BREAKING NEWS

Khir Toyo Begitu 'TERLIUR' Dengan Pasir Di Selangor


PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata, beliau akan membongkarkan satu lagi kegiatan melombong pasir di Selangor namun kali ini melibatkan sebatang sungai hingga memusnahkan ekosistem kawasan berkenaan.
Tegasnya, aktiviti melombong pasir sungai di satu kawasan yang masih dirahsiakan itu di lakukan secara berleluasa tanpa pemantauan kerajaan negeri Selangor.
"Esok saya akan bongkarkan lagi kegiatan melombong pasir di Selangor, tapi kali ini lebih dasyat kerana ia melibatkan sungai," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Besar itu, wakil media akan dibawa melihat sendiri kegiatan melombong pasir di kawasan berkenaan esok.

Semalam, media melaporkan pendedahan Mohamad Khir mengenai kegiatan melombong pasir di Selangor semakin tidak terkawal apabila 20 hektar tanah yang terletak kira-kira 50 meter dari Taman Rekreasi Paya Indah Wetlands di Dengkil diceroboh untuk mendapatkan hasil tersebut.
Laporan itu juga menyebut aktiviti yang dipercayai di atas tanah milik kerajaan itu berlangsung sejak dua minggu lalu dan dikatakan 10 juta tan metrik pasir dianggarkan bernilai RM220 juta sudah dikorek.
Selain itu, ditanya mengenai kawasan sungai yang terlibat, Mohamad Khir berkata: "Esok kita beritahu, takut bocor, semua akan tutup operasi."


Dalam pada itu, diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri sememangnya mengetahui mengenai aktiviti perlombongan pasir dekat taman rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkel, Sepang oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), beliau berkata itu bukanlah perkara utama yang hendak beliau bangkitkan.
"Haram atau tidak bukan isu pokok, yang saya persoalkan ialah bagaimana kerajaan negeri boleh biarkan aktiviti melombong pasir ini dilakukan dengan berleluasa.
"Mengapa jadikan pasir sebagai sumber pendapatan utama? Ini adalah jalan mudah untuk dapatkan duit tapi sampai bila? Ia akan merosakkan ekosistem dan sumber semulajadi.
"Tanah di Selangor sepatutnya dibangunkan untuk kepentingan rakyat, bukannya pasir dikorek dan dijual... lama kelamaan habis semua kawasan di Selangor berlubang, jadi negeri berlubang," katanya.-mstar

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails