BREAKING NEWS

Laporan Langsung Pilihan Raya Sarawak 2011

BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi
Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching.
9.46pm: BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam. Bagamananpun ia dianggap prestasi terburuk apabila BN hilang lapan lagi kerusi.
7.00 malam: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan tewas kepada DAP di N63 Dun Piasau.
George Chan juga merupakan Presiden SUPP.
DAP diwakili Alan Ling Sie Kiong (sumber: Twitter Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong)
6.49 pm: Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, pengiraan awal tidak rasmi menunjukkan DAP menang 11 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya, lapor MalaysiaKini.
6.43 pm – KEADILAN menang di DUN Batu Lintang dengan majoriti 2,426, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
6.25 pm - Keputusan tidak rasmi menunjukkan Pas kalah tipis di N24 Dun Beting Maro dengan BN memperolehi majoriti 436 undi. (Sumber: Twitter Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan Tantawi)

6.05 pm : Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, orang ramai boleh mengetahui jumlah terkini undi dengan turut serta mengikuti pengiraan undi di Pusat Media KEADILAN, Jln Satok, Kuching Sarawak.
Ibu Pejabat KEADILAN juga akan membuka pusat penjumlahan undi mulai jam 7 malam, kata Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah.
6.00 pm: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian secara tidak rasmi merampas kerusi Dewan Undangan Negeri N 70 Ba’kelalan dengan majoriti 541 undi walaupun satu lagi kotak undi dari Kampong Lellang yang hanya mengandungi 100 pengundi, belum dikira.
Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali  dalam Twitternya menyatakan: “Insyaallah Keadilan menang satu lagi kerusi di Ba’kelalan”.
Baru Bian ditentang oleh  Willie Liau dari Parti Progresif Demokratik Sarawak (SDPD-BN). Penyandang sebelum itu ialah Balang Rining dari SDPD.
5.32pm: Pengurus Kempen KEADILAN di Ba’kelalan, Paul Bian menyatakan, laporan tidak rasmi menunjukkan abangnya Baru Bian mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira, lapor MalaysiaKini
Beliau yakin abangnya menang kerusi DUN berkenaan.
5.19 petang – KEADILAN mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyerahkan salinan borang 14 kepada ejen pengundian, iaitu borang yang mengesahkan jumlah undi rasmi yang telah dikira di setiap saluran undi, kata Timbalan Presiden, Mohamad Azmin Ali.
5.00 petang – Proses membuang undi berakhir secara rasmi.
4.40 petang – Jumlah pengundi yang turun di N08 Dun Satok sehingga jam 4 petang ini adalah seramai 5,886 orang bersamaan dengan 58 peratus, kata Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Azmizam Zaman Huri.
Dun Satok ditandingi Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari.
4.20 petang – Menurut Azmin Ali, SPR kelihatannya sudah mula ingin menipu apabila agen mengundi KEADILAN tidak diberi salinan Borang 14 iaitu keputusan rasmi di kebanyakan pusat mengundi.
4.02 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: Pastikan setiap petugas mendapt Borang 14 bagi setiap saluran. Jika pegawai SPR enggan, ambil nama, IC, gambar dan buat laporan polis.
Ada beberapa laporan, terdapat beberapa kawasan di beberapa peti undi petugas SPR enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat.
Itu merupakan hak agen mengundi di sisi undang-undang.
3.15 petang – Pegawai SPR dilapor enggan memberikan Borang 14 kepada petugas Pakatan Rakyat di N47 Dun Bawang Assan.
Borang 14 adalah borang ‘Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi’ yang mengandungi catatan jumlah undi yang diperolehi kedua-dua pihak bertanding.
3.00 petang – Menurut Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, terdapat pegawai SPR didapati menyerahkan risalah BN kepada pengundi setelah mereka menyemak senarai daftar pengundi di Tudan, SM Baram.
2.40 petang – MESEJ PAKATAN RAKYAT: BN akan menjalankan operasi hitam penipuan antara pukul 3 hingga pukul lima petang. Petugas-petugas diminta pantau kehadiran pengundi-pengundi yang datang mengundi dan kelihatan meragukan dan berhat-hati dalam 3 jam terakhir.
2.30 petang – Dun N52 Tamin : Sukuan – KEADILAN 113, BN 38; Rumah Nangai -KEADILAN 93, BN 38; Rumah Empeni Bungkang & Rumah Pagah Pelepok KEADILAN 28, BN 8 (sumber: Twitter Ahli Dewan Undangan Negeri Teja, Chang Lih Kang)
2.15 petang – Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, KEADILAN memenangi kerusi N34 Krian dengan majoriti kira-kira 3,000 undi.
KEADILAN memenangi 45 daripada 49 peti undi di Dun Krian. Calon KEADILAN di Dun Krian adalah Ali anak Biju.
2.00 petang – N31 Layar: Keputusan tidak rasmi di saluran SK Batu Genting KEADILAN 74, BN 48, SNAP 6 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.35 tengah hari – N70 Ba’kelalan: Keputusan tak rasmi KEADILAN 596, BN 525 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.30 tengah hari – N53 Kakus: Keputusan tidak rasmi saluran SK Barau, KEADILAN 106, BN 57, Rosak 3 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.10 tengah hari – N31 Layar: Keputusan tidak rasmi sehingga kini KEADILAN – 55 , BN – 16 (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.05 tengah hari - N53 Kakus – Keputusan tidak rasmi: Saluran di SK Kuala Penyarai- KEADILAN 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
1.00 tengah hari - N52 Tamin – Keputusan tidak rasmi: Saluran di Rumah Tujoh Bejait Ulu Oya : KEADILAN – 113 , BN – 38 , undi rosak – 5. (sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
12.50 tengah hari – Keputusan tidak rasmi di N53 Dun Kakus – Saluran di Sekolah Kebangsaan Kuala Penyarai- KEADILAN 122, BN 70, PCM 1, bebas 5, rosak 1. ( sumber: Twitter Bilik Gerakan Sarawak)
12.45 tengah hari – N31 DUN Layar, Daerah mengundi Bungkang : PKR 28 BN 8. Daerah mengundi Pelepok : KEADILAN 27 BN 8 (sumber: Twitter Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali).
12.40 tengahari – Pengiraan peti undi di saluran yang sudah ditutup bermula jam 12 tengahari tadi.
Di N70 Dun Ba’kelalan, secara tidak rasminya calon KEADILAN, Baru Bian mendahului dengan 245 undi dan BN 223 undi . Undi rosak adalah sebanyak tiga undi.
12.35 tengahari – Sebanyak 800 pusat mengundi sudah ditutup daripada 1,749 pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.
12.30 tengah hari - Peratusan keluar mengundi di N11 Dun Batu Lintang masih rendah, dilaporkan hanya 23 peratus yang keluar membuang undi sehingga jam 12 tengah hari.
Calon KEADILAN, See Chee How membuang undi tepat jam 8 pagi di DUN Sentosa.
12.20 tengah hari – Terdapat petugas SPR di Sekolah Kebangsaan Kuala Baram, N65 Senadin memberikan risalah BN kepada pengundi selepas menyemak daftar pengundi. Ia dimaklumkan  Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melalui laman Twitter-nya.
12.10 tengah hari – Ketua Pemuda PBB, Datuk Fidillah Yusof  mengasari petugas wanita KEADILAN dengan menarik keluar agen mengundi KEADILAN dari pusat mengundi.
12.00 tengah hari – Peratusan keseluruhan yang keluar mengundi setakat ini adalah 30 peratus.
11.54 pagi – Tiga pusat membuang undi di dalam N51 DUN Balingian ditutup jam 11.30 pagi tadi. Antaranya Kenyana, Suyong dan Liok, manakala peratusan keluar mengundi di daerah Tutus dalam DUN Balingian sebanyak 60.77 peratus.
11.40 pagi – Peratusan keluar mengundi di N35 Dun Belawai sudah mencecah 41 peratus.
11.30 pagi – Di N07 Semariang, BN membina pondok panas di luar pagar pusat mengundi sedangkan peraturan pilihan raya sekarang tidak membenarkan pondok panas dibina. KEADILAN membuat bantahan kepada SPR namun mereka tidak mengendahkan laporan itu.
Perkara yang sama juga dilapor berlaku di N33 Dun Kalaka. Pondok panas BN berada dalam zon bebas 100 meter dari pusat pengundian di Kampung Kabong, Sekolah Kebangsaan Chung Hwa, Sekolah Abg Leman, Sekolah Kebangsaan Kupang.
11.20 pagi – Di N27 Dun Simanggang, DAP membuat laporan kepada polis dan SPR kerana BN dikatakan mempunyai pondok panas dalam kawasan pusat mengundi SK Sri Aman Kampung Muhibbah, dan juga kewujudan kain rentang BN dalam jarak kurang 50 meter dari pusat mengundi, seperti dilapor Malaysiakini.
Calon DAP, Leon Donald menentang calon SUPP Francis Harden di Simanggang.
11.05 pagi – Calon KEADILAN N28 Engkelili, Marudi anak Mawong dilapor dihalang masuk ke pusat pengundian ketika melakukan lawatan.
11.00 pagi – Terdapat dua Dun yang peratusan keluar mengundinya dilapor masih rendah. Dun tersebut adalah N30 Saribas – 30 peratus dan N28 Engkelili – 30 peratus. Calon KEADILAN bagi N30 Saribas adalah Abg Zulkifli Abg Engkeh.
10.54 pagi - Peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di N70 Ba’ Kelalan dilaporkan sebanyak 70 peratus. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Sarawak, Baru Bian merupakan calom KEADILAN di N70 Ba’ Kelalan.
10.50 pagi – Berikut adalah peratusan tidak rasmi yang keluar mengundi di tiga Dun berikut: N35 Belwai – 53 peratus , N11 Batu Lintang – 11 peratus.
10.42 pagi – Laporan tidak rasmi menyebut terdapat tiga pusat mengundi yang dilapor telah ditutup dan peratusan pengundi yang keluar di pusat berkenaan adalah seperti berikut: N18 Tebedu – 60 peratus , N21 Simunjan – 60 peratus(peratusan tidak rasmi).
Calon KEADILAN di N18 adalah Dr Christopher anak Kiyui, dan di N21 calonnya adalah Mashor bin Hossen.
10 pagi - N44: Petugas KEADILAN tangkap kes undian 2 kali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Machan. Bantahan dibuat tapi pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) enggan tandatangan borang banatahan.
Petugas KEADILAN sedang berunding dengan pegawai SPR di SK Ulu Ranan yg tidak mahu terima bantahan.
9 pagi - Proses mengundi bermula jam 8 pagi tadi.
Keputusan tidak rasmi pilihan raya umum negeri Sarawak 2011 (dikemas kini sehingga jam 9 pagi)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails