"Kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat-syarat dan terma-terma pelesenan dengan syarikat Ascot Sports bagi menjalankan operasi pertaruhan bookie di malaysia.
"Kerajaan masih mendapatkan maklumbalas/pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan bookie di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di Malaysia," kata kenyataan bertulis itu.
"Ini adalah jawapan yang mengejutkan kerana sejak seminggu lalu, Vincent bercakap seolah-olah dia telah memiliki lesen itu. Malah dia dilaporkan berkata yang Pakatan Rakyat akan diheret ke mahkamah, jika negeri-negeri itu mengharamkan pertaruhan sukan,” katanya di lobi parlimen.
Tambahnya, jawapan itu tidak menjelaskan keadaan yang sebenar dan ada pihak yang menipu.
"Jawapan itu amat berlainan dengan gambaran yang diberikan oleh Vincent, adakah beliau begitu yakin akan diberikan lesen berkenaan?” katanya.-mkini
MAFIABOSS: Siapa yang bercakap bohong ni?? Vincent Tan atau Kerajaan 1Malaysia??
Kalau tak makan hasil judi negara boleh muflis dan empayar Vincent Tan pun boleh bungkus!!
Politik wang semua nak pakai wang,macam nak cari dana untuk politik wang ye?? tapi awas!! jangan sapu wang rakyat pulak tau!!
Post a Comment