BREAKING NEWS

'Lu Tolong Gua...Gua Tolong Lu'



Sepertimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'lu tolong gua, gua tolong lu', kali ini Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula memberitahu kumpulan yang mewakili orang Cina Melaka bahawa beliau hanya akan membincangkan tuntutan mereka jika BN memenangi pilihan raya kecil DUN Merlimau.

NONEBeliau memberitahu demikian kepada wakil Persatuan Pendidikan Cina
Progresif Melaka, Yang Ying Chong, sebelum beredar dari pusat penamaan calon bersama calon BN, Roslan Ahmad pagi tadi.

Sebelum itu, selepas penamaan calon pagi ini, Yang menyerahkan kepada ketua menteri tuntutan antaranya, sekolah vernakular, sekolah Cina bebas dan sekolah agama rakyat diberi faedah yang sama seperti sekolah kebangsaan, iaitu menerima subsidi, bantuan untuk pelajar dan sijil untuk melanjut pengajian di universiti awam dan perkhidmatan awam.

Mereka juga menuntut kerajaan mengembalikan kewarganegaraan aktivis mendiang Lim Lian Geok dan menerimanya sebagai sebagai patriotik negara.

NONESeorang guru di Confucian Chinese School dari 1935 hingga 1961,
kewarganegaraan Lim dan lesen mengajarnya dibatalkan pada 1961 kerana menentang Laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961 yang mewajibkan semua sekolah menengah mengajar dalam Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu.

Sementara itu, Mohd Ali menafikan yang beliau telah mengatakan bahawa kerajaan Melaka hanya akan membantu pelajar Melaka untuk pulang semula ke Mesir, jika calon BN menang. Oleh:Aidila Razak

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails