BREAKING NEWS

UNDILAH CALON PAS!! Permatang Pasir: Salleh Man lwn Rohaizat Othman



10.45pm, PAS malam ini menamakan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Salleh Man sebagai calonnya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir pada 25 Ogos. Petang ini, BN mengumumkan calonnya iaitu setiausaha Umno bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Rohaizat di Bukit Merah, Permatang Pasir pada jam petang tadi.

Nama Rohaizat pernah disebut-sebut akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti baru-baru.

Bagaimanapun, ia tidak menjadi kenyataan apabila BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon bertanding di kerusi tersebut.

Manakala Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula mengumumkan pemilihan Salleh di pejabat ADUN Permatang Pasir malam ini.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Datuk mahfuz Omar.

Kerusi DUN Permatang Pasir kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman kerana serangan jantung pada 31 Julai lalu.

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 17 Ogos ini.

Calon bebas

Sebelum ini, seorang pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris telah menyuarakan hasratnya untuk mencuba nasib sekali lagi bertanding sebagai calon bebas di Permatang Pasir.

Kamarul sebelum ini pernah bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti tetap gagal.

Berikutan itu, pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara BN, PAS dan calon bebas.

Sumber:malaysiakini

1 comment :

  1. ini bukan soal calon tapi soal partai

    kalau partai PAS yg memerintah bersama PR pun kena perintah dan angguk dgn DAP , undi PAS bermakna undi nak hancurkan Islam. Berfikirlah cara logik!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails