BREAKING NEWS

11 Amalan Songsang!!..... Betulkan segera!



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang
amalan harian kita.
Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah
terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut
oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau
terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang
dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-



1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga
simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga,
ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh
Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga
memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan
kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa
pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca
tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh
simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada
yang berhak menurut Islam?


2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap
salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada
duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri.
Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak
berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut
memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana
tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah
pendapatan.



3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik
kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di
masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju.
Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa
segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan
dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan
apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah,
sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan
di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan
>rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta
perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan
di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan
sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah
terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri
sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat
kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana
selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak
bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau
kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam
periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak
belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak
bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas
khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan
RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak
bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika
anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus
periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi
petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana
hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak
hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid.
Sungguh
tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya
segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau
tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah,
masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk
suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang
terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam
bentuk gossip2 artis kepada kawan2.
Malah kebanyakkan sms emel
tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi
kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada
kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada
menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran
agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan
yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka
biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah
SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat..' (Riwayat Bukhari)






Post a Comment

Related Posts with Thumbnails