Tiba masanya kerajaan ini ditukar, cukuplah 54 tahun untuk mereka...
Posted by Unknown on 12:56 PM in | Comments : 1
KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru rakyat Malaysia khasnya golongan muda supaya berani membuat perubahan dengan memastikan kerajaan baru terbentuk di Putrajaya.
Ini kerana katanya, sejak lebih 50 tahun negara Merdeka, Umno-BN bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara rakyatnya, malah turut menafikan hak mendapatkan maklumat secara adil.
“Maka saya merasakan sudah tiba masanya kerajaan ini ditukar, cukuplah 54 tahun untuk mereka,” katanya selepas merasmikan kempen ‘Jom Baca Media Alternatif’ di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu berjaya menarik kehadiran lebih 100 aktivis dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan gabungan kumpulan mahasiswa.
Kempen itu bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan mereka kepada persepsi yang lebih terbuka, dan memberi peluang kepada rakyat melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.
Keadilandaily.com antara media yang ditakrifkan sebagai media alternatif dalam risalah SMM yang turut diedarkan kepada hadirin.
Pak Samad yang sebelum ini diangkat sebagai hero apabila mewakili gabungan Bersih berkata, beliau tidak lagi melanggan akhbar arus perdana sejak lebih setahun lalu dan kini beralih kepada media alternatif.
“Sudah lebih setahun saya tidak membaca media arus perdana, namun saya tidak merasa rugi sekalipun.
“Malah saya merasa seronok membaca media alternatif kerana mereka menjadikan saya melihat sesuatu isu dari perspektif yang baru dan melaporkannya secara berimbang,” katanya.
Mengulas lanjut, Pak Samad berkata, beliau mengimpikan perdana menteri di negara ini terdiri di kalanganrakyat biasa yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat.
“Sejak era Tuanku Abdul Rahman sehinggalah ke zaman Najib, semua Perdana Menteri kita dari kalangan bangsawan.
“Bilakah PM kita dari golonngan rakyat,” soal beliau.
Oleh: Masdar Wahid/KD
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Ameen. Amin ya Rabbal Alam
ReplyDelete