BREAKING NEWS

TAK PAYAH SIASAT,INI DERMA AJE!! Siasat Ong Tee Keat

Oleh Ketua Pemuda PAS Pusat
1. Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak dan menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pada kadar segera dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Tiong King Sing , bahawa syarikatnya telah memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA , Datuk Ong Tee Kiat , untuk urusan mesyuarat bahagian parti itu tahun lepas.

2. Dakwaan Ketua Pegawai Syarikat Kuala Dimensi yang sedang disiasat atas tuduhan salah laku dalam projek Perlabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ) , Tiong King Sing mengaku bahawa dia telah mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat.
3. Derma itu diserahkan beliau melalui Bahagian MCA tahun lepas.
4. "Saya bagi dia duit cash kerana dia mahu cepat " kata Tiong King Sing kepada sebuah laman web hari ini.
5. Isu PKFZ dianggap punca penolakan secara langsung orang Cina terhadap MCA . Sebaik sahaja menjadi Presiden MCA & Menteri Pengangkutan , Ong Tee Kiat berusaha untuk menyelesaikan isu ini.
6. PKFZ telah mendedahkan , siasatan sedang dibuat terhadap Kuala Dimensi ekoran beberapa tuntutan yang tidak munasabah yang melibatkan wang sehingga RM1 bilion . Tiong King Sing marah apabila Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan PKFZ tidak pernah memanggil mereka untuk mendapatkan maklum balas sebelum membuat laporan termasuk salahlaku wang yang bernilai antara RM500 juta ke RM1 bilion.
7. Tiong King Sing yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN di Dewan Rakyat mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu. Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.
8. Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata, Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut, sebagaimana dilapor dala sebuah laman web.
9. Jika tiada sebarang tindakan atau usaha menyiasat oleh pihak SPRM atau mana - mana pihak berkuasa seperti polis , insyaallah Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat satu laporan polis berkait isu ini . Rakyat ingin tahu kesudahan sandiwara baru pemimpin BN ini .
10. Malang Malaysia ku , kalau melibatkan wang hanya RM 2500.00 pasti sudah lama ia disiasat atau kalau tidak pun esok akan ditemui mati terbunuh . Tapi oleh kerana melibatkan RM 10 juta , entah siapa yang mahu bertindak . Pelikkan ? salaaam satu Malaysia ! Apa khabar BN

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails