BREAKING NEWS

Rais Yatim ialah 'Bapa Terbesar Hipokrit'


KUALA LUMPUR, 30 April: Anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Tun Abdul Ghafar (gambar) menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai ‘Bapa Hipokrit’.
"Pada saya, Rais ini ialah 'Bapa Terbesar Hipokrit' saya 'jangan kerana guruh di langit, air di tempayan dicurahkan'," jelas beliau.
Menurutnya, Rais tidak sepatutnya mendakwa beliau meninggalkan perjuangan Umno walaupun beberapa kali dilihat duduk sepentas dengan pemimpin Pakatan Rakyat.
"Yang sebenarnya, saya tak pernah pun keluar dari Umno macam Rais Yatim," tegas beliau.
Ini kerana beliau tidak pernah menyerang kepemimpinan Umno selama menjadi ahli pada parti perkauman Melayu itu.
Sebaliknya, menurut beliau, Rais ketika menyertai Semangat 46 (S46) dahulu nyata mengkritik kepemimpinan tertinggi Umno khususnya Tun Dr Mahathir Mohammad.
"Tak ada dalam sejarah (saya), tambah pula membakar jambatan pertalian dengan Umno, tetapi Rais masa S46 dulu serang kepemimpinan Umno hingga bakar jambatan," ujarnya kepada Harakahdaily, petang semalam.
Tambahnya lagi, tujuan kedatangannya ke dua program Pakatan Rakyat semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu semata-mata untuk mendengar nasihat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang beliau anggap sebagai tokoh sejak menjadi Exco Pemuda Umno Malaysia lagi.
Keputusan duduk sepentas dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, menurut beliau, sekadar menerima pelawaan seorang sahabat lama sahaja.
Beliau berkata, keputusan Rais berbaik-baik semula dengan Umno apabila pemimpin S46 kembali menyertai Umno bak menjilat tangan Mahathir.
"Akhirnya beliau sendiri menjilat semula tangan Mahathir kerana nakkan jawatan," ujarnya lagi.
Kelmarin, akhbar Utusan melaporkan, Rais turut menganggap perbuatan Tamrin menyertai kempen Pakatan Rakyat sebagai tidak mirip pada perjuangan bapanya, Tun Ghafar Baba.
Rais kemudiannya menyindir Tamrin dengan menggunakan perumpamaan 'jangan kerana guruh di langit, air di tempayan dicurahkan' untuk untuk menyindir anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu.-harakahdaily

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails