BREAKING NEWS

Sidang Media Penafian Menyertai Umno Bersama 40 Ulama Muda


Ustaz Abdul Wahab Abdullah, seorang ustaz yang hadir dalam majlis penyertaan 40 ulama muda kedalam UMNO tampil membuat penafian berhubung penyertaannya kedalam UMNO dalam sidang media khas yang di adakan di Madrasah Diniah Islamiah (MADI), semalam.


Beliau menyatakan bahawa beliau tidak dimaklumkan tentang penganjuran majlis tersebut adalah untuk penyerahan borang penyertaan mereka kedalam UMNO. “Saya tidak tahu langsung tentang penganjuran majlis ini. Kedatangan kami adalah untuk membersihkan nama persatuan kami, kata beliau.

Beliau menyatakan bahawa kehadirannya ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk membersihkan nama persatuannya yang membawa aliran fahaman Wahabi yang dikatakan terlibat dengan Jemaah Islamiah.

Beliau datang bersama beberapa orang rakannya daripada Perlis. Beliau dimaklumkan rombongan mereka ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak adalah untuk menjaga “survivor” persatuannya, Persatuan Al Islah Negeri Perlis kerana dikaitkan dengan JI.

“Saya tak pernah fikir untuk masuk UMNO dan akan diperlakukan sebegini”, kata beliau dengan nada kecewa.-detikdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails