BREAKING NEWS

Menteri Besar Perak Hadiahkan Penduduk Bukit Merah Dengan Subsidi Pencemaran Radioaktif


Di sebalik bantahan orang ramai terhadap pembinaan pusat pemprosesan nadir bumi di Gebeng yang sedang berlarutan, kerajaan negeri Perak sedang bekerjasama dengan sebuah firma Hong Kong untuk mencari gali galian nadir bumi di Bukit Merah, berhampiran Ipoh.

Menurut pengumuman CVM Minerals Ltd kepada Bursa Saham Hong Kong, syarikat berkenaan telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) pada 18 Apri lalu bagi kerjasama tersebut.

PKNP adalah syarikat pelaburan bagi kerajaan negeri Perak tetapi seorang anggota exco negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, mengesahkan projek berkenaan belum dibincangkan oleh kabinet kerajaan negeri.

CVM Minerals Ltd sebuah firma dari  Hong Kong yang telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) untuk projek lombong nadir bumi.

Perjanjian kerjasama itu adalah dipercayai bagi mencari gali dan melombong nadir bumi dan galian berpotensi yang lain serta aktiviti berkaitan di tanah-tanah sekitar Bukit Merah.


Lokasi Lombong Nadir Bumi di Bukit Merah,Menglembu,Ipoh,Perak yang bakal didirikan oleh Kerajaan Perak.



Firma berpangkalan di Hong Kong itu, melalui anak syarikatnya CVM Metal Recycle Sdn Bhd, pada 18 April lalu telah mengemukakan pemohonan lesen daripada Pejabat Tanah dan Galian Perak bagi meninjau konsesi kawasan seluas 250 hektar.


Sebaik lesen diluluskan, CVM Minerals dan PKNP akan membincangkan syarat dan kewajipan masing-masing dalam projek kerjasama mereka.

Menurut cadangan kerjasama itu, CVM Minerals akan menjadi pemegang saham terbesar manakala PKNP akan menguasai 135,300,000 saham CVM Minerals, kira-kira 4.73 peratus daripada saham yang diterbitkan.-mkini

ULASAN MAFIABOSS:
Slogan Ketuanan Melayu hanyalah retorik untuk menakutkan orang Melayu dan menarik semula sokongan orang Melayu yang telah terhakis,tetapi yang nyata gerombolan pejuang ketuanan Melayu inilah perompak maksima hak-hak orang Melayu,isu-isu ketuanan Melayu dijadikan sebagai platform untuk membutakan orang Melayu supaya tidak melihat agenda perompakan harta rakyat oleh gerombolan ketuanan Melayu yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Dalam kita sibuk-sibuk menentang operasi lombong nadir bumi di Pahang rupa-rupanya lombong nadir bumi di Bukit Merah Perak pula akan dibuka.Lupakah MB Perak kepada operasi kilang A.R.E di Bukit Merah,Perak dulu yang terpaksa ditutup atas desakan penduduk setempat kerana pencemaran radioaktif??

Kesimpulannya gerombolan pejuang Ketuanan Melayu ini dari peringkat tertinggi sehingga kebawah hanya mempunyai satu agenda iaitu memperkayakan diri sendiri,keluarga dan kroni mereka sahaja..Fikir-fikirkanlah wahai Bangsaku..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails