Terima Kasih Ibrahim Ali Kerana Memendekkan Jangka Hayat Umno/BN
Posted by Unknown on 11:56 PM in Ibrahim Katak | Comments : 1
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda Pas Pusat memberi amaran kepada Presiden Perkasa, Datuk paduka Ibrahim Ali dan anggotanya supaya menghentikan tindakan samseng dengan mengugut rakyat Malaysia yang menyertai Himpunan Bersih 9 Julai ini.
Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, sekiranya tindakan itu diteruskan, sayap pemuda parti Melayu-Islam itu sedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum.
“Pemuda PAS bersedia menjadi perisai kepada rakyat pelbagai kaum yang hadir dalam perhimpunan Bersih 2.0, sekaligus menolak sebarang tindakan provokatif yang cuba diadakan oleh Perkasa untuk menimbulkan suasana tegang dan huru-hara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas risalah perkauman Perkasa yang bernada ancaman terhadap Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan yang menyebut ‘Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang merbahaya”.
Menurut Riduan, Pemuda Pas juga kesal kerana Ibrahim dalam ucapannya di Kelab Sultan Sulaiman turut memberikan amaran kepada Kaum Tiong Hua supaya ‘membeli makanan tambahan untuk disimpan di rumah’ jika Himpunan Bersih 2.0 tidak dihentikan.
Malah Ibrahim juga menyatakan Perkasa akan melakukan apa sahaja bagi menghentikan perhimpunan yang bakal berlangsung pada 9 Julai ini.
“Mereka mahu lakukan apa? pukul orang India, pecah rumah dan kedai orang cina? bakar rumah ibadat? atau pijak kepala babi dan lembu di dataran Merdeka?
“Siapa Perkasa yang mahu melawan kebangkitan rakyat. Apa tujuan mereka membuat ugutan kepada kaum bukan Melayu. Negara ini milik semua dan rakyat berhak turun ke jalan raya untuk menyatakan tuntutan mereka secara aman,” tegas beliau.
Mengulas lanjut, Riduan berkata tindakan Perkasa itu cuba mengulangi semula tragedi berdarah 13 Mei dan operasi Lalang, namun polis masih berdiam diri tanpa membuat sebarang tangkapan.
“Ugutan-ugutan ekstrim mereka menunjukan bahawa mereka memang kumpulan pelampau yang wajar diambil tindakan oleh pihak Polis,” ujarnya.
Justeru, Pemuda Pas memberikan jaminan kepada orang Melayu dan bukan Melayu bahawa Himpunan Bersih 2.0 akan berjalan dengan aman dan selamat.
“Semua peserta dilarang membawa sebarang senjata atau melakukan kerosakan dan provokasi. Peserta Bersih 2.0 yang akan hadir diminta menghormati peniaga dan penduduk Kuala Lumpur serta menjaga kebersihan sepanjang himpunan berlangsung,” katanya sambil menyeru rakyat dan seluruh anak muda supaya tidak takut dengan ancaman pelampau tersebut
“Tunjukan kuasa rakyat, bersama kita perkukuhkan desakan rakyat untuk memastikan Pilihanraya Bersih dan Adil dilaksanakan di negara ini,” tegasnya.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
kalau orang tidak ada pendirian dalam perjuangan ...... memang perasaan tak tenteram...... seperti hati kita didalam kesusahan ...selalu fikiran bercelaru
ReplyDelete