BREAKING NEWS

GENG-GENG NI TAK PERNAH NAK INSAF!!...UMNO PERAK PERLU BERUBAH!!

UMNO Perak perlu berubah “Malangnya, hari ini orang Melayu semakin menjauhi UMNO. Mengapa ini berlaku? Ianya berlaku kerana UMNO sudah tidak perlukan saya dan juga orangan Melayu.Dasar-dasar yang dibuat tidak menguntungkan orang Melayu. Contoh yang paling jelasl saya tentang ialah Pengajaran Math & Science dalam Bahasa Inggeris. Jelas sekali anak-anak Melayu terutama di luar bandar belum bersedia termasuk guru yang hendak mengajar.

Tanyalah persatuan guru-guru. Sampai hari ini ramai yang masih mempertikaikannya. Namun UMNO, buat-buat tidak dengar rungutan dan Utusan Malaysia menipu orang Melayu dengan berita yang PMSI berjaya. Hakikatnya sebagai bapa yang berpelajaran dan berwawasan saya mengambil tindakan untuk menolak UMNO dan Utusan Malaysia.

Kenapa hari ini saya baca Utusan Malaysia?

Suratkhabar lain tak ada dipasaran!

Saya mempunyai 4 orang anak. Yang pertama di USM, yang kedua di sekolah asrama kerana dasar pelajaran yang terdahulu.

Yang ketiga, struggle walau pun dapat 4A 1B, kena keluarkan duit untuk hantar tuisyen, memerlukan tumpuan dan bimbingan dari saya. Ini sedikit sebanyak menjejaskan tumpuan saya pada tugas sebagai kakitangan kerajaan.

Yang keempat di Tahun Dua. Periksa akhir Tahun Satu, dia dapat Maths & Sains di bawah 50. Saya tanya kenapa dapat banyak ni?

Dia jawab “Dah adik tak faham, macam mana adik nak jawab!”

Habis tu macam mana kawan adik ada yang dapat 100?

Dia orang anak Cikgu dan ada yang tiru anak cikgu masa periksa?

Lu fikirlah sendiri……….

Siapa yang untung dalam PMSI?

Ayah saya mempunyai 10 orang anak dan bekerja sebagai pemandu LLN. Sepanjang persekolahan adik beradik saya, Ayah tidak pernah berhutang. Saya yang mempunyai 4 orang anak dan gaji bergred diploma berhutang setiap tahun untuk menyekolahkan anak saya dengan menggunakan kad kredit.

Sebelum anak sulung saya melangkah kaki ke USM(2008), saya menghantar surat kepada Ketua Bahagian UMNO Ipoh Timur (saya ahli)memohon bantuan dermasiswa.

Sampai hari ini, jawapan surat pun saya tak terima. Pada hal dalam Utusan, Berita macam-macam majlis dianjurkan oleh UMNO memberi bantuan kepada anak-anak ahli yang masuk ke U. Seingat saya UMNO Sungai Petani memberi bantuan RM1500.00 seorang. Pakatan Rakyat yang baru pun keluarkan bantuan kepada pelajar yang miskin.

Apa yang UMNO Perak buat?

Jangan salahkan orang lain kenapa mereka tidak suka kepada UMNO !
Harga Minyak, harga barang. BN = Barang Naik.
Orang suka ke?
Harga minyak naik jelas sekali menunjukkan kebodohan UMNO.

Harga minyak jatuh menandakan kebanggangan UMNO.

Sekarang ADUN Bota masuk PKR, on the spot bermacam-macam teori dikeluarkan oleh UMNO yang tak konsisten. Kalau nak ulas, ulas statement yang dibuat oleh Datuk’ Nasa. Bukan buat cerita PKR nak ambil alih jawatan MB Perak. Nampak sangat UMNO cuba lagakan penyokong PAS dan PKR macam mami jarum. Fitnah le tu. Makin bencilah rakyat yang berada diatas pagar terhadap UMNO yang suka buat fitnah. Kalau ulasan Datuk’ Nasa kecewa kalah dalam pemilihan Bahagian, tak dipedulikan oleh UMNO Negeri, Ok le tu.

Ini cerita tentang perancangan Anwar Ibrahim nak rampas jawatan MB Perak. Tak masuk akal langsung. Bakal MB mesti dipekenankan oleh Istana. Tu pasal mamak Pangkor tak diterima walaupun berkebolehan. Biarlah logik sikit. Mamak ni selalunya bermahzhab Maliki. Perak nak yang Sunnah. Baru le orang nampak kita bijak. Bab liwat pun orang tak percaya, ini pulu teori baru dicipta.

Orang boleh berfikir antara CAMRY PAKATAN dan VOLVO PDRM.

Tak usah cakap pasal harga. Cakap pasal maintenance, spare part, sale after service.

Tak usah cakap pasal tanah yang PR berikan. Cakap pasal tanah yang diambil oleh BN sejak 50 tahun.

Orang semua dah boleh berfikir.

Sumber:perak-express.com

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails