BREAKING NEWS

Kenapa Haji Najib Enggan Siasat Aliran Wang Haram RM150 Bilion??

 
KUALA LUMPUR 16 Dis : Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendakwa Kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu ekoran keengganan Perdana Menteri menyiasat laporan yang dikeluarkan Global Financial Integrity (GFI) mengenai aliran wang haram.
Azan ketika dihubungi berkata, Datuk Seri Najib Razak berjanji di Parlimen Mac lalu untuk menyiasat laporan pertama yang dikeluarkan GFI, namun sehingga kini tiada sebarang siasatan dibuat.
“Timbalan Menteri Kewangan pernah memberi janji akan siasat. PM juga beri jaminan untuk menyiasat dan meminta tempoh dua bulan. Kerajaan sebenarnya cuba sembunyikan sesuatu dan tahu apa yang berlaku,” kata Azan.
Menurut Azan, pengaliran wang haram berpunca dari gejala seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai.
Malah katanya, isu itu juga dikaitkan dengan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan kepada kerajaan, menyebabkan gejala tersebut semakin berleluasa.
“Kerajaan perlu mengambil serius tentang hal ini. Sebagai contohnya, rasuah, pemerdagangan manusia, sindiket dadah yang melibatkan jutaan ringgit jelas terbukti telah lama berlaku di dalam negara,” kata beliau.
Azan turut bimbang, jumlah aliran wang haram yang mengatasi belanjawan negara, mengakibatkan keadaaan ekonomi negara menjadi semakin buruk.
“Pada 2009 sahaja sudah mencecah RM150 bilion, dan kemungkinan jumlah lebih besar lagi pada 2010 iaitu mencecah RM200 bilion, dan jumlah itu hampir sama dengan belanjawan 2012 iaitu RM232.8 bilion,” ujarnya.
Katanya lagi. kerajaan tidak sepatutnya bertindak memberi kenyataan yang menyedapkan hati dan menipu rakyat.
Sebelum ini, Perdana Menteri berkata Bank Negara Malaysia akan membuat ulasan khas tentang laporan berita yang mengatakan Malaysia menduduki tempat kelima di kalangan negara-negara yang mencatatkan pengaliran keluar wang haram paling banyak.
Menurut laporan GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) di mana lapan tahun kemudian, melonjak kepada RM208 bilion (AS$68.2 bilion).
GFI baru-baru ini melaporkan sebanyak RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.
Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008.
SUMBER

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails