BREAKING NEWS

Permainan Politik Kotor Umno/Bn Akan Memakan Diri


Permainan politik UMNO-BN yang semakin kotor akan memakan diri dan memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihanraya umum ke-13.

Rakyat yang semakin sedar dan celik maklumat tidak mudah ditipu oleh politik kotor serta jijik UMNO-BN.
Permainan politik fitnah keji yang diamalkan oleh Umno/BN telah ditolak mentah-mentah oleh semua lapisan rakyat yang cintakan keadilan,amanah dan ketelusan dalam kepimpinan negara.

Perkembangan terbaru dengan ugutan demonstrasi balas Pemuda UMNO dan PERKASA terhadap perhimpinan aman BERSIH menjadi contoh. Selain daripada itu juga, penangkapan dan soal siasat beramai-ramai terhadap pimpinan parti politik termasuk Angkatan Muda Keadilan, Parti Sosialis, tokoh rakyat seperti A. Samad Said dan Dato Seri Anwar Ibrahim memberikan gambaran bagaimana institusi keselamatan awam digunakan demi kepentingan politik tertentu.

Pelbagai pesanan ringkas SMS ugutan bunuh diterima oleh pimpinan parti politik dan badan bukan kerajaan. Pada malam ini juga, sekumpulan samseng yang dipercayai daripada parti politik tertentu membuat kacau dihadapan pejabat Parti Keadilan rakyat.




UMNO-BN sudah tidak mampu lagi berjuang isu rakyat dan kepentingan Negara selain daripada kepentingan politik sendiri. Isi kenaikan harga barang, pembaziran dalam perbelanjaan kerajaan dengan kes terbaru perbelanjaan ke luar Negara Perdana Menteri dan isteri Rosmah Mansur dalam masa 3 tahun mencecah RM 17 juta. Semua ini tidak dibahas oleh pemerintah bobrok sedia ada UMNO Barisan Nasional yang akhirnya membebankan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz menjelaskan kerajaan membelanjakan RM48,789,115.03 setahun untuk membiayai kos  kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Kerajaan membelanjakan RM160,000 sebulan untuk bil elektrik dan RM33,000 sebulan untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.Adalah jelas ianya adalah satu pemborosan yang melampau.Kedua-dua rumah kediaman rasmi itu adalah disewa oleh kerajaan daripada Perbadanan Putrajaya.

1 comment :

  1. Betul...... rakyat luar bandar sering dipinggirkan.......dana berjuta juta hanya untuk bandar

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails