BREAKING NEWS

UMNO PERLU BERUBAH,BERTINDAK SEGERA DAN JANGAN HANYA BERCAKAP KOSONG AJE!!

Permatang Pasir – UMNO perlu muhasabah, berubah sebelum parah.

Kejayaan UMNO mengekalkan kekalahan pada PRK yang, sepatutnya menjadi platform yang baik untuk UMNO muhasabah diri. Selepas berjaya mengurangkan majoriti undi di Manek Urai, Umno turun dengan penuh keyakinan dapat merampas Permatang Pasir dari PAS / PR tetapi menjadi sebaliknya. Berbekalkan kononnya sentimen dan mood rakyat bersama UMNO, strategi yang diatur ternyata “makan tuan“.

  1. Meletakkan calon yang “tidak bersih” – Rohaizat yang dibatalkan lesen guaman kerana korupsi dipilih menjadi calon walaupun ada bantahan daripada pemimpim setempat. Kedegilan (tengin) pemimpin atasan UMNO menolak suara pemimpin akar umbi akhirnya membawa padah. UMNO / BN kalah lagi! Mana mungkin orang korup dipilih sebagai wakil rakyat, nanti lagi banyak duit rakyat kena songlap. UMNO memang tidak peduli kehendak rakyat, memang patut UNMO dihukum.
  2. Memainkan sentimen perkauman – Ketuanan Melayu, PAS bersekongkol dengan kafir dan banyak lagi modal untuk meraih undi golongan majoriti Melayu, akibatnya, hilang undi dari komuniti Cina. Ada kawasan pengundian dimana UMNO hanya mendapat 300 undi dari 2000 undi Cina, padahal pemimpin MCA sebelum ini dengan bangga mengatakan undi Cina masih bersama BN.
  3. Hari mengundi pada hari bekerja – Mungkin otak kecik UMNO berfikir, dengan mengadakan pengundian pada hari bekerja, akan menyulitkan penyokong PAS / PR keluar / balik mengundi. Tetapi, Melayu UMNO mudah lupa...ahli dan penyokong UMNO adalah spesis yang manja, makan bersuap. Ahli UMNO perlu diberi cuti, diberi tambang pulang, setakat RM20-RM30 tak main le. Mereka ini perlu dijemput dari rumah ke tempat mengundi. Hal ini berbeza dengan penyokong PAS / PR, malah diakui sendiri oleh Ketua Perhubungan UMNO, Ahmad Maslan. Mereka yang menyokong pasti Islam (PAS) pasti akan tetap keluar mengundi tidak kira hujan atau panas, hatta esok nak kiamat sekalipun. Ini adalah kerana mengundi untuk menolak korupsi, kezaliman adalah wajib, satu ibadah dan akan dinilai oleh Allah swt.
  4. Serangan terhadap TGNA – Strategi lama yang dikitar semula! UMNO akan menyerang pemimpin PR di mana ada PRK. Haji Hadi dengan Amanatnya, Anwar Ibrahim dengan isu liwat dan yang terbaru, TGNA dengan isu Islam UMNO tidak membawa ke syurga. Kegopohan UMNO meyerang TGNA akhirnya membawa padah. TGNA dijangka akan mengambil tindakan undang terhadap media UMNO yang memutarbelitkan fakta dan cerita. UMNO masih tidak menerima hakikat bahawa rakyat sudah celik maklumat, dapat menilai fakta TGNA dan putarbelit UMNO. TGNA bukanlah manusia maksum, tetapi jika dibandingkan TGNA dengan penyerangnya..umpama lalat dengan steamroll!

Sebenarnya banyak lagi kebobrokan UMNO / BN yang menyumbang kepada kekalahan pada PRK yang lalu, isu Beng Hock dengan SPRM, skandal PKFZ, PPSMI, ISA, jual tanah kepada Singapura, sorok gula, sorok beras, sorok minyak masak, sorok tepung, naik harga petrol dan seribu satu masalah dari zaman Mahathir yang tak pernah selesai.

UMNO / BN ini semacan tidak mahu menggunakan otak (ada ke?), sejarah telah berulang dan akan berulang, strategi yang digunapakai telah luput tarikh, dan berkulat. Rakyat sudah “boleh baca“, dah bosan, dah muak dengan taktik lapuk UMNO. Rakyat sudah sedar, maklumat itu bukan hanya dari RTM, TV3 atau Utusan Meloya sahaja. Rakyat sudah pandai membuat perbandingan antara mahligai kraton bernilai RM24,000,000 dengan bendera bernilai RM2,400. Rakyat sudah pandai mencongak, kalau 12 billion duit FKFZ tu ditukar duit seringgit seringgit, boleh tenggelam, hilang Putrajaya dalam timbunan duit, mati lemas dalam duit.Rakyat sudah boleh membezakan antara songkok hitan dengam. kopiah putih.

UMNO kena sedar, rakyat sudah ditarbiyahkan...CALON KORUP JANGAN DIPILIH, PEMIMPIN KORUP MESTI DIUNDURKAN.

Oleh:CD NERANG (PENULIS TAMU MAFIABOSS ONLINE)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails