BREAKING NEWS

Ibrahim Ali adalah calon yang paling layak dan berkaliber untuk mewakili UMNO/BN bagi PRK Dun Galas


SHAH ALAM, 6 Okt – Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencabar Persiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali agar bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas untuk membuktikan yang pertubuhan Melayu itu tidak berpihak kepada Umno.
Ibrahim sebelum ini berkali-kali menafikan pihaknya mempunyai hubungan dengan parti dominan Barisan Nasional (BN) itu.
“Kalau beliau (Ibrahim) tidak bertanding dan berkempen untuk Barisan Nasional (BN), rakyat akan sedar bahawa ini adalah permainan politik Umno,” kata Khalid (gambar).
“Ini adalah kaedah yang dilakukan untuk mendapatkan sokongan daripada orang Melayu ekstrem dan biasa,” tambah beliau ketika ditemui di sini hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 November sebagai tarikh pilihan raya kecil kerusi Galas yang kosong minggu lalu.
Khalid juga berkata Ibrahim yang mempunyai tubuh kecil tetapi mempunyai suara lantang itu tidak perlu takut untuk membuktikan beliau adalah “juara orang Melayu.”
“Ini adalah ujian asid dan kita mahu lihat berapa jauh keiinginan beliau... bahawa beliau diterima oleh orang Melayu sebagai juara,” kata Khalid yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam.
Ahli Biro Politik PAS pusat itu juga mengecam tindakan Umno yang cuba untuk menarik pengundi yang menyokong Presiden Perkasa.
“Umno mahu untuk mendapatkan kek dan makan kes itu juga,” kata Khalid.
“Termasuk mereka yang menyokong Ibrahim Ali dan tidak menyokong Ibrahim Ali,” tambahnya.
Sebelum ini DAP menuduh parti Melayu terbesar itu secara diam-diam mempertahankan Perkasa.
Bagaimanapun Ibrahim berkata Perkasa tidak bekerjasama dengan Umno kerana pertubuhan itu secara rasmi tidak pernah berjumpa dengan pemimpin parti itu.
Hari ini Khalid mencabar Ahli Parlimen Pasir Mas itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas bagi membuktikan bahawa beliau bukan “alat” Umno.
“Ini akan membuktikan bahawa beliau digunakan Umno,” kata Khalid.
Ibrahim juga sebelum ini telah memberikan amaran kepada tiga pemimpin Umno iaitu Tengku Adnan, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz supaya berhenti daripada mengkritik Perkasa sekiranya tidak mahu rahsia mereka didedahkan.
Ketiga-tiga pemimpin Umno itu begitu lantang menyalahkan Perkasa sebagai penyebab sokongan orang bukan Melayu semakin kurang kepada BN.
Khalid mengulangi cabaran terhadap Ibrahim untuk membuktikan pertubuhan itu tidak mempunyai kaitan dengan Umno.
“Buktikan bahawa ini bukan sandiwara bahawa beliau mempunyai idealogi berlainan daripada Umno dan BN,” katanya.-themalaysianinsider

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails