BREAKING NEWS

Surat Untuk Rais Yatim Bekas Majikan Kesayangan Robengah!!

Kenyataan dangkal anda yang cuba mengaitkan serangan penggodam ke atas laman-laman web sejak kelmarin dengan Himpunan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak 9 Julai ini,adalah tidak berasas sama sekali dan kelihatan amat bodoh.

Sebenarnya anda menjadikan isu serangan penggodam keatas laman-laman web kerajaan untuk menutup isu pembaziran Rm100 juta yang telah anda lakukan untuk projek hampeh 'Hari Seniman' dan juga isu-isu rasuah dan penyelewengan lain yang telah menyelubungi Umno/BN dari dulu,kini dan selamanya.

Jika benar pengggodam-penggodam tempatan ini mempunyai kepakaran untuk menggodam laman-laman web kerajaan mengapa ianya tidak dilakukan semasa kempen Piliharan Raya Sarawak baru-baru ini.Sebaliknya pada kempen Pilihan Raya Sarawak  itu laman web akhbar maya pro Pakatan Rakyat seperti Malaysia Kini dan Harakah Daily yang telah diserang DDOS dengan teruk.Siapakah penggodam-penggodam ini?? Berapakah yang telah dibayar kepada penggodam-penggodam ini??

Sebenarnya segala permasalahan ini adalah berpunca dari idea lapuk politik era 50 an anda sendiri yang cuba menafikan hak pengguna-pengguna internet untuk menggunakan web-web perkongsian fail yang telah digunakan oleh pengguna-pengguna internet sejak sekian lama.

Najib ternyata salah percaturan kerana memberikan anda jawatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,kerana cara pemikiran anda adalah tidak relevan dengan tuntutan politik di zaman siber ini.Politik ampu dan bodek PM yang anda amalkan selama ini akhirnya akan membawa padah kepada masa depan politik Najib sendiri.

Rakyat Malaysia di zaman siber ini tidak mudah untuk diperbodohkan dengan spin-spin doktrin seperti era pemerintahan Tunku Abdul Rahman,Tun Razak,Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir.Pembohongan dan penyelewengan Umno/BN selama ini sudah tidak dapat disembunyikan lagi,bau busuknya sudah tersebar ke seantero dunia.

Anda boleh gunakan semua media penjilat arus perdana yang anda kuasai untuk spin isu-isu pembangunan,perkauman,agama dan ketuanan Melayu tetapi ianya akan ditangkis dengan mudah oleh media alaf baru.

Perjuangan anda dan rakan-rakan anda dalam politik Umno/BN dengan niat untuk mengumpul kekayaan luar biasa kepada diri sendiri,keluarga dan para kroni tidak boleh diterima sama-sekali oleh rakyat Malaysia yang cintakan pentadbiran yang telus,adil dan beramanah.-MAFIABOSS

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails