BREAKING NEWS

Rang Undang-Undang (DNA) 2008 Adalah Senjata Utama Konspirasi Pertuduhan Kes Liwat Terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim.


MAFIABOSS2U:
Sememang telah dijangka, biar apapun yang terjadi Anwar akan tetap disabitkan dengan kesalahan jenayah liwat terbarunya itu. Maka, apalah gunanya Anwar bersumpah atau percaya kepada mahkamah lagi kini. Sememangnya puak-puak UMNO karat yang tidak berhati perut ini akan tetap meneruskan agenda mereka untuk menjatuhkan hukuman terhadap beliau biarpun kes liwat ini agak "kabur" dan banyak menimbulkan keraguan yang munasabah.
Tidak perlulah kita ulas lagi tentang segala keraguan tersebut. Hanya mereka yang diberikan akal dan fikiran yang waras oleh Allah Taala sahaja yang dapat menilai perkara ini dengan sebaik mungkin. Bagi mereka yang sudah "beku" dan "terbelenggu" dengan jiwa karat biru, sudah pasti tetap yakin bahawa isu liwat terbaru Anwar adalah betul belaka.
Sudah terang lagi bersuluh, dalam isu yang membabitkan DNA terhadap Anwar baru-baru ini jelas sekali telah membuktikan "kebodohan" PM Pak Lah Badawi. Dengan menggunakan otak  yang sudah tidak masuk akal itu Pak Lah dengan bangganya menyatakan DNA Anwar yang diambil 10 tahun lalu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini bermakna DNA itu sudah habis tempoh agaknya. Walhal, semua orang tahu bahawa DNA boleh digunakan sampai bila-bila dan ia melampau batasan waktu. Bahkan, ahli-ahli sains dan pakar sejarah masih boleh mengetahui usia sesuatu barangan atau makhluk itu melalui DNA biarpun ia sudah mati atau musnah sejak berabad lamanya. Bahkan, DNA haiwan zaman pra-sejarah "Dinasour" "bebal"nya pemikiran Perdana Menteri Malaysia yang paling lemah itu. masih boleh diketahui usia dan habitatnya hanya melalui DNA. Maka itu, mana mungkin DNA Anwar yang baru berusia 10 tahun itu tidak boleh digunakan lagi. Kenyataan Pak Lah itu sebenarnya menunjukkan betapa
Menurut Menteri Dalam Negeri UMNO yang paling "bangang" iaitu Hamid Albar berkata bahawa Rang Undang-Undang Indentifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008 yang bakal menjadi peraturan yang digunakan bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberikan sampel DNA mereka kepada pihak berkuasa dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama hari ini.  Beliau juga dengan bangganya menegaskan bahawa kerajaan sudah merancang untuk mewujudkan akta tersebut sejak tahun 2001 bagi memudahkan proses pengecaman penjenayah. Rang Undang-Undang Indentifikasi DNA, jika diluluskan, akan menyediakan hukuman yang boleh dikenakan terhadap mereka yang enggan memberi, membenar atau menghalang sampel DNA bukan intim (non-intimate) seperti kuku, calitan daripada bahagian bukan sulit badan dan air liur diambil untuk diuji dalam sesuatu kes jenayah yang disiasat.
Bagi sampel DNA intim (intimate sample) pula, air mani, darah, cecair badan atau tisu, urin, bulu kemaluan dan calitan bahagian sulit individu diwajibkan diambil daripada mereka yang menjadi suspek kes jenayah. Menurut beliau lagi penjenayah yang menjadi suspek kes jenayah akan diwajibkan memberi sampel DNA mereka bagi memudahkan pihak berkuasa mengumpul bahan bukti di peringkat siasatan.penjenayah yang menjadi suspek kes jenayah akan diwajibkan memberi sampel DNA mereka bagi memudahkan pihak berkuasa mengumpul bahan bukti di peringkat siasatan. Sekali pandang, bagus juga cadangan pindaan akta ini sebenarnya. Namun bila dikaji balik, sesungguhnya bagai ada sesuatu yang tidak kena terhadap pindaan akta ini. Tambahan pula isu DNA begitu popular mutakhir ini kerana ia dikaitkan dengan "enggan memberi, membenar dan menghalang" yang melibatkan mantan TPM Anwar Ibrahim. Jika dilihat kepada perenggan berkenaan maka sudah tentulah amat tepat dan wajar kita katakan akta itu sebenarnya dibuat khas untuk Anwar. Ini kerana puak-puak tidak berhati perut ini telah gagal memaksa Anwar memberikan sampel DNAnya baru-baru ini. Malahan juga mereka dilihat menghadapi kesulitan untuk mendapatkan perintah mahkamah atas perkara sensasi ini.
Anwar sejak awal-awal lagi tidak membenarkan sampel DNAnya diambil. Ini berdasarkan kepada kurang keyakinannya terhadap pihak berkuasa di negara ini. Beliau yakin sampel DNA itu akan dimanipulasi bagi membuktikan bahawa beliau terlibat dengan kes liwat Saiful Bukhari. Buat masa ini, kes ini menjadi agak untuk mereka memandangkan kenyataan dan fakta berbelit-belit antara laporan polis, dakwaan mahkamah dan akuan sumpah laknat Saiful baru-baru ini. Jika ia dibicarakan, sudah pasti peguam Saiful yang "tidak popular" itu bakal kecundang berhadapan dengan barisan peguam Anwar yang cukup handal dan profesional. Maka, bagi menguatkan lagi "bukti kes" walau dalam apa jua cara sekali pun sampel DNA Anwar mesti diperolehi segera. Jika tidak satu dunia akan tahu "konspirasi jahat" "berbahaya" mereka.
Namun begitu, tersangat melucukan bila Hamid Albar berkata pindaan itu tiada kaitan dengan mana-mana individu termasuklah juga Anwar Ibrahim. Punyalah "bengap" mamat Hamid Albar ini, macamlah rakyat Malaysia ini "bangang tahap gaban" macam puak-puak UMNO karat itu. Dia tak payah cakap pun orang dah tahu bahawa semua itu adalah langkah drastik yang dirancang untuk memerangkap Anwar Ibrahim sebenarnya. Tambahan pula dengan frasa yang menyebut kerajaan sudah merancang perkara ini sejak tahun 2001 lagi. Ini memungkin kepada mereka untuk menggunakan akta tersebut terhadap Anwar sekarang. Mereka boleh menipu dan membuat "backdated" terhadap kelulusan akta itu biarpun ia masih belum diluluskan di parlimen. Ini bermakna Anwar akan menjadi mangsa akta berkenaan dan pihak polis mempunyai hak untuk menangkap dan mengambil sampel DNA Anwar untuk tujuan penyiasatan.
Akhir kalam, bukan siasatan yang dibuat tetapi sebaliknya mereka akan menggunakan sampel DNA tersebut sebagai bukti untuk mengesahkan keterlibatan Anwar dalam isu liwat dengan si Saiful. Macam-macam cara boleh mereka gunakan, kerana polis di Malaysia sangat profesional dan canggih hinggakan nak cari Nurin Jazlin pun mereka terpaksa minta bantuan FBI bagi memeriksa CCTV. Bukankah polis di Malaysia memang hebat dan terbaik kini.
Maka itu, usahlah kita hairan bila Anwar akan ditangkap biarpun mantan TPM itu memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini. Apa yang penting Anwar mesti disabitkan dengan kesalahan jenayah itu, demi menghalang kemaraan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Itulah sahaja jalan terakhir yang boleh digunakan oleh puak-puak UMNO ini demi masa depan politiknya. Orang-orang seperti Najib dan Hamid Albar hanyalah pelengkap "konspirasi liwat 2" ini. Apa yang pasti, dan memang pasti ini akan terjadi !!
Apapun, sama-samalah kita berdoa agar semua ini tidak menjadi kenyataan kelak. Marilah kita sama-sama mempertahankan kedaulatan undang-undang dan menyelamatkan insan yang teraniya dan telah dizalimi sejak sekian lama. Rakyat hakim negara, buat warga Permatang Pauh pastikan undi anda untuk PKR demi masa depan Anwar dan Malaysia yang lebih bermakna.
[Mereka hanya merancang, tetapi segalanya hanya Allah yang akan menentukan. Lihat sahaja, dari sehari ke sehari terserlah pembohongan kes liwat Saiful ini. Rakyat bukan semakin percaya, malahan semakin benci dan meluat melihat apa yang berlaku didepan mata mereka ini. Fikirkanlah]-cucumatkilau/politictoday.com

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails