BREAKING NEWS

Gempar!! Pegawai Penyiasat Sahkan Saiful Ada Menemui Najib Dua Hari Sebelum Kejadian Liwat Didakwa Berlaku


KUALA LUMPUR: Mahkamah hari ini digemparkan dengan pengakuan pegawai penyiasat kes liwat DSAI, Superintendan Jude Pereira bahawa Saiful Bukhari ada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari sebelum kejadian liwat didakwa berlaku.
Pengakuan ini mengesahkan penglibatan Najib dalam kes liwat DSAI yang baru sahaja menyaksikan pihak pendakwa selesai mengemukakan kesemua saksi mereka untuk disoal balas.
“Dia (Saiful) menemui Najib sebelum 26 Jun iaitu pada 24 Jun 2008 untuk mengadu beberapa perkara,” kata Jude tanpa menghuraikan lebih lanjut perkara yang diadu Saiful.
Saiful Bukhari Azlan mendakwa beliau diliwat pada 26 Jun 2008 di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Selain itu, Jude turut mengesahkan penglibatan beberapa musuh politik Anwar yang lain dalam  kes liwat DSAI ini.
Beliau mengaku menemui isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansur serta bekas Ketua AMK yang kini merupakan Senator Dewan Negara, Ezam Mohd Nor.
Pengakuan itu dibuat Jude sewaktu beliau disoalbalas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh dalam perbicaraan  kes liwat DSAI hari ini.
“Siapakah lagi yang anda temui sewaktu menjalankan siasatan selepas 26 Jun 2008?” tanya Karpal.
“Saya ada bertemu beberapa orang,” jawab Jude teragak-agak.
“Siapa?” tanya Karpal lagi.
“Rahimi Osman, Ezam Mohd Nor, Tuah (bapa saudara Saiful) dan…”
“Datuk Mumtaz?” potong Karpal.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada jumpa Najib?” tanya Karpal lagi.
“Ya,” jawab Jude.
“Ada rakam kenyataan Rosmah?” tanya Karpal.
“Ada ..tetapi saya perlu periksa,” jawab Jude.
“Tadi awak cakap ‘ya’..” tekan Karpal.
“Sebentar..ya, saya ada ambil keterangan Rosmah,” jawab Jude.
Superintendan Jude Pereira, selaku pegawai penyiasat kes ini adalah saksi pendakwa terakhir dalam kes liwat DSAI.
Beliau merupakan salah seorang daripada 24 saksi yang dipanggil memberi keterangan oleh pihak pendakwa bagi membantu kes mereka.

Tidak ubah seperti tahun 1998,  kes liwat DSAI ini adalah satu lagi cubaan mensabitkan Anwar dengan dakwaan liwat.
Anwar dituduh liwat sebaik sahaja beliau berjaya memimpin Pakatan Rakyat memenangi lima kerusi pada pilihan raya umum 2008.

1 comment :

  1. Adakah Bik Mama akan hadir bersama title FLOM memberikan keterangan di Mahkamah? Adakah Najib juga akan turut hadir? Atau sekadar dia akan menulis memoir seperti Mamak Tua yang lupa makan ubat. Sama-sama kita saksikan di episod yang akan datang.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails