BREAKING NEWS

Mamat Siam 'Eskay' Dah Mula Cakap Putar Belit

 Gambar Eskay sedang menerima buku bertajuk 'Qazaf'

Putar belit dan pembohongan Mamat Siam 'Shazryl Eskay Abdullah' mengenai rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semakin terbongkar.Kenyatan terbaru Eskay yang telah menafikan beliau pernah menuduh Anwar melakukan perbuatan zina begitu menjengkelkan dan berlawanan dengan kandungan lafaz sumpah laknatnya baru-baru ini.Putar belit kenyataannya semakin jelas kelihatan kerana menuduh wartawan-wartawan terpilih yang telah menonton video seks tersebut telah membuat tuduhan zina terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Kredibiliti pendedahannya lebih banyak menjurus kearah pembohongan dan fitnah yang amat jelik.Kenyataan-kenyataannya sentiasa tidak konsisten dan terlalu banyak percanggahan dengan fakta kes yang sebenar.

Drama sumpah laknat yang dibuatnya juga satu penipuan demi untuk memenuhi agenda kotornya demi untuk imbuhan duniawi.Kesimpulannya Eskay seumpama orang yang berbohong dengan satu pembohongan akan terus berbohong untuk menutup pembohongan lain yang dilakukannya.-MAFIABOSS

Kuala Lumpur: Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau bertanggungjawab membekalkan seorang wanita yang mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang didakwa mirip pemimpin kanan pembangkang.

NONE"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.
Wanita dalam pita video berkenaan didakwa seorang pelacur. Bagaimanapun identitinya dan tempatnya dirakamkan masih menjadi rahsia meskipun Eskay berulang-kali berkata ia dirakamkan di Malaysia.

Ditanya wartawan sama ada video tersebut dirakamkan di Thailand ataupun negara asing, Eskay menafikannya.
alleged four full sex videos on youtube 290411 14"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.
Beberapa klip video yang dimuat-naik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".
Kekecohan di masjid

Jalur putih berkenaan tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa. Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.

NONE"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay.
Pita video seks itu pertama kalinya dipertontonkan pada 21 Mac lalu oleh trio 'Datuk T' yang turut dianggotai oleh Eskay bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA Datuk Shuib Lazim.

Selain dirinya sendiri, ahli keluarga Anwar bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat menafikan ketua pembangkang itu adalah pelaku dalam video berkenaan. Mereka berkata terdapat perbezaan ketara antara ketua umum PKR itu dengan lelaki dalam video tersebut.

NONEEskay berkata beliau dipanggil ke balai polis untuk menjelaskan mengapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu sehingga menyebabkan kekecohan.
Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara penyokong PKR dengan beberapa jemaah dan wartawan yang tidak selesa dengan keadaan tersebut.

Keadaan tolak menolak berterusan di kalangan 500 orang yang berada di dalam masjid ketika penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.
Eskay dalam sumpah laknat mengeluarkan kata-kata berikut berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillah irahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."
Peranan Eskay dalam pita video itu menjadi semakin rumit apabila beliau tidak menafikan beliau adalah orang ketiga dalam video tersebut. 
Shazryl juga diasak oleh wartawan mengapa beliau menyerahkan sampel DNA miliknya kepada polis minggu lalu dan signifikan penyerahan jam tangan mewah jenama Omega, yang dikaitkan dengan pelaku dalam video seks berkenaan.

“Saya fikir ia ada kena mengena dengan jam itu... Saya memegang jam itu,” katanya.

NONENamun, Eskay enggan menjawap secara langsung mengapa jam Omega itu relevan dengan kesnya.

"I (saya) pun tak tahulah, saya tidak benar-benar melihatnya (video seks itu.”

Dalam versi video 22 minit yang dimuatnaik di Internet pada Khamis lalu, jam Omega tidak kelihatan.

Eskay sebelum ini, ketika tayangan video berkenaan di Hotel Carcosa Seri Negara memberitahu wartawan Malaysiakini bahawa pekerja seks dalam video tersebut 'mencuri' jam tangan daripada timbunan pakaian yang terletak di sebuah meja kecil.

alleged four full sex videos on youtube 290411 07Namun melalui pemerhatian di video berkenaan, lelaki itu dilihat mengambil pakaiannya di dalam bilik mandi selepas mengadakan hubungan seks, manakala wanita tersebut menyelongkar beg dan pakaiannya sementara menunggu di bilik.


Post a Comment

Related Posts with Thumbnails