Di saat ramai sibuk membantah dan membicarakan tentang kedatanagn artis gay Elton John ke Malaysia pada 22 November ini, masyarakat Malaysia hari ini digemparkan dengan kemunculan satu program bernama Seksualiti Merdeka 2011 dengan temanya queer without feer yang mencerminkan tuntutn mereka supaya aktiviti songsang dapat dilakukan tanpa takut. Program gila ini adalah program berkala yang diisi dengan seminar, kempen, pertunjukan poster dan lain-lain. Program ini juga mendapat sokongan dari beberapa NGO termasuklah Amnesty International Malaysia & Bar Council Malaysia Human Rights Committee. Lebih mengejutkan, mereka tanpa segan silu mewar-warkan slogan “ke arah Malaysia yang mesra LGBTIQ”. LGBTIQ ini adalah akronim bagi lesbians, gays, bisexuals, transgenders, intersex dan queer. Perkembangan ini sangat merunsingkan lebih-lebih lagi suasana sosial negara kita sekarang seolah-olah sangat membantu unutk misi mereka ini tercapai. Saya mempunyai beberapa pendapat tentang perkara ini: 1) Berhati-hati dengan golongan yang mengambil peluang dari barisan perjuangan hak asasi dan demokrasi. Kita dan mereka mempunyai misi yang sama iaitu ingin melihat hak asasi rakyat terjamin, tapi skop penilaian kita dan mereka berbeza pada menilai pengisian kepada hak asasi tersebut. Lantas, mereka menggunakan platform hak asasi untuk memperjuangkan agenda busuk itu. Pejuang hak asasi, tolong waspada dengan mereka. Walaubagaimanapun,sangat tidak bijak apabila ada orang yang mempertikaikan “kesucian” perjuangan hak asasi hanya kerana kewujudan golongan ini. Bagaimana mungkin kita hendak membakar sebuah bas, hanya kerana seorang penumpangnya yang membawa bom? 2) Hujjah perlu dilawan hujjah. Kumpulan ini berhujjah bahawa mereka adalah komuniti minoriti yang berbeza dari orang lain atas dasar seksualiti dan jantina. Sebagaimana orang asli dianggap kaum minoriti kerana mereka berbeza berdasarkan susur galur keluarga, maka samalah juga dengan kumpulan LGBTIQ ini. Bukan mereka dipaksa untuk jadi begitu, tetapi mereka kononnya secara semulajadi dicipta mempunyai naluri yang bebrbeza dari naluri masyarakat umum. Hujjah sebegini boleh dilihat agak logik jika dinilai dari aspek hak asasi manusia. Maka, diharapkan para ulama’, pendakwah, cendendekiawan, ahli akademik, mahasiswa dan sebagainya dapat memikirkan hujjah yang sesuai untuk dikemukakan. Zaman sekarang adalah zaman orang menilai berdasarkan hujjah. Sekalipun ada akta yang termaktub dalam perlembagaan, tapi akta itu akan dipertikaikan jika kewujudannnya atas hujjah yang tidak jelas seperti Akta AUKU. 3) Ahli politk perlu bertindak segera. Isu ini tidak harus diambil peluang oleh mana-mana ahli politik untuk menunjukkan mereka adalah jaguh pejuang menentang maksiat. Setakat mengeluarkan kenyataan tanpa tindakan susulan tidak akan mampu menyelesaikan masalah. Pelajar tadika pun boleh buat kalau setakat menulis blog kemudian membuant sidang akhbar mengecam program seksualiti merdeka. Jika pelawak Bob Lokman pun boleh dikenakan waran tangkap kerana tiada tauliah mengajar, bagaimana pula dengan penganjur Seksualiti Merdeka ini. Tidak adil jika anda menonjolkan sikap ke”jais”an anda hanya pada penceramah agama, tunjukkan juga pada mereka! 4) Masyarakat dan mahasiswa perlu bimbing mereka. Tidak dinafikan, kebanyakan masyarakat memandang jijik kepada golongan ini. Perspektif ini harus diubah segera. Agama mengajar kita membenci pada maksiatnya, bukan kepada pelakunya. Apabila Lorong Haji Taib di Chow Kit dikenali sebagai lorong mak nyah, maka sesiapa yang pergi ke sana akan terus dicop sebagai mak nyak atau pelanggan mak nyah. Itulah doktrinisasi masyarakat kita. Maka semakin bermaharajalelalah mereka di sana. Mereka tak perlu membeli tanah unutk berkuasa di situ, tetapi pandangan masyarakat telah menyumbang “geran tanah” itu untuk mereka. Mereka perlu didekati, bukan dibenci dan dijauhi. 5) Akhirnya, saya mengharapkan semua pihak terutama parti politik baik BN ataupun PR supaya tidak mempolitikkan isu ini. Isu ini adalah isu masyrakat dan agama, bukan isu “pergaduhan politik”. Jangan membunuh sensitiviti masyarakat pada isu ini dengan mempolitikkannya terutama Utusan Malaysia yang cukup terkenal dengan kerja ini. Cukuplah berapa banyak masalah ummat sebelum ini yang telah diabaikan oleh masyarakat gara-gara ahli politik cuba menjuarai untuk agenda politiknya. Meraka berkata, “ini isu politik, kami tak nak ambil tahu dan tak akan ambil tahu!”. Oleh: Muhammad Hilmi Mohd Hamdan, UIA |
Malaysia Ke arah Mesra Lesbians, Gays, Bisexuals, Transgenders, Intersex Dan Queer
Posted by Unknown on 3:03 PM in | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment