BREAKING NEWS

Umno Selangor Dan Kroni Tertekan Kerana 'TAK MASYUK'


Pemimpin Umno cuba menggugat kerajaan Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

azlan
Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan ketua perhubungan Umno negeri Datuk Noh Omar dan ketua pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni Umno dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

NONE"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni Umno di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.
Ali Baba
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

MelalNONEui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

PNONEua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelas Pua, motif yang ditunjukkan pemimpin Umno itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram "paling buruk."
Dari pasir ke air

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

water paipsMenurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan Umno.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi.-mkini

Umno bakal hilang 6 kerusi di Selangor


SHAH ALAM, 23 Julai: Umno Selangor kini berada dalam kebimbangan ekoran maklumat yang mengatakan sudah hampir pasti BN akan hilang enam kerusi Dun jika pilihan raya umum diadakan dalam suasana sekarang.

Enam Dun yang dikatakan termasuk dalam senarai itu adalah Seri Serdang di bawah Parlimen Puchong yang mana calon PAS hanya kalah 45 undi kepada calon Umno dalam pilihan raya umum lalu.

Dun lain adalah Sabak (majoriti 117), Taman Templer (613), Sungai Air Tawar (123), Paya Jaras (642) dan Morib (286).

Dalam pilihan raya lalu, PAS bertanding 24 kerusi Dun dan hanya menang lapan kerusi sahaja. Jika berjaya mendapat enam kerusi ini bermakna kerusi PAS akan menjadi 14.

Dalam pilihanraya lalu, PKR mendapat 15 manakala DAP 13. BN pula mendapat 20 kerusi.
(Gambar: Keputusan pilihan raya lalu di Selangor)

Menurut sumber yang rapat dengan Umno Selangor, kehilangan enam kerusi kepada PAS ini tidak boleh ditolak lagi ekoran perkembangan yang sangat baik dalam PAS di Selangor kini.

Ini kerana, ketika PAS berkembang dengan pesat di Selangor, pelbagai jenis masalah berlaku kepada Umno Selangor yang dipimpin sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Oleh kerana sibuk di peringkat pusat, timbalan beliau, Datuk Seri Noh Omar yang mengambilalih pentadbiran Umno negeri. Namun begitu, media melapor beliau mempunyai masalah besar dengan bekas MB Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo dan masing-masing berlumba mencari publisiti dalam isu pasir.

Di samping itu, Setiausaha Umno Negeri, Mohd Satim Diman dan Ketua Pemuda, Suhaimi Mohd Ghazali juga dikatakan bermasalah dan berura-ura mahu meletakkan jawatan. Bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib juga bermasalah.

Sumber juga berkata, punca perkembangan pesat dalam PAS di Selangor adalah ekoran pendemokrasian masjid dan surau yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor tahun lalu.

Melalui tindakan ini, semua masjid dan surau di Selangor melantik pimpinan baru jawatankuasa masing-masing melalui pengundian secara terbuka.

Ekoran tu, lebih 90 peratus masjid dan surau di Selangor dikuasai oleh pemimpin tempatan PAS atau pihak yang disokong oleh mereka.

Ekoran itu, pengaruh PAS dikembangkan dengan pesat melaui program kuliah agama yang diadakan saban waktu di surau dan masjid ini.

Kerana tidak cukup waktu malam, kuliah Dhuha pagi Ahad pula dilakukan mengambil pengalaman kuliah Jumaat di Rusila, Terengganu dan Dataran Ilmu di Kota Bharu.

Namun begitu, bekas Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Haji Shukor Harun bimbang dengan sikap sesetengah pemimpin PAS sekarang yang tidak berapa fokus untuk mencapai kemenangan.

"Saya bimbang kalau-kalau isu kerjasama dengan Umno ini benar-benar berlaku dan melibatkan kepimpinan tertinggi PAS negeri. Ia akan menyukarkan PAS," katanya.

Ramai pihak melihat apa yang berlaku adalah permainan politik Umno untuk memerangkap PAS dalam situasi tersepit antara dua kepentingan.

"Jika PAS menolak kerjasama dengan Umno bererti PAS menolak perpaduan. Jika PAS menerima bermakna menikam rakan-rakan dan penyokongnya dalam Pakatan Rakyat," kata seorang penulis.

Seorang bekas profesor sains politik di Universiti Malaya ketika ditemui baru-baru ini pula memberitahu, sokongan masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat kini meningkat hampir setiap hari.

"Faktor ini sangat besar mempengaruhi politik di Selangor kerana mereka ramai dan menjadi penentu di negeri ini," kata beliau.

Puncanya adalah kerana mereka melihat perkongsian kuasa dalam Pakatan lebih adil kerana semua parti setaraf manakala dalam BN pula Umno terlalu berkuasa dan yang lain hanya dipermainkan Umno sahaja.-harakahdaily

Umno sesak nafas dan terpaksa minta bantuan 'oksigen' dari PAS



KUALA LUMPUR, 21 Julai: PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.
“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.
Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.
“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum  sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” ujarnya.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.
Menurutnya, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” tegasnya.
Katanya lagi, Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.
Ini, ujarnya dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.
PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.
Beliau menambah, PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke  atas umat Islam dan rakyat Palestin.
Baginya, bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.
“PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,” katanya.-harakahdaily

Melayu lebih mulia tanpa Umno



KUALA LUMPUR, 19 Julai: “Melayu akan lebih kukuh dan mulia tanpa Umno, dan Malaysia akan lebih maju tanpa Umno," kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kerana meyakini kuasa politik melayu akan hilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.
"Saya ucap terima kasih kepada Tan Sri Harussani kerana begitu kasyaf tentang politik negara yang nampak kuasa politik Melayu iaitu Umno akan hilang.
"Dan kita yakin kuasa politik baru akan wujud yang dikuasai Melayu serta semua kaum yang ditunjangi Pakatan Rakyat suatu masa nanti," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, pagi tadi.
Hadir sama ialah seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub.
Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, orang Melayu tidak perlu risau jika PAS dan Umno tidak bersatu kerana hak orang Melayu lebih terbela tanpa Umno.
Umno, katanya sudah jelas terbukti sebuah parti yang menghakis kepentingan Melayu bukan membela Melayu.
Salahudin pula memberitahu, PAS tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk menghantar mana-mana pihak atas tujuan menjalin kerjasama politik dengan Umno.
"Kita dah tutup buku kerjasama dengan Umno.
"Dakwaan (kerjasama) itu satu ftnah, mereka cuba menghakiskan kepercayaan penyokong dan ahli PAS terhadap pemimpin PAS," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Katanya, PAS sudah memutuskan akan tetap komited bersama Pakatan Rakyat dan isu kerjasama dengan Umno tidak berbangkit.
Dalam pada itu, mengulas dakwaan wujud perbezaan pandangan antara Muhyidin dengan Najib berhubung isu kerjasama ini, Mahfuz berkata Muhyidin seperti mempunyai agenda dalaman menjatuhkan Presidennya.
Muhyidin jelasnya sedang berusaha meyakinkan pemimpin dan ahli Umno lain bahawa Najiblah punca kuasa politik Melayu yang diperjuang parti itu terhakis.
"Muhyidin sedang bina imej untuk jadi hero Melayu dalam Umno.
"Dia sedang mengambil kesempatan mengajak pemimpin Umno lain tikam Najib daripada belakang," katanya.-harakahdaily
 

Alasan BN Menaikkan Harga Barang Amat Melucukan


Senator pembangkang hari ini mendapati alasan yang diberikan untuk kenaikan 5-dalam-1 membabitkan petrol, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) berkuatkuasa Jumaat lalu sebagai 'melucukan'.

Apa sekalipun nama yang diberikan, kenyataan ialah harga telah naik,” kata Senator Syed Husin Ali dari PKR.

Antara alasan yang diberikan olek kerajaan untuk mengurangkan subsidi gula ialah sebab kesihatan - yang dianggap Syed Husin sebagai tidak masuk akal.

"Daging juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Telur dan mentega pula boleh meningkatkan kadar kolesterol - jadi adakah kerajaan akan menaikkan harga barangan itu atas alasan kesihatan?” soalnya.
Kaya bertambah kaya
Katanya, pengurangan subsidi, kgususnya yang barangan keperluan seperti petrol dan gula hanya membebankan golongan berpendapatan rendah. Tetapi pada masa yang sama pembekal tenaga bebas (IPP) mendapat subsidi RM19 bilion.

"Yang kaya bertambah kaya, manakala yang miskin terpaksa merana,” katanya di lobi senat hari ini.
Huj
ah bahawa barangan keperluan di beberapa negara adalah lebh tinggi juga dianggap Syed Husin yang merupakan timbalan presiden PKR sebagai mengarut.

"Ada negara di mana, berasnya lebih murah dari harga di Malaysia, ada negara byang dagingnya lebih murah dan ada juga negara yang buah-buahannya lebih murah,” katanya.

Minggu lalu kerajaan mengumumkan kenaikan beberapa barangan keperluan berkenaan.

Hadir bersama pada sidang media ini adalah Tunku Abdul Aziz Ibrahim (DAP), S Ramakrishnan (DAP) dan Kamal Mohd Yusoff (PKR).-mkini

Harussani wajib nasihatkan Umno supaya hayati Islam


Menjadi tanda tanya kepada saya, atas kapasiti sebagai siapakah Tan Sri Harussani Zakaria beria-ia benar bersedia untuk memainkan peranan sebagai orang tengah atau perantara bagi tujuan menyatupadukan orang Islam PAS dengan orang Melayu Umno?
Sebagai Mufti Perak? Sebagai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria wajib menumpukan sepenuh perhatiannya pada amanah dan tanggungjawab kemuftiannyasecara khusus dalam negeri Perak Darul Ridzwan. Tidak menjadi tugas dan tanggungjawab beliau untuk urusan penyatupaduan antara dua buah parti politik.
Beliau tidak perlu bersusah payah untuk satu tugasan yang sangat berat, sedangkan beliau gagal melaksanakan satu tugasan ringan yang menjadi haknya.
Sebagai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ialah penasihat agama kepada Tuanku Sultan Perak. Tidakkah Tan Sri berasa takut dan malu kepada Allah SWT apabila nasihat Tan Sri tidak diendahkan oleh ahli keluarga Diraja Perak dalam perkara wajib yang terlalu mudah untuk ditunaikan, misalnya dalam rukun menutup aurat.
Sebagai seorang ulama? Sebagai ulama benar atau ulama akhirat, Tan Sri Harussani Zakaria sesungguhnya wajib meletak jawatan apabila nasihat yang wajib tidak dipatuhi; namun, sekiranya Tan Sri yang takuk untuk menyembahkan nasihat, maka beranilah saya mengatakan bahawa Tan Sri bukanlah seorang ulama benar, tetapi hanyalah ulama su' yang takutnya kepada manusia mengatasi takutnya kepada Allah SWT.
Kalau Tan Sri Harussani Zakaria merasakan dirinya itu ulama malaki pada peringkat nasioanal, beliau harus membuktikan peranannya yang berkesan; tetapi hingga ke saat ini setelah lebih kurang dua puluh lima tahun beliau berpeluang memainkan peranannya, saya tidak nampak apa-apa rancangan  beliau yang mampu mengatasi atau sekurang-kurangnya mengurangkan gejala jenayah pelbagai jenis yang bermaharajalela yang melibatkan orang Islam di Malaysia.
Saya tidak nampak pun apa-apa program Tan Sri Harussani Zakaria secara besar-besaran dalam menolong menjadikan orang Islam Malaysia  ini benar-benar orang mukminin dan mukminat sejati, atau hamba Allah SWT yang bertaqwa kepada-Nya. Menurut satu kajian, sebanyak 80% orang Islam Malaysia tidak menunaikan solat secukup lima waktu dalam masa sehari dan semalam. Aspek dahsyat ini yang patut diutamakan; bukan aspek perpaduan parti politik.
Industri hiburan dan media merupakan tsunami besar yang melanda masyarakat Islam Malaysia, terutamanya dalam kalangan remaja, sehingga menjadikan sebahagian masyarakat Islam Malaysia hilang arah, hilang matlamat hidup dan sesat. Mala petaka ini yang lebih wajib dipedulikan oleh Tan Sri Harussani Zakaria daripada menyibuki urusan PAS. Saya fikir, PAS tidak memerlukan bantuan Tan Sri.
Sebagaimana pengakuannya, Tan Sri Harussani Zakaria tidak menyertai mana-mana parti politik. Katanya, beliau orang tengah yang duduk atas pagar. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia maklum bahawa beliau berpihak kepada Umno. Oleh sebab itu, lebih wajarlah beliau menyampaikan nasihat yang wajib kepada Umno supaya Umno menghayati Islam secara holistik.
Saya berpandangan bahawa seorang ulama waris Nabi wajib senantiasa bersama-sama dengan  jemaah yang jihadnya dan matlamat perjuangannya bertunjangkan al-Quran dan al-Hadith. Kalau tidak, seseorang itu bukanlah ulama warathatulanbia'; lebih-lebih lagi, jika seseorang ulama itu memusuhi kumpulan jemaah Islam berkenaan, maka ulama yang berkenaan itu pastilah seorang ulama su' atau ulama dunia.
Yangretibase,
Kuala Terengganu.
-harakahdaily

Kenaikan 5-1 Tidak Perlu Jika BN Batal Apco, Sekat Rasuah, Basmi Pembaziran


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak kerana menaikkan harga bahan bakar dan gula tanpa mekanisma membantu golongan berpendapatan rendah, mahupun langkah mengetatkan perbelanjaan dan pembasmian rasuah.
Bekas Menteri Kewangan ini berhujah kerajaan Umno-BN seharusnya mengambil langkah proaktif memastikan golongan paling terkesan dengan kenaikan ini dibantu untuk menghadapi lonjakan harga keperluan asas ini.
Ini kerana kenaikan tersebut meninggalkan kesan berganda yang akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, di mana 75 peratus darinya adalah bumiputera yang kononnya dibela Presiden Umno itu.
"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau," tegas Anwar dalam satu kenyataan hari ini.
"Walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu. Pengumuman ini membuktikan perdana menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia," tambah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu lagi.
Kenaikan harga barangan keperluan diumum secara mengejut oleh perdana menteri malam tadi, yang menurut beliau merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat.
Mulai hari ini, petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen, manakala RON97 tidak lagi diberikan subsidi dan tertakluk kepada apungan secara terkawal. 
Dalam pada itu, harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.
Kerajaan Persekutuan mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak 2008 atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.
Pakatan Rakyat membidas rumusan yang dibentangkan Umno-BN kerana ia meminggirkan golongan berpendapatan rendah dan memberi kelebihan yang diberi kepada pemain-pemain industri, seperti Penjana Tenaga Bebas yang diberi subsidi korporat jutaan ringgit.
"Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan. Kenaikan harga gula sebanyak 28 peratus sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan," tegas Anwar.
Sebelum ini pun, tambahnya, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. 
Bagaimanapun tindakan itu sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, kerana rekod menunjukkan defisit terus membengkak ke paras terbaru. 
"Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8 peratus berbanding 3.2 peratus bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku," jelas Anwar.
Sasaran penjimatan RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding pembaziran, boros dan kebocoran dana rakyat yang berlaku dibawah pentadbiran BN. 
Perdana Menteri, tegasnya, tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.
"Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 bilion pada 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi 2010. Ini termasuklah perbelanjaan sekretariat mantan perdana menteri dan sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri perdana menteri," kata Anwar.
"Bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta," jelas beliau lagi.
Related Posts with Thumbnails