“Janji-janji itu dibuat di kubur Beng Hock; satu hari nanti kami mahu anda memenuhinya.
“Presiden MCA, Ong Tee Keat, timbalannya Liow Tiong Lai, dan presiden Gerakan Koh Tsu Koon, semasa memberi penghormatan terakhir mereka, tahun lalu menyatakan sokongan agar suruhanjaya diraja ditubuhkan. Saya telah mengesahkannya dengan mereka dan mereka menyatakan sokongan kepada kami,” katanya.
Lee Lan berkata demikian pada forum 'Ketidakadilan untuk 1 tahun: Apa kata anda, rakyat Malaysia' yang dianjurkan menerusi kempen 'Rakyat Malaysia bersama Beng Hock' bersama CRC-KLSCAH malam semalam.
Beliau memohon rakyat supaya bangkit dan menuntut keadilan untuk Beng Hock dan membantu agar kejadian seumpama itu yang berlaku kepada abangnya tidak berulang kepada rakyat lain.
“Adakah anda mahu melihat seorang lagi saksi mati secara misteri?” soalnya.
“Ini bagi memberi mesej yang jelas bahawa rakyat tidak dapat menerima ketidak-adilan. Rakyat adalah ketua dan mereka mampu membawa perubahaan,” kata Haris.
Ng Yap Hwa, yang menganjurkan forum itu juga meminta rakyat Malaysia mengambil cuti sehari esok bagi menghadiri inkues esok dengan memakai kemeja-T khas itu sebagai tanda sokongan kepada pakar patologi Thai, Dr Pornthip dan Teoh.-mkini
Post a Comment