Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet yang didakwa telah menerima surat aduan berhubung permohonan supaya laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur diperlahankan diminta tampil memberi penjelasan.

“Jika benar surat ini secara rasminya telah dihantar dan telah diterima oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak), Datuk Raja Nong Chik, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Mohd Nazri (Aziz), Tan Sri Koh Tsu Koon dan penasihat agama kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Mat Zain, jadi apakah respon mereka?” tulisnya.
Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, melalui tulisan di blognya, berkata jawapan pemimpin berkenaan penting bagi menegakkan kebenaran dalam isu tersebut.naib presiden PKR merujuk kejadian petang semalam, di mana kira-kira 100 orang berhimpun di perkarangan masjid berkenaan bagi membantah tindakan seorang peguam bukan Islam yang dikatakan ahli MCA - meminta laungan azan diperlahankan.
Dengan memegang kain rentang serta laungan Allahuakbar, mereka juga turut membakar patung peguam berkenaan.

"Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat.
Mahadi berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu tetapi beliau beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan".

Sehubungan itu, Nurul Izzah berkata respon Perdana Menteri dan pihak yang terbabit amat penting kerana surat peguam itu dihantar terus kepada Najib dan pimpinan tertinggi kerajaan Umno-BN.
"Pihak yang membantah wajib bertanya pada penerima surat-surat ini apakah jawapan mereka?" kata Nurul.
Beliau juga berkata siasatan juga harus dijalankan bagi mengenal pasti terhadap siapa sebenarnya yang mengeluarkan arahan supaya pembesar suara masjid itu diperlahankan.

Post a Comment