BREAKING NEWS

TAKUT KE BEB?? Khairy Menolak Lagi


1. Seminggu lepas GERAK menghubungi saya untuk menjemput saya sebagai panel debat antara dua ketua pemuda iaitu PAS dan UMNO . Spontan , saya jawab saya setuju !

2. Kemudiannya saya bertanyakan tarikh dan tajuk . Saya dimaklumkan bahawa taraikhnya ialah 13 hb Ogos ini dan tajuknya pula : Rasuah dan Masa Depan Negara : Peranan Pemimpin Politik Muda


3. Malangnya , semalam saya dimaklumkan oleh pihak Gerak bahawa debat itu terpaksa dibatalkan kerana Khairy Jamaludin menolak penyertaannya .

4. Ini adalah kali ke 6 Khairy menolak debat antara saya dengan beliau . Nampaknya Wacana Ilmiah yang dicadangkan oleh Pemuda PAS pun telah menemui jalan - jalan buntu .

5. Khairy membuat kenyataan akhbar bahawa beliau ingin terlebih dahulu bertemu 4 mata dengan saya dan ingin mengetahui apa sebenarnya tujuan saya mahu mengadakan wacana ilmiah tersebut .

6. Agak melucukan sikap Khairy ini . Apa yang membuatkan beliau payah faham atau sengaja buat - buat tak faham . Surat rasmi telah dihantar dan butiran yang termaktub di surat itu juga jelas . Kalau beliau masih juga tidak memahami dan mahu memahami apa yang saya mahu dan fikirkan mengenai wacana tersebut , sila move dan kita bertemu dalam wacana kelak . Insyaallah , di situ Khairy akan faham !

7 . Sebagaimana saya sebut sebelum ini , isu beliau nak bertemu saya 4 mata terlebih dahulu adalah tidak berbangkit kerana sepatutnya beliau terlebih dahulu boleh menyambut dan menerima kehadhiran saya di parlimen tempohari [ sewaktu saya menghantar surat rasmi untuk mengajak pemuda UMNO berwacana ] jika benar beliau mahu bertemu dengan saya . Tetapi kenapa beliau hanya menghantar naibnya Dato' Razali pada waktu itu . Sekarang , mulalah rindu nak berjumpa saya :)

8. Malang bagi UMNO yang hanya tahu bagaimana bertindak dengan menggunakan kekerasan tetapi gagal untuk berhujjah dengan menggunakan kekuatan minda dan kebenaran fakta dan juga ketulenan nas yang diwahyukan Allah swt .

9. Kekerasan itu pula hanya memperalatkan pihak Polis Raja Di Malaysia . UMNO tidak juga berani untuk bertindak sendiri biarpun sering digembar gembur bahawa mereka mempunyai skuad pemuda lasak laa , skuad ala komando laa .... UMNO .. UMNO .... macam pendekar Mustar !

10. Cuma apa yang saya boleh sebut di sini , Pemuda PAS bersedia untuk bermain dalam apa jua bentuk games . UMNO nak berhujjah , kita bersedia untuk berhujjah . UMNO nak guna komandonya .... ehem... Pemuda PAS insyaallah tidak akan berundur biarpun 1 mm .

Erm... macam mana tu UMNO ? agak - agak nak main games mana tuh ?

Oleh Ustaz Nasrudin Tantawi
Sumber:detikdaily.net

3 comments :

  1. DULU MASA PAK DIA ADA ..BUKAN MAIN BESAQ TELOQNYA..

    LA NI TAKDAK TELOQ..WAAAAAAAAAAA..

    ReplyDelete
  2. aku dah agak cuping akan bantai dgn ayat power dia tu!! tp aku nk tambah le ckit..mmg tak dak teloq le mamat ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails