BREAKING NEWS

Mustapa Mohamed dan Awang Adek dituntut memohon maaf kepada 1.6 juta rakyat Kelantan kerana telah cuba berbohong sebelum ini. - Nizar News



NIZAR NEWS KOTA BHARU: Pengakuan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak untuk membayar wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan dianggap benar-benar mengaibkan Dato’ Mustapa Mohamed dan Dato’ Dr Awang Adek Husain Ini kerana Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan dan timbalannya itu berkali-kali cuba menafikan hak royalti minyak kepada negeri ini. Mereka sering kali berdalih kononnya telaga carigali yang dituntut kerajaan negeri berada di kawasan bertindih dengan Thailand dan Vietnam. Anggota Dewan Negara, Senator Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim berkata, kedua-dua pemimpin itu dituntut memohon maaf kepada 1.6 juta rakyat Kelantan kerana telah cuba berbohong sebelum ini. “Mereka dianggap cuba menyembunyikan harta pusaka milik rakyat Kelantan dengan menafikan hak mendapatkan royalti minyak. “Sekiranya masih mempunyai maruah mereka perlu meminta maaf di atas percubaan mereka untuk menafikan hak yang sepatutnya dinikmati rakyat negeri ini. “Nampak sangatlah mereka tidak membuat homework sebelum mengeluarkan kenyataan. Ini memperlihatkan mereka hanya memperjuangkan politik jangka pendek,” katanya. Rabu lalu Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan pusat akan membayar wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan hasil pengeluaran minyak di perairan negeri itu. Kenyataan tersebut dibuat Perdana Menteri setelah didesak bertalu-talu anggota parlimen dari Kelantan termasuk Salahuddinn Ayub, Dato’ Kamaruddin Jaffar dan Dr Mohd Hatta Ramli. Ahmad Rusli berkata, kenyataan kedua-dua pemimpin Umno terbabit jelas bertentangan sama sekali dengan keadaan sebenar yang berlaku. Beliau juga berkata, pertukaran wang ihsan daripada royalti kepada Kelantan hanya mengulang apa yang telah dilakukan terhadap Terenganu pada 1999. Beliau juga berharap isu pembayaran royalti diselesaikan secara rundingan dengan kerajaan Kelantan bagi mencerminkan falsafah Perdana Menteri supaya rakyat benar-benar didahulukan. Adun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah melahirkan rasa syukur kerana perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan royalti akhirnya menjadi kenyataan sekarang. Adun Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim berharap semangat 1Malaysia yang diperjuangkan Najib dijelmakan dalam isu royalti minyak kepada Kelantan. Sumber:detikdaily

1 comment :

  1. SIAPA PEMBOHONG DAN SIAPA YANG BETUL
    Berberapa hari lepas, ada berberapa geng-geng blogger anti pembangkang mendedahkan tentang cerita bai'ah mengarut yang dibuat oleh pas kepada semua Ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyat, dalam bai'ah tu menyebut, barang sesiapa yang meninggalkan parti pas (lompat parti) maka akan gugurlah talak tiga ke atas isterinya. det pun ada keluarkan cerita tu, malangnya det dimaki kaw-kaw oleh berberapa penyokong pas yang tahu no hp det, mereka suruh det tarik balik cerita tu kononnya det buat fitnah, "fitnah apak kau"

    Dan semalam cerita yang dikatakan fitnah oleh puak-puak jumud ini di sahkan oleh ahli dewan rakyat kawasan shah alam iaitu khalid samad @ khalid gereja, dia sah kan cerita tu dalam akhbar utusan dan nst yang mana memang wujud bai'ah seperti itu dalam pas.

    Siapa ada tengok Buletin Awani semalam, semasa ucapan hadi di seminar politik pas, hadi menafikan sekeras-kerasnya yang wujud bai'ah bodoh macam tu dalam pas, kata hadi lagi, majlis syura pas tak pernah mensyaratkan bai'ah macam tu kepada setiaap ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyatnya, tapi khalid samad @ khalid gereja mengaku yang memang ada bai'ah macam tu, soalannya sekarang ni yang mana satu betul hadi atau khalid samad?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails