Wang bernilai RM600,000 telah dihantar melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika beliau berada di Dubai, Ogos tahun lalu.
Posted by Unknown on 6:22 PM in Rosmah | Comments : 0
MAFIABOSS ONLINE:
Ahli parlimen PKR Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Datin Seri Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.
Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.
Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.
Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.
Tian juga mendakwa ahli perniagaan Syed Mohammad Syed Nursin pula menghantar RM1.19 juta ke UK melalui Salamath Ali, juga untuk tujuan membeli hartanah.
Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup
tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.
Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.-mkini
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment