BREAKING NEWS

'Minum racun selepas adik mati ditembak polis' - Nizar News



NIZAR NEWS: Akibat kesedihan yang amat sangat selepas kehilangan adik lelakinya yang mati ditembak polis, seorang ibu dikatakan bertindak meminum racun serta turut memberi minum racun itu kepada empat orang anaknya. Surirumah berusia 31 tahun itu kini sedang dirawat bersama dua anaknya - lima dan lapan tahun - di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Dua lagi anaknya, yang berusia tiga dan tujuh tahun, dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di wad biasa. Adik lelaki wanita itu, R Surendran adalah antara lima orang yang disyaki penjenayah yang mati ditembak polis di Taman Klang Utama. Polis mendakwa kelima-lima mereka - berusia 17 hingga 30 tahun - adalah anggota geng 'PCO Boy', yang bertanggungjawab dalam beberapa kejadian rompakan. Mengulas mengenai percubaan membunuh diri itu, setiausaha agung penaja, Parti Hak Asasi Manusia, P Uthayakumar berkata: "Keluarga tersebut tidak boleh menerima ketidakadilan tersebut." Beliau mendakwa, oleh kerana tiada cara lain untuk menentangnya, maka mereka mengambil tindakan nekad tersebut ketika berdepan dengan saat yang amat memilukan itu. Ditemui di hospital kemudiannya, suami wanita berkata apabila dia bertanya kepada anak-anaknya yang sedang dirawat di wad biasa, mengenai apa yang berlaku, mereka memberitahunya bahawa ibu mereka telah menuang racun paraquat ke dalam beberapa gelas pagi ini. "Dia kemudiannya memberitahu mereka bahawa jika mereka meminumnya, mereka boleh menemui bapa saudara mereka itu," katanya suaminya, seorang pemandu lori, yang begitu sedih dengan apa berlaku ke atas keluarganya itu. Menurutnya, isterinya sangat rapat dengan adik lelakinya itu. Sumber:malaysiakini

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails