anggaran kos membina KLIA2 hanyalah sekitar RM700 juta berbanding kos asal MAHB RM2 bilion.

Malah menurut AirAsia, surat Bashir bertarikh 9 Ogos lalu kepada Pengerusi AirAsia Tan Sri Rafidah Aziz mengesahkan bahawa terminal KLIA2 sudah cukup memadai untuk menampung sekitar 30 juta penumpang setahun.

Menurut kandungan surat pertama, Fernandes telah membawa tiga opsyen kepada MAHB berkenaan BHS tetapi menggesa agar agensi itu melaksanakan opsyen ketiga iaitu BHS automatik sepenuhnya.

Fernandes juga menggariskan anggaran pertumbuhan AirAsia dengan berkata kadar pengguna dijangka mencecah 28.7 juta orang pada 2015, 45.3 juta pada 2020 dan 60.3 pada 2025.

“Kami percaya Tan Sri (Bashir) akan faham dan akan menyokong keputusan AirAsia, memandangkan ia akan membawa manfaat yang signifikan kepada AirAsia,

MAHB dan negara secara keseluruhan,” kata suratnya.

Dalam pada itu, surat yang ditulis kepada Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafizah Aziz, MAHB menjelaskan bahawa selepas surat Fernandes, satu mesyuarat telah diadakan membabitkan kesemua pihak pada 1 Julai untuk membincangkan cadangan BHS automatik sepenuhnya.

“MAHB telah membangkitkan pada mesyuarat ini bahawa kemajuan semasa pembinaan KLIA2 telah mencapai hampir 40 peratus mengambil kira jadual penyelesaiaan Oktober 2012, sebarang perubahan dalam sistem BHS kemungkinan besar akan memberi impak ke atas tarikh penyempurnaan pembinaan,” katanya.

Ia juga menjelaskan bahawa opsyen kedua, versi yang sudah diubahsuai telah dipersetujui di mana beberapa ciri daripada sistem BHS akan disertakan mengikut kesesuaian.

Bagaimanapun, MAHB berkata, lembaga pada mesyuaratnya pada 4 Julai lalu telah menimbulkan kebimbangan bahawa AirAsia kemungkinan akan mengubah pendirian pada masa depan berkenaan BHS dan sukar untuk memenuhi sebarang perubahan.

“Maka, lembaga pengarah memutuskan untuk melaksanakan opsyen ketiga (syor awal AirAsia) bagi mengadakan BHS automatik sepenuhnya, yang ada kapasiti dan keanjalan memenuhi pertumbuhan dan pembangunan berterusan AirAsia dalam jangka panjang,” katanya lagi.
SUMBER

Masa Depan Umno Akan 'GERHANA' Jika Putrajaya Ditawan Pakatan Rakyat

   

Komen FB Pilihan MB Online
Ipoh Mali
YANG GERHANA TU UMNO... Dah Takde peluang Nak Songlap Duit Rakyat! Dah tak Dapat Laki Bini Najib ngan Rosmah ni Enjoy , Shopping Perabih Duit Rakyat.. Ketua Wanita UMNO Dah Tak Dapat Songlap Duit Petani dan Penternak.. Tu Je Sebabnya! Selama ni Agaknya Sape yang Gadai Tanah Melayu, Gadai Bahasa Melayu, Gadai Tulisan Jawi, Gadai Saham Bumiputera dan gadai Bank Bumiputera? Bukan Kerja UMNO.. Buat buat lupa pulak.. Baru Tahun Lepas Lu Gadai Tanah Melayu KTMB Tanjung Pagar Singapore kat Anak Lee Kuan Yew.. Tok Hang TS Noah Gadai 1 Gunung Genting Pade Tauke Judi.. Sekarang Hang ngan Sepupu Lu la Yg Waris Saham Syarikat Judi Resort World.... Jgn Buat2 Lupa..

Wan Adib Wan Roslan
Najib najib, apa yg awk cakap ni? Klau sblom ni pun cakap awk byk flip flop, agak2nya dgn kenyataan awk ini rakyat nak percaya ke?? Yg sbnarnya berlaku adalah, masa depan melayu telah pun gerhana dibawah kepimpinan umno, begitu juga agama Islam pun dah jadi caca merba dlm negara. Utk kembalikan sinar pd gerhana ini, x dpt tidak kerajaan kena bertukar, itu sj caranya. Krn 54 thn umno memerintah, suasana bukan berubah kearah kebaikan, bahkan semakin menjadi buruk (sorry to saya that). Kenyataan awk itu hanyalah utk menyelamatkan umno sj sbagai kerajaan. Juga utk menyelamatkan puak2 umno sendiri spaya masih mampu manfa'atkan semaksima mungkin hasil dlm negara ini. Itu sj makna kata2 tersirat dari kata2 awk itu najib, no more no less...
 
 
Orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.
“Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.
Pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini, Najib mengakui rakyat mempunyai pilihan.
Namun, katanya soalannya adalah mereka ini lebih baik daripada pentadbiran sekarang.
"Bolehkah mereka jamin bahawa kedudukan istimewa yang kita nikmati sekarang tidak akan terhakis?

“Bagaimana dengan maruah Islam dan orang Melayu?” soalnya dan menambah, rakyat sebenarnya tidak ada pilihan melainkan menegakkan pemerintahan sedia ada.
Walaupun Najib tidak menamakan alternatif itu, tetapi adalah jelas beliau merujuk kepada Pakatan Rakyat.

"Belum lagi mereka berkuasa mereka telah berhasrat untuk mengurangkan separuh daripada kakitangan awam, termasuk para guru, anggota polis dan tentera. Siapa yang jadi mangsa kalau ratusan ribuan penjawat awam dibuang kerja mengikut perancangan mereka itu?
“Mereka juga ingin mengubah bendera Malaysia, mencemar kemuliaan Raja-Raja Melayu dan mempersoalkan dasar-dasar untuk membantu orang-orang  Melayu dan Bumiputera,” katanya.
Beliau juga memberi amaran masa depan orang Melayu akan ‘gerhana’ jika BN pimpinannya tidak lagi kekal berkuasa dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada ucapannya itu, Najib menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur berhubung hak-hak istimewa orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

"Oleh itu jangan sekali-kali mereka (orang bukan Melayu) mencuit perasaan orang-orang Melayu dengan hendak ubah apa yang sudah termaktub dalam Perlembagaan dan apa yang sudah pun kita rundingkan waktu Merdeka dahulu.

"Perkara-perkara ini kita akan pertahankan," katanya.
Katanya orang Melayu tidak mahu sesiapa cuba untuk merungkaikan perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan Malaysia mesti dibina berasaskan perlembagaan.

"Kita percaya dalam kerangka Perlembagaan kita, sama ada tersurat atau tersirat, sudah boleh kita membina sebuah negara yang adil dan saksama untuk semua kaum," katanya.
Najib berkata pilihan raya akan datang milik BN kerana telah berjuang membela nasib rakyat, adil dan tidak pernah menyimpang daripada prinsip agama.

Selaku Perdana Menteri, Najib juga berjanji akan melakukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berharap rakyat memberi kepercayaan kepada kerajaan untuk melakarkan masa depan yang baik.

Katanya masa depan yang baik adalah berdasarkan paksi realiti yang sebenar dan tidak seperti setengah pihak yang menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala.
Turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Pengerusi Pekida, Jamaludin Yusof dan Timbalannya, Datuk Ramli Norani.

Menyentuh mengenai perjuangan Pekida dalam mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam, Najib berkata beliau berasa bangga dengan pencapaiannya selama ini.

"Pekida adalah sebuah pertubuhan yang tidak pernah malap jauh sekali berkubur sebaliknya tetap menjadi pertubuhan yang ada kekuatan dan tidak dapat kita sangsi dan nafikan dari segi semangat, roh untuk berjuang habis-habisan mempertahankan apa yang difikirkan mulia dan suci.

"Saya yakin Pekida akan terus menegakkan pemerintahan yang mempertahankan maruah dan martabat umat Islam di Tanah Melayu," katanya.
SUMBER

Shahrizat Sepatutnya Meletak Jawatan Dan Tubuhkan Parti Baru Cap Kepala Lembu



Seorang lagi pemimpin Umno mendesak supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat melepaskan jawatannya berhubung isu kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarganya.

Akhbar Sinar Harian, hari ini memetik Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabsee berkata Shahrizat tidak perlu menunggu lampu hijau untuk berundur ataupun didesak oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian.

azlan“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” katanya sambil menambah ketua Wanita Umno itu tidak perlu mengheret kerajaan dan pemimpin lain untuk memperbetulkan keadaan.

Bagaimanapun Syed Ali dipetik akhbar berkenaan sebagai berkata Shahrizat masih boleh mengekalkan jawatannya dalam Umno kerana tindakan meletak jawatan parti boleh menyebabkan Umno tidak stabil.

“Jika beliau letak jawatan menteri, rakyat akan menganggapnya seorang wanita yang hebat. Malah, Shahrizat boleh memberi tumpuan untuk pengukuhan jentera parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Itu kalau beliau sayang parti. Jika tidak, rakyat (akan) pandang buruk kepada kerajaan dan Shahrizat perlu bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Menurut Syed Ali, beliau menyokong kenyataan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, sebelum ini yang juga mendesak Shahrizat supaya berundur.-mkini


Komen FB Pilihan MB Online

Diplomatik Bebas 
“Adakah Shahrizat suka orang lain buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” kata Syed Ali.

“Adakah Najibt suka RAKYAT buat keputusan bagi dirinya? Jika tidak, berundurlah cara terhormat,” kata RAKYAT kepada NAJIB.

PEMIMPIN2 BN nie hanya nampak kesalahan rakan2 mereka sahaja, tetapi MEREKA terlupa BOSS mereka ialah PUNCA kepada segalanya.

TUMBANGKAN BN pada PRU ke 13!

Celaka Punya Chua Soi Lek Si Pelakon Video Lucah Pujaan UMPORNO



KUALA LUMPUR, 5 Dis — Pemuda PAS pusat meminta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal hukum hudud semalam, menutup mulut dan jangan bercakap mengenai perundangan Islam itu jika tidak mengetahui secara betul dan tepat.

Ketua Penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, pihaknya melihat pemimpin itu amat biadap kerana mempertikai agama Islam yang merupakan agama rasmi di negara ini dengan mempersoalkan hukum hudud.
Riduan menambah, pihaknya sanggup bersemuka dengan Dr Chua bagi memberi penjelasan menyeluruh jika beliau mahu mendalami pengetahuan mengenai Islam.

“Jangan kerana mahu meraih undi kaum Tionghoa, undi Umno pula menyusut kerana umat Islam terlalu marah dengan beliau sehingga menghukum Umno pula,” katanya lagi.
“Beliau tidak berhak bercakap mengenai Islam dalam forum tersebut kerana beliau tidak tahu mengenai Islam. Jika ada wakil umat Islam yang turut hadir sebagai panel daripada Umno, ini tidak memberi gambaran beliau boleh bercakap apa sahaja mengenai Islam,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Sepatutnya tegas Riduan, beliau menyentuh mengenai usaha beliau bagi membela bangsa kaum Tionghoa di negara ini serta bagaimana mahu mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada MCA, bukan bercakap mengenai Islam.

Oleh itu katanya lagi, bagi Pemuda PAS, idu hukum hudud atau hukum Islam tidak wajar dibincangkan secara terbuka oleh masyarakat bukan Islam kerana ia boleh mencetus polemik yang lebih besar.
“Isu hukum Islam sepatutnya dibincangkan secara ilmiah oleh mereka yang berkelayakan dan melibatkan semua pihak, barulah isu ini mendapat penjelasan secara betul dan menyeluruh,” katanya lagi.
Malah kata Riduan, alasan pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia adalah alasan yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Dewan Pemuda menjelaskan, hakikatnya jika hukum Islam terlaksana di Malaysia, pelabur pasti akan datang ke Malaysia kerana matlamat undang-undang Islam meletakkan keadilan dan keselamatan kepada semua rakyat di negara ini.
“Secara logiknya, jika keadilan dan keselamatan rakyat terkawal, pasti pelabur akan berani datang ke Malaysia kerana hak dan keselamatan mereka dijamin,” kata beliau lagi.
Selain itu, kata Riduan, pihaknya juga menyangkal dakwaan Dr Chua bahawa sistem perundangan Islam tidak adil kepada semua pihak khususnya wanita.

“Dewan Pemdua PAS mempersoalkan dari manakah rujukan beliau sehingga mendakwa syariat Islam tidak adil khususnya kepada wanita?
“(Malah) Dewan Pemuda PAS yakin jika beliau mendapat maklumat dan fakta yang sebenarnya, pasti beliau tidak mengeluarkan kenyataan sedemikian,” kata Riduan lagi.
Katanya, hukum Islam menjaga hak semua rakyat khususnya kaum wanita dan dengan pelaksanaan hukum Islam, sudah tentu kehormatan wanita akan terjaga.
“Pelacuran, perzinaan, rogol, liwat, menuduh berzina dan liwat, dan lain-lain lagi tidak akan berlaku secara berleluasa seperti sekarang ini.
“Oleh itu, Dewan Pemuda PAS meminta Dr Chua tidak lagi bercakap atau mengeluarkan kenyataan mengenai Islam jika tidak mahu mengundang kemarahan umat Islam,” katanya.

Bekas Menteri Besar Perlis Didakwa Terima Rasuah RM25 Juta



KUALA LUMPUR, 5 Dis — Ketika seorang pemimpin kanan Umno berhadapan dengan kontroversi projek ternakan lembu kendalian keluarganya, parti teras Barisan Nasional (BN) itu kini dihimpit dakwaan terbaru bahawa seorang bekas menteri besar pernah menerima habuan daripada syarikat kejuruteraan gergasi Perancis, Alstom bagi pembinaan loji elektrik di Perlis.

Akhbar Straits Times Singapura melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menggeledah pejabat Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), yang sebahagiannya dimiliki oleh bekas Speaker Dewan Negara dan bekas menteri besar Perlis Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh.

Akhbar itu melaporkan bahawa veteran Umno berkenaan secara langsung dikaitkan dalam dakwaan rasuah Alstom dalam memperoleh kontrak dua dekad lalu.

Abdul Hamid dikatakan dibayar 7.5 juta franc Switerland (RM25 juta) untuk membantu Alstom mendapatkan satu kontrak membina loji tenaga elektrik di Perlis lewat 1990-an.

Beliau merupakan menteri besar Perlis dari 1986 hingga 1995.

Straits Times melaporkan kedua-dua Abdul Hamid dan bekas rakan kongsinya Ti Chee Liang telah disebutkan dalam saman jenayah terhadap Alstom.

Menurut Straits Times, Alstom didenda €31 juta (RM128.77 juta) oleh Jabatan Peguam Negara Switzerland dua minggu lalu kerana gagal mengadakan panduan yang sewajarnya untuk menghindari amalan rasuah di kalangan eksekutifnya di Malaysia, Latvia dan Tunisia. Ia merupakan satu bentuk kesalahan di bawah undang-undang Switerland.

Alstom merupakan pemain utama di Malaysia dalam bisnes tenaga dan diberi kontrak menyediakan peralatan bagi menjana tenaga elektrik 7.5 gigawatt, kata akhbar itu.

Dengan merujuk kepada sumber-sumber yang rapat dengan siasatan,

Straits Times melaporkan bahawa SPRM akan menyoal siasat eksekutif tempatan Alstom dalam beberapa hari lagi. 
 
 
 


Umno leader linked to Alstom bribery scandal, says Singapore daily
KUALA LUMPUR, Dec 5 — Already on the backfoot over a national cattle farming scandal, Umno is now rocked by allegations that a former leader took kickbacks from French engineering giant Alstom for a power plant project in Perlis.

Singapore’s Straits Times (ST) reported today that Malaysia’s Anti-Corruption Commission (MACC) officials raided last week the offices of Teknologi Tenaga Perlis Consortium (TTPC), which is partly controlled by former Dewan Negara president and ex-Perlis Mentri Besar Tan Sri Abdul Hamid Pawanteh (picture).

The newspaper said the Umno veteran was directly implicated in Alstom’s indictment for bribery in securing foreign contracts.

Abdul Hamid is said to have been paid 7.5 million Swiss francs (RM25.5 million) to help Alstom secure a contract to build a power plant in Perlis in the late 1990s. He was the state’s mentri besar from 1986 to 1995.

The Singapore daily said both Abdul Hamid and his former business partner, Ti Chee Liang, were singled out in the criminal summons against Alstom.

According to ST, Alstom was fined €31 million (RM130 million) by the Swiss Attorney-General two weeks ago for failing to implement proper controls to prevent bribery by company executives in Malaysia, Latvia and Tunisia, an offence under Swiss law.

Alstom is a major player in Malaysia in the power business, and is credited with supplying key equipment for nearly 7.5 gigawatts of the country’s installed power generation capacity, the paper added.

Citing government sources familiar with the investigations, ST reported that the MACC will be questioning local Alstom executives in the days ahead.

Last month, Alstom’s Malaysian office denied it was aware of local investigation regarding the RM133 million fine by Swiss authorities involving contracts awarded to the company here.

“There is no probe ongoing in Malaysia that we are aware of and Alstom have co-operated fully in Switzerland. The fine is for corporate negligence in the past and not for bribery,” Alstom Malaysia president, Saji Raghavan, said in a statement.

“In fact, investigation confirms there is no systematic bribery and sufficient controls are in place,” he pointed out.

The company had described itself as a “subcontractor of a consortium” and a “victim of the actions of some of its employees, who would have benefited from kickbacks”, according to a previous Reuters report.

Alstom is the second French company in as many years to be fined for bribing government officials in Malaysia, after telecommunications firm Alcatel-Lucent paid RM435 million to resolve US criminal and civil probes in December 2010.

The four-year probe centred on payments made by Alstom Network Schweiz AG to middlemen — termed “commercial agents” by the company — in return for securing government contracts to build power stations in 15 countries since the 1990s.

Alstom was awarded a RM2.8 billion contract by Tenaga Nasional earlier this year to provide key power generation equipment to Southeast Asia’s first 1,000-megawatt (MW) supercritical coal-fired power plant Manjung, Malaysia.

It also won turnkey contracts in 1994 and 2000 to build four power plants including the 1,300MW Lumut and the 670MW Kuala Langat plants and deals in 2003 and 2004 to install environmental control systems for the Tanjung Bin and Jimah coal-fired power plants.

Alstom was also appointed by Tenaga to supply two 125MW hydro power turbines, a generator and ancillaries for the 250MW Hulu Terengganu hydro power plant in 2010.

Alstom says it is “the largest original equipment manufacturer in Malaysia” having supplied key equipment for nearly 7.5 gigawatt (GW) of the country’s installed power generation capacity.
By Debra Chong

Gejala Rasuah Di Malaysia Menjadi Semakin Buruk Di bawah Pentadbiran Haji Najib




Prestasi Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan dalam kajian terbaru Transparency International (TI) mendapati gejala rasuah semakin buruk semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak berbanding dua perdana menteri sebelumnya.

Ranking itu bukan sahaja yang terburuk dalam tempoh 10 tahun seperti yang dinyatakan oleh TI Malaysia tetapi menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah kedudukan terendah yang diperolehi Malaysia dalam 17 tahun sejak ia diperkenalkan pada 1995.





Keputusan ranking 2011 yang diumumkan Khamis lalu menunjukkan terdapat kemerosotan dalam kedudukan Malaysia yang jatuh dari tangga 56 tahun lalu ke tangga  60 tahun ini daripada 183 negara yang dikaji.

Malaysia kali ini hanya mencatatkan 4.3 mata - kejatuhan berturut-turut kali ketiga sejak 2009. (Di bawah sistem pemarkahan, 10 adalah 'bersih' manakala 0 ialah 'amalan rasuah tegar'.)
Terjerumus

Lim dalam kenyataan akhbarnya, hari ini berkata, dalam tempoh sembilan tahun dari 1995 semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, markah yang dicatatkan oleh negara berlegar antara 4.8 pada tahun 2000 dan 5.3 pada tahun 1996. Ranking negara jatuh 14 kedudukan dari tangga 23 pada tahun 1995 ke tangga 37 pada tahun 2003.

Manakala sepanjang tempoh lima tahun pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, kedudukan negara terjerumus 10 lagi kedudukan daripada 37 pada tahun 2003 kepada 47 pada tahun 2008. Lim berkata markah markah CPI negara terperangkap di antara 5.0 dan 5.1.

Walau bagaimanapun, sepanjang dua tahun setengah pentadbiran Najib, ranking CPI Malaysia mencatatkan kedudukan paling buruk dalam pelbagai aspek.
-mkini
Related Posts with Thumbnails