Niat Teo Nie Ching melawat surau adalah suci,tetapi pendekatannya yang salah
Posted by Unknown on 9:04 AM in | Comments : 0
Saya tidak berpihak pada mana-mana parti. Pendirian saya natural. Dalam hal ini saya tidak melihat dari sudut politik, tetapi dari sudut kesucian agama Islam itu sendiri.
Masjid adalah tempat suci umat Islam, yang mana juga dikenal sebagai rumah Allah. Rumah Allah perlu dijaga kesuciannya. Wanita muslim yang didatangai haid dilarang memasuki ruangan solat.
Sebagai contoh, sekiranya anda melawat masjid Putrajaya, sama ada anda Islam atau tidak, anda akan diberi jubah yang akan menutupi rambut anda sekiranya anda tidak betudung.
Sekiranya anda lelaki berseluar pendek, jubah akan diberikan kepada anda untuk dipakai.
Namun begitu, lawatan golongan bukan Islam terhad pada pinggiran masjid sahaja, dan mereka tidak dibenarkan memasuki ruangan solat. Namun begitu, ianya tertakluk pada budi bicara pihak pengurusan masjid.
Saya percaya, niat Teo Ni Ching adalah suci, ingin melawat dan merapatkan hubungannya dengan jemaah surau / masjid, namun begitu pendekatannya salah.
Saya percaya beliau bukannya memberi tazkirah, tetapi sekadar memberi aluan bagi memenuhi jemputan kariah masjid. Sebagai warga negara Malaysia, beliau patut tahu batasan dan adab Islam.
Sekiranya beliau menutupi kepala dengan selendang, dan memakai baju kurung yang longgar, isu ini pasti nya tidak dimainkan dengan hebat oleh Umno.
Terdapat ruang pembaikan yang luas untuk beliau bagi menjadi ahli parlimen / ADUN yang berkesan bagi semua golongan masyarakat.
Saya sertakan link bagaimana seorang aktivis bukan Islam, menutupi aurat nya di dalam sebuah masjid di UK. Wanita ini diberi peluang berucap di bahagian ruangan masjid.
Alangkah indahnya sekiranya Teo berpakaian sebegini, sudah pasti tidak menjadi isu seperti sekarang.
Sekian dan salam hormat.
-Farah Mohamad/harakahdaily
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment