BREAKING NEWS

PRK Sibu:Tanah Pribumi Sarawak Dirampas, Kini Mereka Menjadi Abdi Ditanah Sendiri


 

 Bila sebut Rumah Panjang Sarawak, mesti la kita terbayang yang best-best - Anak Gadis Iban yang cun-melecun (sudah semestinya), Anak Muda Iban yang gagah perkasa, Pahlawan Iban yang Brutal, Tengkorak bergantungan dekat ruang tamu, sumpit dan sesumpit disana-sini...


Tu cerita lama la beb... sekarang dah lain... 1Malaysia kena kelentong selama ni... yang best-best yang selalu keluar dalam TV dengan Sat Khabar tu cuma Rumah Panjang yang dok bawah "Tourism Malaysia" je... yang lain hampeh... sikit hari lagi barai kena bantai ribut.

Kebanyakan Rumah Panjang yang ada sekarang ni terbiar tak de sape-sape pegi jenguk. Menteri cuma reti cakap je. praktikal macam cibai. semalam aku sempat pergi 1 kawasan Rumah Panjang. Masya-Allah, kalau korang tengok dengan mata kepala korang sendiri, tak ubah macam reban. bukan menghina, tapi realiti.

Kehidupan dekat Rumah Panjang terlalu daif. rata-rata penduduk bekerja dekat ladang sawit milik kroni Menteri dengan purata gaji paling tinggi RM12 hengget sehari. itupun kalau musim sawit masak, sekarang ni buah sawit tengah tak de. jadi kebanyakan penduduk Rumah Panjang hidup sekadar yang mampu. kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Paling-paling pun masuk hutan memburu apa yang ada. hutan pulak bukan hutan sangat pun, setakat semak-samun tinggalan geng-geng balak. binatang apa la yang ada... biawak ada la...

Perjalanan


Nak ke Rumah Panjang dari bandar Sibu ngambik masa lebih kurang 2 jam... stengah jam jalanraya biasa, sejam jalan tambak pasir + tanah dengan 4x4. penduduk Rumah Panjang kalau ada emergency nak gi Hospital ke, klinik ke, jangan harap la sempat sampai... jalan paling baik, duduk dekat rumah, berdoa...

Makan-Makan

Masa kami sampai, hari dah senja. ada sorang penduduk baru balik dari memancing... untuk makan malam katanya...

Yang ni lauk untuk makan malam... ikan sungai besar-besar ibu jari... Menteri makan sedap-sedap, penduduk pedalaman makan sekadar apa yang ada... pemimpin dok gebang kemajuan-kemajuan... padahal kemajuan tu cuma slogan... hakikatnya..?

Rupanya Kemajuan Tu Macam ni...



Orang Asal Yang Cuba Diluputkan Dari Sejarah



Daif...!!!


Gambar-gambar persekitaran Rumah Panjang ni aku ambik waktu malam, jadi tak berapa clear... hari ni aku nak cuba pergi lagi sekali waktu siang walaupun aku tau calon BN dan warning dekat Pengawal nak masuk ke Rumah Panjang supaya jangan bagi mana-mana jentera Pakatan Rakyat masuk berkempen... ada kawan janji nak bawak aku masuk hari ni... harap-harap lepas.

Tanah Penduduk Dirampas, Kini Jadi Abdi Ditanah Sendiri


Sayu beb bila dengar keluhan-keluhan anak tempatan Rumah Panjang... kebanyakan mereka dihalau dari tanah yang diusahakan sendiri. tanah mereka dirampas, mereka diletakkan dipenempatan baru kemudian terpaksa bekerja diatas tanah sendiri dengan gaji paling tinggi hanya RM12 sehari. gila beb...

Keraj dalam ladang sawit bukannya tiap-tiap hari ada, bila sampai musim sawit masak baru ada kerja. macam mana nak hidup beb..? kemajuan kejadahnya macam ni..?

Tanah Saya Seluas 1250 Ekar Dirampas KERAjaan..!


Bila sampai masa brader ni bercakap meluah masalah dia, semua orang sebu beb... brader ni betul-betul naik angin... mana taknya, dulu dia pernah usahakan tanah seluas 1250 ekar. tanam nenas, jagung, ubi dan macam-macam sayur-sayuran untuk tampung keperluan hidup. tanah tu kemudiannya dirampas dek KERAjaan negeri.

1250 ekar beb..! senang-senang Zionis Malaysia rampas. sekarang KERAjaan cuma bagi dekat brader ni duduk dekat Rumah Panjang yang serba daif dan bekerja sebagai Hamba Abdi ditanah yang dia sendiri usahakan dulu..! tanah tu sekarang dah kena sodok dan ditanam dengan kelapa sawit.

Dah... aku tak tau nak cakap apa beb... korang fikir la sendiri... buatlah sesuatu yang boleh mengubah nasib orang-orang Malaysia yang kena tindas macam penduduk Rumah Panjang ni... buatlah 1 perubahan... cukuplah lebih 50 tahun.-perisik-rakyat.com

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails