BREAKING NEWS

Golongan ekstremis yang terus menerus memainkan isu ketuanan Melayu untuk kepentingan politik dan diri mereka sendiri



MAFIABOSS ONLINE:
Konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mendukung ketuanan Melayu, yang bersifat feudal dan tidak selari dengan usaha menyatupadukan semua kaum sebagai rakyat Malaysia.

Itulah mesej jelas dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz kepada golongan ekstremis yang terus menerus memainkan isu ketuanan Melayu untuk kepentingan politik dan diri mereka sendiri.

Beliau menyatakan demikian ketika minta oleh Malaysiakini mengulas trend semasa di mana terdapat pertubuhan dan kumpulan yang memainkan isu ketuanan Melayu, sehingga menimbulkan rasa tidak senang, ketegangan dan kebimbangan di kalangan kaum lain.

Perdebatan mengenai isu tersebut menjadi semakin panas ekoran kenyataan ahli parlimen DAP Ipoh Barat, M Kulasegaran baru-baru ini bahawa ketuanan Melayu bercanggah dengan usaha untuk menyatu padukan pelbagai kaum di bawah konsep 1Malaysia itu.

Ekoran itu, ada pihak yang membuat laporan polis terhadap Kulasegaran kerana didakwa mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, dan malah ada yang menggesa supaya kerajaan membatalkan kerakyataannya.

Mengulas mengenai perkara itu, Nazri berkata, ia adalah hak peribadi mereka untuk membuat laporan polis tetapi ia boleh menghalang usaha menjayakan konsep 1Malaysia.-mkini

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails