BREAKING NEWS

Bekas wakil rakyat Datuk G.Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM354,000 di Kampung Sungai Buaya,Hulu Selangor


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM354,000 di kampung itu.

PAS tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu dikeluarkan oleh pihak Kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan tetapi masih boleh memberi kelulusan projek.

PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara.

Adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesuka hatinya untuk projek yang ada kepentingan dengan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Selama dua tahun, allahyarham Datuk Zainal Abidin Ahmad menjadi ahli parlimen Hulu Selangor, kerajaan persekutuan enggan memberikan sebarang peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu.
Tetapi, selepas beliau meninggal dunia, kerajaan persekutuan tiba-tiba sahaja melantik 'orang tertentu' untuk membelanjakan duit rakyat.

PAS menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang.-mkini

Penulis adalah ketua penerangan PAS Pusat

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails