BREAKING NEWS

'Ezam Kotak' terus menabur fitnah


Kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan negara sebenarnya merupakan satu usaha mengelirukan rakyat.
Datuk Seri Anwar sebenarnya telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa yang telah dikembangkan kepada Pakatan Rakyat.
Parti ini komited kepada falsafah 'Ketuanan Rakyat' berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada 'Ketuanan Umno' dan memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan Umno.
Pegangan dan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB sememangnya jelas di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah.
Pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Ekonomi Baru telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukan kaum (race-based) seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.
Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan.-Nurul Izzah Anwar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails