Datuk Seri Najib Razak kata Umno telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya. Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin. Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu. Ke mana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Ke mana mereka pergi. Mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat. Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" kerana:- Bila Umno di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Umno hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. Umno menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadapnya, menyeluruh. Kenapa? Kerana yang di tawarkan oleh Umno bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri. Umno tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. Umno berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepadanya. Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan Umno berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, Umno sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangannya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. Umno rupa-rupa disedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12. Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah. Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh Umno. Yang kita takut ialah Umno atau khususnya pimpinan Umno tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan Umno hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat. Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat Umno? Umno sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan Umno yang dijurubicarakan dan dijuarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu? Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti. Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno dan kepimpinannya. Mohd Razif Maslan, Sekretariat Parlimen Kota Raja. -harakahdaily |
Masa depan Umno semakin parah
Posted by Unknown on 8:55 PM in Umno/APCO | Comments : 0
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment