BREAKING NEWS

SEKADAR PANDANGAN..KARTIKA SARI DEWI - PENCETUS POLEMIK BARU!!

Salam,

Sekadar pandangan..

Kartika Sari Dewi - pencetus polemik baru.

Hukuman sebat ke atas moel sambilan, pesalah jenayah syariah negeri pahang, kartika sari dewi, telah mencetuskan polemik baru dalam perlaksanaan undang-undang syariah malaysia.

Kartika telah disabit kesalahan dibawah Seksyen 4, enakmen pentadbiran agama islam dan adat resam melayu pahang (pindaan) 1987, yang memperuntukan denda tidak lebih RM5000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali dan sebat tidak lebih 6 kali sebatan.

* kes menjadi menarik apabila si pesalah, kartika sendiri redha dengan hukuman ini dan meminta supaya disegerakan perlaksanaan hukuman secara terbuka, sebagai pengajaran kepada dirinya dan umat islam yang lain. Bapa beliau menyokong keputusan kartika.

* kes menjadi lebih menarik lagi apabila banyak pihak atasan termasuk peguam negara campur tangan hatta "cerdik pandai agama" pun menyeru katika supaya memohon "semakan" / rayuan yang mana akan membawa kepada pindaan hukuman / pembatalan hukuman sebat. Berbagai hujah dan alasan dinyatakan untuk mewajar untuk mewajarkan kartika membuat rayuan. Kenapa mereka ini beriya-riya menyeru supaya kartika membuat rayuan?

1. Perlaksanaan sebat tertangguh kerana tiada tukang sebat pesalah syariah. Tukang sebat yang sedia ada tidak diwartakan untuk menyebat pesalah syariah, justeru itu, tiada latihan untuk kes2 syariah dari segi weightage sebatan, adakah hayunan penuh ( full swing, seperti pesalah rogol/dadah atau seperti budak sekolah dengan buku dikepit di bawah ketiak? Juga akan dipersoalkan adakah pesalah akan dilondeh seperti pesalah rogol kerana maruah dan aurat pesalah juga perlu dijaga. Begitu juga proses rayuan, adakah wujud panel rayuan untuk mendengar rayuan kartika?

Semua kekalutan ini timbul kerana Negara Islam Malaysia tidak pernah menjalankan hukuman syariah seumpama ini sejak merdeka.

2. Hukuman sebat keatas kartika akan menjadi penanda aras / rujukan (common law?) untuk kes kes akan datang. Sekiranya kartika disebat, ini akan memperjelaskan kuasa yang diperuntukan kepada mahkamah syariah dan jelas menunjukkan hukuman sebat boleh dilaksanakan keatas orang islam dalam negara masyarakat majmuk. Tidak ada sebab dan alasan tidak boleh dilaksanakan! Maka, ini akan meresah dan merunsingkan pemimpin pemimpin sekular malaysia yang menjadikan arak minuman rasmi mereka. Mereka dan kaum keluarga boleh diserbu ketika mengadakan parti / jamuan, didakwa dan disebat jika disabitkan kesalahan.

3. Malaysia mungkin akan menerima tekanan antarabangsa supaya hukuman sebat syariah ini tidak dilaksanakan. Kaum kafir mungkar diluar sana akan sentiasa berusaha supaya undang2 islam tidak dilaksanakan. Sejauh mana Amirul Mukminin kita dapat menyerap tekanan ini...?

Oleh: CD NERANG (PENULIS TAMU MAFIABOSS ONLINE)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails