BREAKING NEWS

Umno 'COMOLOT' Dengan Parti Komunis China...






KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kejayaan UMNO bersama-sama Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang pentadbiran negara dikagumi pelbagai pihak termasuklah Parti Komunis China (CPC) khususnya dalam mengekalkan kesejahteraan dan keharmonian negara sejak 54 tahun merdeka.


Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata hasil kunjungan beliau ke negara kuasa besar tersebut bahawa kerajaan dan para pemimpin China menyatakan rasa hormatnya terhadap kejayaan Malaysia.
“Sewaktu mengadakanperbincangan, menterinya memaklumkan bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajari daripada kita bagaimana mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud,” jelasnya kepada umno-online, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN baru sahaja kembali ke tanah air selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertukaran dan kerjasama antara UMNO dan CPC di Beijing, 5 Ogos lalu
CPC diwakili oleh Menteri Jabatan Antarabangsa dan Jawatankuasa Pusat, Mr. Wang Jiarui.
“Mereka juga memaklumkan bahawa bukan semua parti politik yang ada atau yang berkuasa dalam negara-negara lain mengadakan MoU sedemikian sebaliknya UMNO dipilih untuk bekerjasama ekoran keteguhan dan kejayaan yang telah dilalui,” kata Tengku Adnan.
Menurut beliau, dengan perjanjian persefahaman ini maka hubungan antara dua parti dapat dipertingkatkan khususnya dalam pertukaran pemimpin di kedua-dua peringkat untuk mengetahui perjalanan masing-masing baik di China atau pun di sini.
“Mereka turut meminta agar UMNO sendiri maklumkan kepada kerajaan untuk meningkatkan persefahaman dalam bidang ekonomi khususnya sosioekonomi bagi dikongsi atau bertukar-tukar pandangan untuk kepentingan bersama.
“Sebagai sebuah negara besar tentunya mereka mempunyai pelbagai masalah dan percaya bahawa kaedah yang diambil dari Malaysia sedikit sebanyak boleh digunapakai dan boleh ditokok tambah untuk disesuaikan dengan pentadbiran negara mereka,” jelasnya.
Katanya, beliau turut menyebut minat UMNO bagi menghantar generasi muda khususnya di kalangan pergerakan Pemuda dan Puteri untuk mempelajari bagaimana CPC melaksanakan program-program mereka.
“Kita turut menyatakan kesediaan kita sekiranya diberi peluang untuk menghantar generasi muda dalam parti belajar bahasa Mandarin,” katanya lagi.
Dalam pertemuan ini, beliau juga turut menerangkan berkaitan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) di samping dasar-dasar yang telah diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak termasuklah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) dan gagasan 1Malaysia.
“Saya memaklumkan bahawa keyakinan kita percaya pada konsep kesatuan dalam kepelbagaian iaitu kunci kejayaan UMNO sebagai tunjang pentadbiran negara.”
Sehubungan itu, katanya bagi peringkat permulaan pelaksanaan perjanjian persefahaman ini akan menjadi realiti apabila beliau memberikan laopran kepada badan pengurusan parti dan Majlis Tertinggi.
“Pelaksanaan akan dibuat selepas laporan diberi dengan rangka kerja sama ada melibatkan kedua-dua pemimpin atau generasi muda dalam parti,” terangnya.
Maklumnya lagi, CPC juga telah menyatakan persetujuan untuk turut menyertai forum antarabangsa yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO, Oktober nanti. – MediaUMNO
SUMBER




KDN Beri Permit Kepada Akhbar Suara Rasmi Parti Komunis China


Mengikut laporan Malaysiakini pada 10 Januari 2005, KDN telah meluluskan untuk penerbitan suara rasmi Parti Kominis Malaya bernama "People's Daily".

Mengikut Wikipedia:

The People's Daily (Chinese: 人民日报; pinyin: Rénmín Rìbào) is a daily newspaper in the People's Republic of China. The paper is an organ of the Central Committee of the Communist Party of China (CPC), published worldwide with a circulation of 3 to 4 million. TERJEMAHAN: People's Daily adalah akhbar harian di China. Akhbar ini adalah suara rasmi Parti Komunis China
Malaysiakini melaporkan akhbar harian ini akan diterbit dan dicetak di Malaysia tetapi mengikut piawaian yang telah ditentukan.(Sila lihat dibawah)

Yang hairannya, Malaysiakini telah memohon permit untuk akhbar cetak semenjak 2002 tapi tidak diluluskan.


Manakala, Parti Komunis China pula diberikan permit oleh Kementrian Dalam Negeri untuk menerbitkan suara rasmi mereka di Malaysia.


Bukankah ini juga satu penghinaan kepada bekas2 tentera kita yang telah terkorban menentang penentangan Parti Komunis Malaya satu masa dahulu? Bukankah Parti Komunis Malaya bernaung di bawah Parti Komunis China di mana segala kelengkapan mereka datang dari Parti Komunis China?


Tulang Besi berasa cukup konfuse sekarang ni. Apa hal kita serang Mat Sabu yang mempertahankan Mat Indera (mat jugak) pada waktu yg sama kita izin akhbar parti komunis diedar di Malaysia?


Tidakkah tindakan seperti ini juga seperti meludah di atas pusara mereka2 yang terkorban dalam peristiwa Bukit Kepong juga?

SUMBER

M'sia approves permit for Chinese Communist Party organ
Pauline Puah Jan 10, 05 4:58pm

The Communist Party of China will publish the overseas edition of its organ,
People's Daily, in Malaysia from next month, following approval of a
publishing and printing permit from the government here.

This will add another market to the publication, currently available in some
80 countries including the United States, Canada, Hong Kong, Australia,
France and Japan.

Local Chinese-language newspaper, Oriental Daily News, quoted Deputy
Information Minister Donald Lim yesterday as saying that the Internal
Security Ministry and Information Ministry will monitor the contents
closely.

The overseas edition of People's Daily has been published in Chinese since
1985, appearing daily except on Sunday.

"The editorial policy of the overseas version is that it must collaborate
with the party's nature and policy. But at the same time, it must consider
the acceptance and reading habits of readers abroad," says a note on the
Internet version.

Malaysia-China Friendship Association secretary-general Tan Kai Hee said the
trial version of the People's Daily in Malaysia had been published since Jan
1.

He said the contents of the daily, although published and printed in
Malaysia, would follow the overseas version in other countries.

"Maybe certain local issues will be adapted to be published as well. This's
just like our newspapers here which have pull-outs that focus on local
issues," he said when contacted today.

Focus on culture

He dismissed allegations that the paper would promote communism.

"The paper will promote China's culture and economic, but it's not about to
promote the (communist) ideology. Because of this (not promoting ideology),
it has been accepted worldwide," he said.

He said the question of ideology should not be made an issue as the Chinese
people and Malaysians both believe that neither sides would influence the
other.

"I believe Malaysians are mature enough to accept different ideas. In the era of globalisation, the issue of ideology should not be an issue any
more," he said.

Tan said the government's decision to allow the publication reflects its
open policy towards the Chinese culture.

"This shows the government does not see China as a threat, but a good friend
and partner," he said.

"Malaysian entrepreneurs and investors who have businesses in China,
entrepreneurs and students who are now living in Malaysia, and various
Chinese cultural organisations would like to see the publication of the
People's Daily in Malaysia," he said.

When contacted, an employee at the People's Daily office in Kuala Lumpur
refused to disclose additional details, such as the expected print run.

However, a source said the publication will likely be a tabloid of eight to
10 pages.

Under the Printing Presses and Publications Act 1984, all publishers and
printers are required to obtain an annual permit. The Internal Security
Minister has sole power to approve, reject or revoke licences.

For instance, there has been guarded response to malaysiakini's application
for a current affairs weekly, submitted in September 2002.

Last June, the premier Abdullah Ahmad Badawi strongly hinted in answer to a parliamentary question that the government would not approve the application for fear that the publication could be prejudicial to national security.

Deputy Internal Security Minister Chia Kwang Chye could not be reached for
comment today.
SUMBER

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails